Kebanyakan biasiswa yang telah kami liputi dalam artikel-artikel sebelum ini tertumpu pada pencapaian akademik. Walau bagaimanapun, sesetengah pelajar lebih menyerlah dalam bidang lain seperti seni, masakan dan sukan. Mungkin buku bukanlah kawan karib pelajar-pelajar ini pada zaman persekolahan, tetapi masa dan keringat yang dicurah demi mengasah bakat mereka bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Maka tidak hairanlah sekiranya universiti dan kolej ingin melabur ke atas bakat mereka. Dalam artikel ini, kami telah senaraikan biasiswa yang boleh digarap pelajar yang cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum.

 

SUKAN 

Biasiswa Sukan Sunway

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Mei 2020 (untuk ambilan bulan Mac, April dan Mei), 30 September (untuk ambilan Jun, Julai, Ogos dan September)

Khususnya untuk para atlet sukan peringkat negeri dan kebangsaan yang ingin menjadi sebahagian daripada komuniti Pendidikan Sunway, universiti ini menawarkan biasiswa 50% kepada atlet negeri dan 100% biasiswa kepada atlet kebangsaan. Atlet yang ingin memohon biasiswa ini juga mesti mengemukakan dokumen pengesahan dari SUKMA dan Majlis Sukan Negara Malaysia untuk membuktikan penyertaan mereka dalam sukan tersebut.

Anda boleh menyemak senarai sukan yang layak mendapat tajaan biasiswa ini di sini.

 

Biasiwa Sukan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman

Tarikh Tutup Permohonan: 6 April 2020

Memahami betapa pentingnya pendidikan, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman menawarkan biasiswa olahraga ini kepada atlet muda supaya mereka dapat mengasah bakat sukan mereka sambil terus melanjutkan pelajaran di peringkat siswazah. Sama seperti dengan apa yang ditawarkan Sunway, potongan yuran bergantung kepada tahap perwakilan sukan pelajar tersebut dengan atlit negara mendapat pengurangan bayaran sebanyak 100% sekiranya layak. 

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biasiswa tersebut, dan di sini untuk borang permohonan. 

 

Biasiswa Kecemerlangan Sukan Inti

Tarikh Tutup Permohonan: 2 minggu sebelum kelas bermula

Pelajar tempatan yang merupakan atlet sukan kebangsaan dan negeri digalakkan memohon biasiswa ini untuk mendapatkan pengurangan yuran penuh atau sebahagian daripada kursus yang mereka ingini. Calon-calon yang memohon untuk mendapatkan biasiswa ini juga mesti memenuhi syarat kemasukan bagi program yang mereka minati dan menjalani temuduga dengan Jawatankuasa Biasiswa.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini.

 

Seni

Biasiswa Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali Untuk Seni Kreatif dan Muzik

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Jun  2020 (for ambilan Ogos)

Dinamakan selepas bekas Wanita Pertama Malaysia yang terkenal dengan kecintaan beliau terhadap muzik dan seni, biasiswa ini bertujuan untuk menggalakkan para belia menerajui seni kreatif dan muzik tempatan. Untuk layak mendapat biasiswa ini, calon mesti mempunyai latar belakang muzik sekurang-kurang pada tahap gred 8 atau berpengalaman bermain bersama pancaragam atau orkestra sekolah sebelum ini. Calon juga dikehendaki untuk memuat naik video persembahan mereka dan menghantarnya ke Universiti untuk penelitian. Sekiranya disenarai pendek, calon-calon akan dikehendaki untuk membuat tiga persembahan yang berdurasi tiga setengah minit menggunakan alat muzik pilihan mereka. Calon yang berjaya boleh mendaftarkan diri dalam salah satu daripada dua program ini: BA (Hons) Muzik Kontemporari (Teknologi Audio) atau BA (Hons) Persembahan Muzik. 

Baca mengenai proses permohonan di sini.

 

Biasiswa Reka Bentuk dan Seni Universiti Sunway

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Jun  2020 (for ambilan Ogos)

Dalam memastikan bahawa pelajar yang dianugerahkan dengan biasiswa ini adalah yang terbaik, setiap calon yang memohon hendaklah mengemukakan portfolio terdiri daripada 5 karya seni kreatif dalam kategori Fotografi, Pembuatan Model, Ilustrasi, Lukisan, Multimedia atau Video. Mereka yang memohon biasiswa untuk diploma juga harus lulus dalam SPM / O-Level me dengan 3 kredit minimum (termasuk lulus dalam Lukisan Seni / Teknis / Portfolio). Penerima biasiswa ini akan mendapat potongan yuran tuisyen sebanyak 100%.

Klik di sini untuk mengetahui mengenai biasiswa ini dengan lebih lanjut lagi. 

 

KULINARI

Biasiswa Chef Muda Universiti Sunway

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Jun  2020 (for ambilan Ogos)

Tukang masak muda yang bercita-cita untuk menjadi chef profesional digalakkan memohon biasiswa ini. Untuk memohon, calon-calon akan dikehendaki menulis esei pendek dalam Bahasa Inggeris (200 perkataan) dengan tajuk “Why should I be selected as a Sunway University Young Chef?”Jika anda disenarai pendek, anda perlu menghadiri sesi Chef Cook-Off yang dinilai oleh Winning Chefs dari Coupe du Monde de la Patisserie Team Malaysia 2019 dan Jawatankuasa Biasiswa Sunway. Biasiswa yang termasuk tuisyen penuh dan yuran am akan dianugerahkan kepada mereka yang mempamerkan bakat dan potensi yang besar. 

Anda boleh baca mengenai biasiswa tersebut di sini

Sekarang anda sudahpun mengetahui bahawa biasiswa bukan hanya disediakan untuk mereka yang cemerlang dalam akademik sahaja, kami berharap agar senarai ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam pencarian biasiswa anda. Kami doakan yang terbaik bagi perjalanan pendidikan tinggi anda dan jika anda ingin membaca lebih lanjut mengenai jenis kursus pra-universiti yang anda boleh pilih, anda boleh klik pautan di bawah!

Baca: Biasiswa di Malaysia 2020 (untuk pengajian di universiti tempatan)