Memastikan kanak-kanak anda makan makanan yang sihat dan bagus untuk mereka agak susah disebabkan kepelbagaian pilihan makanan yang wujud pada zaman sekarang. Dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan 7 makanan ‘super’ yang anda boleh tambah ke dalam pemakanan anak anda.

 

Ikan Salmon

Sumber: Cookingclassy.com

IKAN SALMON

Ikan salmon ini diketahui sebagai ikan tinggi dengan vitamin omega-3 yang penting untuk kesihatan mata dan pembangunan kognitif. Vitamin omega-3 ini juga boleh kurangkan risiko penyakit kanser dan membaiki fungsi saluran darah.

Malah, ikan salmon ialah sumber terbaik vitamin omega-3 kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang lebih rendah berbandingkan sumber omega-3 yang lain seperti kaviar. Omega-3 dianggap sebagai asid penting kerana badan kita tidak boleh menghasilkannya, sebab itu kita perlu mendapatkan omega-3 daripada sumber lain seperti ikan salmon. Namun,  kanak-kanak anda jenis yang tidak gemar memakan ikan, agak susah untuk membuat mereka makan ikan ini kerana bau dan rasa hanyirnya yang sedikit kuat.

Tulang ikan salmon juga boleh menyebabkan anak anda hilang selera. Oleh itu, kami cadangkan anda memberi anak anda ikan salmon di dalam tin sebagai permulaan. Tulang yang ada di dalamnya sudah dilembutkan supaya senang dimakan, maka apabila anak anda memakannya mereka tidak akan perasan yang tulang itu ada di dalam. Sekiranya anda mahu menghilangkan bau atau rasa ikan ini, ikan salmon itu boleh dibuat dalam bentuk burger dan dicampur dengan kentang putar dan reja roti panko. Anda juga boleh menghidangkannya dengan kuah teriyaki atau salsa.

 

Telur

TELUR

Telur dianggap sebagai makanan yang sangat serba boleh dan versatil. Ia boleh dimakan separuh masak, dimasak menjadi telur dadar, diguna dalam kek dan sebagainya kerana telur mengandungi banyak vitamin and nutrisi. Di samping itu, ia tinggi dalam vitamin A yang penting untuk penglihatan dan imunisasi. Lagipun, vitamin D yang penting untuk pembangunan dan kekuatan tulang.

Telur adalah antara sumber protein yang paling terkenal tetapi, ramai orang tidak mengetahui bahawa kuning telur mempunyai kandungan kolina yang tinggi juga. Kolina dapat membantu dalam membina molekul pengisyaratan di dalam otak, yang juga membaiki penghafalan kita.

Walaupun telur tinggi dengan lemak kolesterol, ia sebenarnya ‘kolesterol bagus’ ataupun diketahui sebagai high-density lipoprotein (HDL). Fungsi HDL adalah untuk menyingkirkan ‘kolesterol tidak bagus’ daripada saluran darah kita, sekaligus menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.

Namun, kami cadangkan orang yang menghadapi penyakit kencing manis (kanak-kanak juga boleh menghidapi penyakit ini) atau gangguan genetik seperti familial hypercholesterolemia, untuk mengurangkan pengambilan telur dalam makanan mereka kerana telah dilaporkan bahawa telur boleh meninggikan risiko penyakit jantung. Ibu bapa juga patut elak memberi makanan yang mengandungi telur kepada anak mereka yang dibawah satu tahun untuk mengelak reaksi alahan.

 

Sayuran Hijau

Sumber: wellandfull.com

SAYURAN HIJAU

Lupakan Green Lantern, anak anda sudahpun menjadi seorang ‘superhero’ sekiranya mereka memakan sayur. Pada umumnya, sayuran hijau sangat tinggi dalam kandungan serat, kalium dan folat serta rendah dalam kalori. Malah, meninggalkan sayuran dalam diet bermaksud kita tidat mendapat banyak khasiat dan kebaikan kesihatan yang datang daripada sayuran hijau tersebut.

Di antara sayuran yang dianggap paling bagus kerana kebaikan kesihatannya yang paling tinggi adalah sayur kubis, kubis, sawi  dan bak choy. Dengan itu, sayur kubis mengandungi antioksidan seperti beta-carotene dan lutein, bahan-bahan yang boleh menurunkan risiko kanser dan penyakit lain.

Kubis juga mengandungi serat yang larut dan tidak larut yang boleh mengimbuh jumlah bakteria bagus dalam perut kita. Bakteria ini mengalakkan pergerakan usus yang normal dan konsisten. Apabila ditapai menjadi sauerkraut atau kimchi, kubis sebenarnya memberi kebaikan lebih seperti meningkatkan sistem imun kita dan juga memantau inflamasi dalam badan.

Ada banyak pilihan sayuran hijau yang boleh dijumpai di pasaran sekiranya kubis atau kubis daun tidak menyelerakan buat anak anda. Mereka mungkin tidak mahu mencuba untuk memakan sayur, maka potonglah sayuran anda kecil-kecil dan campurkan dengan hidangan lain mereka anggap lebih menyelerakan.

 

Kacau

Sumber: foodfashionparty.com

KACANG 

Sebenarnya, semua kacang baik untuk dimakan sebagai makanan ringan. Melainkan anak anda mempunyai alahan terhadap kekacang, tidak apapun yang sepatutnya menghalang mereka daripada memakannya.

Tetapi, bukankah kacang berkalori tinggi? Itu memang benar, namun yang menariknya, kajian telah menunjukkan bahawa kacang sebenarnya boleh membantu dalam mengurangkan berat badan. Suatu kajian juga menunjukkan bahawa kacang adalah lebih baik berbanding minyak zaitun untuk mengurangkan saiz pinggang manakala satu lagi kajian telah melaporkan bahawa mereka yang menambah kacang badam di dalam diet mereka boleh mengurangkan berat badan tiga kali ganda lebih cepat.

Tambahan, kacang juga bagus untuk orang dengan sindrom metabolik kerana ia membantu untuk menurunkan tahap gula darah dan tekanan darah juga. Kerana kacang mengandungi kandungan fibre yang tinggi, ia boleh dihidangkan sebagai alternatif yang bagus untuk kanak-kanak yang tidak suka makan sayur. Kacang boleh dimakan mentah atau dipanggang bawah 175°C.

 

Susu Dan YogurtSUSU DAN YOGURT

Ada sebabnya mengapa susu ialah makanan pertama yang kita berikan kepada anak kita apabila mereka dilahirkan – kerana nutrisi yang terkandung di dalam susu mempunyai banyak faedah buat badan manusia. Malah, susu ibu sahaja cukup untuk membekalkan khasiat penting buat 6 bulan pertama seorang kanak.

Susu sangat popular kerana ia mengandungi kalsium, vitamin D, fosforus dan magnesium, iaitu khasiat penting untuk mengelakkan penyakit seperti riket dan osteoporosis.

Susu juga sumber yang bagus untuk protein yang berkualiti tinggi. Kasein dan whey protein yang ada dalam susu didapati boleh mengurangkan kehilangan dan kekejangan otot, dan juga mencepatkan pembaikan otot.

Selain susu, kita juga ada yogurt yang dibuat dari susu yang ditapai mengguna bakteria ‘bagus’ seperti probiotik. Kewujudan probiotics seperti Lactobacillus Acidophilus dan Bifidobacterium yang ada di dalam yogurt mempunyai banyak kebaikan untuk perut dan membantu dalam melegakan cirit-birit. Bakteria ‘baik’ ini juga boleh mengurangkan risiko kanser usus dan kencing manis.

Kalau anak anda tidak bertoleransi laktosa, anda boleh memberinya alternatif seperti susu badam, susu soya atau susu kelapa. Walaupun rasa ketiga-tiga itu berbeza daripada susu lembu, ia tidak kurang sedap juga.

 

Beri-BeriBERI-BERI

Sama seperti sayur kubis, beri-beri seperti strawberi, blueberi dan sebagainya, mengandungi antioksidan seperti anthocyanin.

Anthocyanin ini bagus untuk mengurangkan bilangan radikal bebas dalam badan kita. Tambahan pula, satu kajian telah menunjukkan bahawa permakanan boleh menolong fungsi otak seperti penghafalan dan pemikiran. Di samping itu, beri juga membantu kita mengawal tahap gula darah kita. Maka anda tidak perlu bimbang kalau anak anda kelihatan aktif selepas makan beri.

Daripada beri, anda juga boleh membuat jem, inti pai, minuman dan kek. Anak anda pasti akan sukakannya!

 

Bijian

BIJIAN

Makanan ‘super’ terakhir kita ialah bijian! Ramai yang masih tidak menyedari bahawa bijian mengandungi banyak kebaikan dan kemanfaatan untuk badan kita. Ada banyak bijian yang bagus untuk kita, tetapi antara bijian dengan khasiat dan nutrisi  tertinggi ialah flaxseeds, biji chia, biji buah labu, biji bijan, biji hemp dan juga kuaci.

Pada umumnya, bijian mengandungi kandungan serat dan omega-3 yang sangat tinggi dan juga khasiat-khasiat yang lain seperti magnesium. Ia boleh memudahkan pergerakan usus, mengurangkan kolesterol dan menghalang penyakit kronik. Kebanyakan bijian mengandungi lemak omega-6 yang bagus untuk jantung kita. Anda boleh campurkan bijian ke dalam bubur gandum atau ke dalam kek. Jika diletakkan ke dalam nasi goreng juga sedap.