Walaupun penubuhan sekolah antarabangsa, pada mulanya, bertujuan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ekspatriat, pertumbuhan kelas tengah di negara ini telah menyumbang kepada peningkatan bilangan sekolah antarabangsa serta penambahan pelajar Malaysia yang menghadiri sekolah-sekolah tersebut. Malahan, jika ingin dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain, Malaysia mempunyai bilangan pelajar tertinggi yang mendaftar di sekolah antarabangsa seperti yang dilaporkan dalam The Star.

Di dalam artikel ini, kita akan memberi tumpuan kepada kurikulum British, Amerika dan Australia kerana ketiga-tiga ini adalah sukatan pelajaran yang paling lazim dilaksanakan oleh sekolah-sekolah antarabangsa di Malaysia. Anda boleh baca Bahagian 2 kepada artikel ini sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai kurikulum International Baccalaureate dan Canada Ontario!

KURIKULUM BRITISH

Dikenali dengan kualiti peperiksaannya yang bertaraf dunia, sukatan pelajaran seimbang, pelbagai peluang ekstrakurikular dan kemudahannya untuk diterima pakai oleh institusi lain, tidaklah sukar  difahami mengapa lebih daripada satu pertiga sekolah antarabangsa di dunia memilih Kurikulum Nasional untuk England, atau kurikulum British sebagai kurikulum mereka.

Pada asasnya, kurikulum British boleh dikategorikan kepada empat peringkat: foundation (prasekolah), primary (sekolah rendah), secondary (sekolah menengah), dan pra-universiti. Bagi mereka yang berumur bawah 5 tahun (iaitu kanak-kanak prasekolah), mereka akan didaftarkan di peringkat Foundation . Di peringkat ini, tumpuan adalah pembelajaran melalui permainan di mana mereka akan diperkenalkan kepada asas-asas pembacaan dan pengiraam dalam cara yang menyeronokkan dan menghiburkan. Apabila pelajar beralih ke sekolah rendah (5-11 tahun), mereka akan mengembangkan pengetahuan mereka dalam bahasa dan matematik, serta mempelajari mata pelajaran lain seperti sains, kemanusiaan, dan seni. Pada peringkat ini, ujian dan peperiksaan masih dilakukan secara dalaman (kertas peperiksaan ditanda dan dinilai oleh guru mereka).

Pada peringkat menengah (11-16 tahun), pelajar akan mempelajari subjek yang akan membantu mereka untuk bersiap sedia untuk perperiksaan IGCSE. Peperiksaan ini diseragamkan di seluruh dunia dan dikenali sebagai kelayakan antarabangsa paling popular di dunia untuk sekolah menengah. Setelah selesai dengan IGCSE, pelajar akan mempunyai pilihan untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat pra-universiti yang menawarkan kursus seperti A-Level atau International Baccalaureate.

Berikut adalah pecahan peringkat dan tahun untuk Kurikulum British:

 

KESIMPULAN

Kelebihan Kekurangan
  • Diterima secara meluas di seluruh dunia
  • Pilihan lebih daripada 40 mata pelajaran
  • Subjek yang diambil selalunya berkaitan antara satu sama lain, memboleh pelajar untuk fokus kepada bidang yang mereka minati 
  • Yuran pengajian tinggi
  • Tempoh pengajian yang lebih panjang
  • Tidak diiktiraf di beberapa universiti awam

ADAKAH PROGRAM INI SESUAI BUAT ANDA?

Bagi pelajar yang pasti ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara atau mencari kelayakan pra-universiti yang diiktiraf di peringkat global, mahupun lebih suka akan penilaian yang cenderung kepada akademik dan berorientasikan peperiksaan berbanding kerja kursus, maka A-Levels adalah pilihan yang tepat!

 

 

KURIKULUM AUSTRALIA

Pada mulanya, sistem pendidikan dan sukatan pelajaran di Australia berbeza bagi setiap negeri dan wilayah. Walaubagaimanapun, pada tahun 2009, Lembaga Kurikulum, Penilaian dan Pelaporan Australia (ACARA) telah ditubuhkan untuk membangunkan dan mengkaji semula kurikulum serta mencipta program penilaian nasional untuk pelajar Australia. Kurikulum Australia kini telah dibahagikan kepada dua bahagian utama: Kurikulum F-10 (prasekolah hingga Tahun ke-10) untuk pelajar sekolah rendah dan kurikulum menengah bagi mereka di sekolah menengah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana anak-anak anda bakal dinilai pada setiap peringkat untuk setiap subjek, anda boleh memuat turun dokumen ini. 

Berikut adalah pecahan peringkat dan tahun untuk Kurikulum Australia:

 KESIMPULAN

Pros Cons
  • Walaupun strukturnya berasaskan kurikulum British, kurikulum Australia tidaklah terlalu tertumpu kepada peperiksaan dan memberi tumpuan lebih kepada pembelajaran holistik melalui tugasan dan kursus
  • Kurikulum Australia berbeza mengikut negeri, maka kualiti program mungkin berbeza-beza. Pilihan sekolah adalah terhad di Malaysia.
  • Akreditasi tidak diiktiraf di peringkat global jika ingin dibandingkan dengan kurikulum British dan IB

ADAKAH PROGRAM INI SESUAI BUAT ANDA?

Paling sesuai untuk pelajar yang ingin melanjutkan pendidikan tinggi di Australia.

 

KURIKULUM AMERIKA

Tidak seperti kebanyakan kurikulum yang lain, sistem Amerika berbeza kerana sukatan pelajaran serta peperiksaannya tidak berpusat. Malah, negeri-negeri yang berlainan dan juga daerah di Amerika Syarikat mempunyai struktur pendidikan yang berbeza, kerana sistem ini lebih fokus kepada keperluan komuniti setempat tersebut. Tetapi daripada melihat variasi ini sebagai demerit, sistem ini juga memberi kebebasan pada sekolah antarabangsa yang memilih dan menyediakan pendidikan terbaik untuk pelajar mereka.

Umumnya, istilah ‘K-12’ digunakan untuk merujuk kepada sistem pendidikan Amerika yang meliputi tadika (berumur 5 tahun) hingga gred 12 (berumur 18 tahun). Sistem ini dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu sekolah rendah (gred K-5), sekolah menengah atau junior (gred 6 hingga 8), dan sekolah menengah (kelas 9 hingga 12). Di sekolah menengah di Amerika, selalunya pelajar tahun pertama akan dipanggil ‘freshman’, dengan tahun kedua menjadi ‘sophomore’ dan tahun-tahun akhir menjadi ‘senior’.

Di peringkat sekolah rendah, tumpuan bukan sekadar memastikan pelajar dapat memahami asas membaca, menulis, dan matematik. Perhatian juga diberikan kepada aktiviti yang membantu kanak-kanak bersosial, serta fokus kepada kemahiran motor dan kebolehan menyelesaikan masalah. Subjek seperti sains, pengajian sosial, bahasa dan seni akan diperkenalkan dalam gred yang berbeza dan diberikan penekanan yang berbeza bergantung kepada kurikulum yang dipilih oleh sekolah. Walaupun sangat jarang berlaku, pelajar perlu menduduki gred tersebut semula jika dia didapati tidak dapat menguasai asas yang diperlukan buat gred tersebut.

Sekolah menengah rendah atau middle school diwujudkan pada mulanya untuk memudahkan peralihan dari peringkat rendah ke pendidikan menengah. Di sekolah menengah rendah, pelajar biasanya dikehendaki mengambil beberapa subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pengajian Sosial, dan Pendidikan Jasmani. Mereka juga diberi lebih banyak autonomi untuk memilih subjek elektif mereka. Walaupun pemilihan mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar adalah luas, seringkali, pelajar akan memilih aliran atau sekumpulan mata pelajaran yang akan menyediakan mereka dengan asas subjek yang mereka mungkin akan ambil di sekolah menengah tinggi. 

Kini beralih ke sekolah menengah tinggi, selain dari mata pelajaran wajib yang perlu diambil oleh setiap pelajar, umumnya terdapat pelbagai subjek elektif yang boleh dipilih. Pelajar sekolah tinggi biasanya perlu menghadiri 7.5 jam waktu kelas sehari dan mereka perlu berjaya mendapat sekitar 26 kredit (iaitu kursus yang telah siap) untuk mereka dapat lulus dengan diploma sekolah tinggi mereka. Tidak seperti sistem di UK dan Australia di mana pelajar menduduki peperiksaan akhir, pelajar di sekolah tinggi Amerika diberi pelajar diberi “gred” untuk semua kursus mereka. Gred ini direkodkan dan dikumpul untuk memberikan Gred Point Average (GPA). Sekiranya pelajar merancang untuk melanjutkan pengajian sarjana di Amerika Syarikat, mereka biasanya perlu mengambil Scholastic Aptitude Test (SAT) atau American College Tests (ACT) pada tahun akhir mereka.

 

KESIMPULAN

Kelebihan Kekurangan
  • Sangat fleksibel kerana pelajar dibolehkan untuk memilih pelbagai subjek
  • Penilaian berterusan, tidak ada ujian utama yang boleh menyebabkan tekanan besar buat pelajar
  • Kurikulum kurang ditujukan kepada kajian subjek yang mendalam
  • Tiada piawaian prestasi yang ditetapkan, ini bermaksud kualiti pendidikan boleh berbeza-beza di antara setiap institusi

ADAKAH PROGRAM INI SESUAI BUAT ANDA?

Kurikulum Amerika sangat sesuai untuk pelajar yang ingin belajar tentang pelbagai subjek, tidak semestinya secara mendalam. Pelajar yang merasakannya sukar untuk cemerlang di bawah tekanan peperiksaan akhir juga akan mendapati kurikulum ini lebih fleksibel. 

 

Adalah sangat penting untuk ambil perhatian bahawa universiti yang berlainan mempunyai syarat kemasukan yang berbeza, di mana universiti berprestij selalunya hanya akan menerima kredit sekolah tinggi, serta skor SAT dan ACT yang tinggi untuk kemasukan mereka. Oleh itu, pelajar dengan matlamat untuk pergi ke universiti yang lebih baik harus bekerja keras untuk mengekalkan gred yang baik dan konsisten sepanjang tahun-tahun sekolah menengah mereka. Walau apa pun yang anda pilih, ingatlah untuk menarik nafas panjang dan pertimbangkan semua pilihan berdasarkan senarai semak yang diberikan dalam artikel “Sekolah Antarabangsa 101: Semua yang Anda Perlu Tahu” sebelum anda membuat keputusan!

Untuk membaca mengenai International Baccalaureate dan Kurikulum Canadian Ontario, sila rujuk bahagian kedua kepada artikel ini di sini.