Terletak kira-kira 20km dari pusat bandar Kuala Lumpur, Subang Jaya merupakan salah sebuah bandar yang popular dengan institusi pengajian tinggi, restoran, pusat membeli-belah dan ia juga mempunyai banyak aktiviti menarik yang dapat dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga. Subang Jaya menempatkan lebih daripada 50 institusi yang menawarkan pendidikan dari peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat pra-universiti, menjadikannya destinasi ideal bagi ramai ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke sekolah atau universiti. 

Di bawah ialah senarai sekolah antarabangsa yang boleh didapati di Subang Jaya. 

Sekolah Antarabangsa Sri Kuala Lumpur

Sekolah Antarabangsa Sri Kuala Lumpur

Falsafah Sekolah Antarabangsa Sri Kuala Lumpur adalah untuk sentiasa menyediakan pendidikan yang lengkap untuk pelajar mereka, menekankan nilai komuniti yang kuat dan disiplin, pada masa yang sama menggalakkan pelajar mereka cemerlang dalam bidang akademik. Mereka juga percaya bahawa badan yang sihat akan menjadikan minda seseorang sihat dan komitmen mereka untuk aktiviti sukan dan kokurikulum mencerminkan kepercayaan ini.

Menawarkan Kurikulum Antarabangsa Cambridge untuk peringkat rendah dan menengah, kadar bayaran bagi Sekolah Antarabangsa Sri Kuala Lumpur bermula dari RM 9050 (setiap semester) untuk Tahun 1 hingga
RM 17,050 (setiap semester) untuk Tahun 11.

Baca ulasan mengenai Sekolah Antarabangsa Sri Kuala Lumpur di sini.

Sekolah Antarabangsa UCSI 

Sekolah Antarabangsa UCSI

Sekolah Antarabangsa UCSI ditubuhkan untuk membuat perbezaan. Misi mereka adalah untuk memberi pengalaman yang bermakna buat pelajar mereka. Pengalaman yang dapat membentuk masa depan dan didikan yang memberi inspirasi. 

Percaya bahawa pendidikan harus dibekalkan dari awal, Sekolah Antarabangsa UCSI menyediakan program Kurikulum Sekolah Rendah Antarabangsa (IPC) untuk anak-anak berusia 4 hingga 6 tahun. IPC juga digunakan dalam sukatan pelajaran utama mereka (Tahun 1 – 5) untuk memastikan kurikulum yang digunakan ialah komprehensif, tematik dan kreatif, sesuai bagi pelajar sekolah rendah. Tambahan lagi,  Sekolah Antarabangsa UCSI juga menawarkan kurikulum Cambridge IGCSE kepada pelajar Tahun 6 hingga 10. Sekolah ini juga menyediakan program British A-Levels untuk pelajar pra-u. Bagi prasekolah, yuran bagi setiap semester ialah RM 3850. Bagi sekolah rendah dan menengah pula, yuran bermula dari RM 6180 (setiap semester) hingga
RM 9060 (setiap semester). Buat A-Level pula, yuran bagi setiap semester ialah RM 10,990.

Baca ulasan mengenai Sekolah Antarabangsa UCSI di sini

Sekolah Antarabangsa Sunway 

Sekolah Antarabangsa Sunway

Pembelajaran di Sekolah Antarabangsa Sunway memberi tumpuan kepada anak anda sebagai individu, menjadikan mereka seseorang yang mampu berfikir secara reflektif, kendiri dan yang paling penting membentuk mereka untuk menjadi seseorang yang sentiasa dahagakan ilmu. Setiap orang mempunyai kemahiran khusus yang dapat mereka guna dan bangunkan, maka kurikulum sekolah ini disampaikan dalam persekitaran yang kondusif dan merangsang daya kognitif pelajar supaya anak anda dapat mengambil bahagian secara aktif dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pembelajaran mereka. 

Menggunakan Kurikulum Ontario untuk gred 7 hingga gred 11, para pendidik di Sekolah Antarabangsa Sunway kebanyakannya dilatih di Kanada dan menerima pensijilan tahunan oleh Kolej Guru Ontario (OKT). Sekolah Antarabangsa Sunway juga merupakan salah satu daripada beberapa sekolah yang menyediakan Diploma Sekolah Menengah Ontario (OSSD). Kadar yuran bayaran sekolah bermula dari RM 36,000 hingga RM 42,000.

Baca ulasan mengenai Sekolah Antarabangsa Sunway di sini.

Sekolah Antarabangsa Eagles Grammar 

Sekolah Antarabangsa Eagles Grammar

Sekolah Antarabangsa Eagles Grammar menyediakan pendidikan holistik untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi cabaran hidup serta mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Antara matlamat sekolah ini ialah memastikan agar pelajar dapat menyerlahkan kemampuan terbaik mereka.  Eagles Grammar menawarkan kurikulum berkualiti tinggi dengan persekitaran yang membimbing supaya anak anda dapat memenuhi potensi mereka sebagai warga global yang bertanggungjawab dengan kekuatan berikut; seimbang, berjaya, berpengetahuan, pemikir, bertanggungjawab, penyayang dan komunikator yang baik.

Sekolah Antarabangsa Eagles Grammar menggunakan Cambridge Primary Programme (CPP) bagi pelajar Tahun 1 hingga 6 dan kurikulum British IGCSE bagi pelajar Tahun 7 – 11. Sekolah ini juga menawarkan yuran sebanyak RM 14905 (setahun) bagi murid Tahun 1-3, RM 16105 bagi murid Tahun 4-6 , RM 19265 bagi murid Tahun 7-9 dan RM 20465 bagi murid Tahun 10-11. 

Baca ulasan mengenai Sekolah Antarabangsa Eagles Grammar di sini

Sekolah Antarabangsa Fairview  

Sekolah Antarabangsa Fairview

Sasaran Sekolah Antarabangsa Fairview adalah untuk menjadi sebuah pusat perkembangan pendidikan, peribadi dan sosial yang menyediakan kurikulum akademik yang terbaik untuk pelajarnya tidak mengira sama ada mereka daripada  masyarakat tempatan atau antarabangsa. Dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik, Sekolah Antarabangsa Fairview akan mendidik, memberi motivasi dan memberi inspirasi kepada pelajar dalam persekitaran pendidikan yang  berupaya untuk merangsang pembelajaran dan memupuk iklim sosial dan emosi mereka. Sekolah Fairview sangat komited meningkatkan taraf pendidikan bukan sahaja di sekolahnya tetapi di rantau ini melalui latihan dan pembangunan berterusan menggunakan pedagogi pengajaran yang terbaik.

Menawarkan kurikulum  International Baccalaureate buat murid pra sekolah ke tahap sekolah menengah, yuran sekolah mereka bermula daripada RM 12,500 hingga ke  RM 26,000 setiap tahun.

Baca ulasan mengenai Sekolah Antarabangsa Fairview di sini

Sekolah Antarabangsa GEMS Tropicana Metropark

Sekolah Antarabangsa GEMS Tropicana Metropark

Sekolah Antarabangsa GEMS menawarkan peluang kepada anak-anak anda untuk memulakan perjalanan pendidikan yang menyeronnokkan sekaligus menyediakan mereka untuk kehidupan yang bahagia dan produktif. Ibu bapa yang mencari sekolah antarabangsa yang baik untuk anak-anak mereka semestinya harus mempertimbangkan pelbagai faktor demi mempersiapkan mereka untuk masa hadapan. Apa yang pasti, ibu bapa boleh meletakkan kepercayaan kepada GEMS Education Malaysia yang telah mendapat kejayaan antarabangsa. Pengalaman mereka dengan 250 sekolah di seluruh dunia menjadikan mereka perintis dalam meletakkan pendidikan berkualiti dalam jangkauan semua orang.

Sekolah Antarabangsa GEMS menawarkan Kurikulum Nasional England dan Wales (dikenali sebagai Kurikulum British) dalam versi yang lebih diperkayakan untuk pelajar berusia 3 hingga 18 tahun. Yuran untuk Sekolah Antarabangsa GEMS bermula dari RM 26,250 hingga RM 47,485.

Baca ulasan mengenai Sekolah Antarabangsa GEMS di sini. 

Sekolah Antarabangsa Kingsley

Sekolah Antarabangsa Kingsley

Etos Sekolah Antarabangsa Kingsley mencerminkan apa yang dikehendaki ramai ibu bapa; untuk anak-anak mereka gembira dan produktif dalam menjalani kehidupan mereka. Inilah sebabnya sekolah ini mahu menanamkan sifat ingin tahu dan ingin pelajar mereka merasakan pengalaman dunia sebenar dalam pembelajaran mereka. Sekolah Antarabangsa Kingsley percaya bahawa daya tahan, disiplin diri dan keupayaan menjalinkan hubungan dengan orang lain ialah pencapaian yang lebih penting daripada pencapaian IQ. Pendekatan yang digunakan berpaksi kepada ketegasan dalam keramahan – staff di sekolah ini bukan sahaja mengajar tetapi membina hubungan dengan pelajar, membuatkan mereka berasa lebih dihargai, dan seterusnya berupaya menyerlahkan kemampuan terbaik mereka. Mereka melabur dan menanamkan nilai-nilai positif dalam jati diri pelajar supaya pelajar boleh berkembang menjadi seseorang yang berwawasan dan boleh melangkah jauh dalam kehidupan tanpa rasa gentar. Sekolah ini memahami bahawa sekiranya mereka mahu murid mereka menjadi seorang yang yakin, reflektif, inovatif dan menghormati orang lain,  mereka haruslah menjadi contoh yang baik kepada murid mereka dahulu. 

Sekolah Antarabangsa Kingsley menawarkan Kurikulum Antarabangsa Cambridge bagi tahap prasekolah ke Tahun 9, manakala Kurikulum IGCSE Cambridge buat murid Tahun 10 dan 11. Yuran mereka bermula dari
RM 10,352 ke RM 44,988.

Baca ulasan mengenai Sekolah Antarabangsa Kingsley di sini

Sekolah Antarabangsa Oakbridge  

Sekolah Antarabangsa Oakbridge

Sekolah Antarabangsa Oakbridge meletakkan tekanan kepada pembangunan kendiri, menerapkan keyakinan, dan sifat kepimpinan dalam diri pelajar mereka sejak dari peringkat prasekolah ke sekolah menengah. Misi mereka boleh dilihat daripada moto sekolah mereka iaitu “Ubah hati, ubah minda” bagi mempersiapkan generasi seterusnya untuk menempuh dunia global baru yang kian mencabar. Digabungkan dengan pengalaman akademik dan pasukan pengurusan mereka, sekolah ini pasti mereka boleh menyediakan murid-murid mereka untuk memberi impak positif dan menjadi pemimpin masa hadapan. 

Kurikulum Prasekolah Sekolah Antarabangsa Oakbridge berpandu kepada SuperAnt Play Academy. Pada asasnya mereka mahukan pelajar mereka untuk menunjukkan nilai seperti seekor semut – bekerja keras, rajin, teratur, berhemat dan boleh bekerja secara berpasukan. Pelajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah rendah di Sekolah Antarabangsa Oakbridge ditawarkan kurikulum berdasarkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kemudian, pada Tahun 9-11 pula mereka akan menumpukan kepada kelayakan IGCSE. Yuran bagi Sekolah Antarabangsa Oakbridge selalunya bermula dari RM 11,640 ke RM 16,260.

Baca ulasan mengenai Sekolah Antarabangsa Oakbridge di sini. 

Sekolah Antarabangsa Pine Hills

Sekolah Antarabangsa Pine Hills

Di Sekolah Antarabangsa Pine Hills, pelajar akan merasai pengalaman pendidikan yang menyediakan mereka ke arah kejayaan melalui pendedahan kepada idea baru, skil dan pengetahuan yang berguna buat masa hadapan. Murid-murid di Pine Hills juga akan mendapat akses kepada pelbagai jenis aktiviti dan program yang direka untuk menjadikan pengalaman pembelajaran mereka bermakna. 

Sekolah Antarabangsa Pine Hills menawarkan silibus Cambridge IGCSE. Ia juga memfokuskan kepada cabaran unik dan aktiviti pembelajaran yang merangsang minda pelajar. Sekolah ini juga mempunyai program ALevels buat pelajar berumur 17 ke 19 tahun. Yuran sekolah ini bermula dari RM 14,100 ke RM 33,900. 

Baca ulasan mengenai Sekolah Antarabangsa Pine Hills di sini

Sekolah Antarabangsa Asia Pacific 

Sekolah Antarabangsa Asia Pacific

Di Sekolah Antarabangsa Asia Pacific, mereka mereka yakin bahawa kejayaan benar-benar bermula daripada pendidikan terbaik. Ini tentunya bermula dengan kurikulum itu sendiri, di mana sekolah ini menawarkan silibus Cambridge IGCSE diiktiraf di peringkat antarabangsa. Program ini kemudiannya ditambah dengan pelbagai aktiviti kokurikulum. Dengan penekanan yang kuat terhadap teknologi sebagai sokongan pembelajaran, APIS akan terus mempertingkatkan kualiti pendidikan bagi memupuk pelajar yang berkeupayaan untuk berfikir secara analitik dan inovatif. 

Sekolah Antarabangsa Asia Pacific menawarkan servis pembelajaran dari Tahap Early Years Foundation sehingga ke peringkat sekolah menengah. Seiring dengan penggunaan Kurikulum British Cambridge , APIS juga mengunakan ICT secara meluas bagi mendorong murid mereka supaya menjadi lebih berdaya saing dan berfikiran kritis. Yuran bermula dari RM 12,330 ke RM 39,420.

Baca ulasan mengenai Sekolah Antarabangsa Asia Pacific di sini. 

Sekolah Antarabangsa At- Tamimi  

Informasi Sekolah Antarabangsa At- Tamimi 

Sejak penubuhannya, Sekolah Antarabangsa At-Tamimi kini telah berkembang dan menempatkan lebih kurang 250 murid, dengan gabungan bakat tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa untuk mengajar di sekolah ini. Dengan perkembangan fasiliti baru-baru ini, At-Tamimi kini mempunyai bangunan prasekolah, untuk menempatkan dua peringkat tadika dan kelas Tahun 1 ke Tahun 11. Melalui nisbah guru dengan murid yang lebih rendah berbanding sekolah lain, At-Tamimi juga dapat memberi lebih perhatian dan masa kepada murid mereka bagi memastikan pembelajaran mereka komprehensif. 

Sekolah Antarabangsa Islamik At-Tamimi ialah satu-satunya sekolah Islamik yang menawarkan Program Pendidikan Holistik dan Berintegrasi, menggabungkan Kurikulum Kebangsaan UK dengan Pendidikan Islamik buat sekolah prasekolah, rendah dan menengah. Yuran sekolah At-Tamimi bermula daripada RM14,510 ke
RM 34,675.

Baca ulasan mengenai Sekolah Antarabangsa At-Tamimi di sini

 

Tidak pasti kurikulum mana yang sesuai buat anak anda? Anda boleh lihat artikel kami mengenai Kurikulum Antarabangsa Bahagian 1 dan Bahagian 2 untuk mengetahui kurikulum manakah yang sesuai dengan anak anda. 

Jika anda mahukan maklumat yang lebih lanjut mengenai sekolah antarabangsa di Malaysia , anda boleh mengunjungi laman sesawang kami EduReviews.com di mana anda boleh membuat perbandingan bersebelahan di antara sekolah-sekolah antarabangsa yang anda minati untuk melihat apakah berbezaan mereka.