Membuat keputusan untuk pergi melancong adalah tugasan yang memenatkan. Faktor keseronokan adalah penting tetapi begitu juga dengan aspek keselamatan dan ketersampaian. Untuk membantu anda, kami telah menyenaraikan 5 negara mesra kanak-kanak yang anda boleh kunjungi bersama anak anda.

AUSTRALIA

Melbourne, salah satu bandar popular di “Oz” mempunyai pelbagai tempat interaktif yang akan menghiburkan anak-anak anda. Terdapat Scienceworks Museum yang mesra autism, Puffing Billy Steam Railway jika anak anda menggemari Thomas The Train dan Phillip Island untuk anda sekeluarga melihat anjing laut, burung penguin dan koala.

Sekiranya anda mengunjungi Sydney, anda harus mengunjungi Harbour Bridge dan Opera House,  iaitu dua struktur paling ikonik di dunia. Anda boleh membawa anak anda ke sana untuk menikmati pemandangan atau menonton tarian balet dan opera. Taronga Zoo yang berhampiran dengan Sydney Harbour National Park, juga ialah tarikan yang mesra kanak-kanak. Anak anda tidak akan hanya belajar tentang walabi dan pemuliharaan haiwan tetapi mereka juga boleh menjadi seperti Tarzan selama sehari di ‘Wild Ropes’ di dalam zoo tersebut.

turtle swimming in the ocean

Sumber: Michael Smith ITWP / Shutterstock

Jika anda mengunjungi negara yang juga dikenali sebagai ‘the Land Down Under’ ini, anda mestilah membawa anak anda untuk bersnorkel atau menyelam di Great Barrier Reef di Queensland. Terdapat lebih daripada 9,000 kehidupan laut yang pasti akan mempersona anda dan anak-anak anda. Antara hidupan laut yang boleh anda temui termasuklah oleh kepelbagaian yang terdapat di dalam laut seperti karang, ikan yu dan kura-kura. Anda juga mungkin akan terjumpa Nemo di sana!

COSTA RICA

men on canopy walk in the jungle

Costa Rica yang bermaksud “Pantai Kaya” dalam bahasa Sepanyol in merupakan negara indah yang pakar dalam menyediakan pengembaraan yang mendebarkan bagi kanak-kanak dan dewasa. Anda perlu mengunjungi Monteverde untuk melihat hutan hujan yang subur dan kepelbagaian hidupan liar di sana. Untuk berseronok sedikit, bawalah anak anda untuk berjalan kaki kanopi atau luncur keluang. Anda juga boleh pergi ke Ranario pada waktu malam untuk melihat koleksi katak yang besar atau tunggangan kuda berhampiran Santa Elena.

Masih tidak terpesona? Anda boleh melawat Irazu Volcano National Park di wilayah Cartago untuk melihat gunung berapi aktif tertinggi di Costa Rica. Sekiranya anda tertanya-tanya, ya, lawatan ini adalah selamat untuk kanak-kanak (itu sebabnya ia dalam senarai ini) tetapi  pastikan anda ambil perhatian mengenai apa-apa berita letusan. Apabila anda berada di sana, pergilah ke Balneario de Aguas Termales Los Patios untuk berenang pada hari yang panas.

ENGLAND

London scenery at dusk

Apabila di London, anda tidak boleh melepaskan peluang untuk melawat patung lilin di Madame Tussauds, minum butterbeer di set Harry Potter di Warner Brother’s Studio dan melihat pemandangan London dari London Eye. Terdapat juga Oxford Street untuk anda membeli cenderahati dan Istana Buckingham untuk anda lawati jika anda ingin menyaksikan pertukaran penjaga istana yang terkenal.

 

Jika anak-anak anda lebih suka alam semula jadi berbanding dengan bandar metropolitan yang sibuk, maka anda boleh membawa mereka ke White Cliff of Dover di Kent di mana anda boleh melihat tanah Perancis dari jauh. Di antara Manchester dan Sheffield, terdapat juga taman negara yang indah yang dikenal sebagai Peak District untuk anda nikmati bersama anak anda. York, di utara England, juga terkenal dengan landskap dan bandarnya yang indah.

Satu lagi tarikan di selatan iaitu Brighton, iaitu bandar perayaan dan keseronokan. Brighton Palace Pier adalah sebuah taman hiburan di atas air dan sebaik sahaja anda selesai dengan keseronokan, anda boleh menikmati soft serve di pantai berbukit.

JEPUN

Terdapat banyak sebab yang membuat kami jatuh cinta terhadap Jepun. Antaranya ialah kebersihan jalan raya, pengangkutan awam yang sangat efisien dan bandar-bandar sangat selamat. Tokyo, iaitu syurga teknologi  syurga teknologi dunia sudah tentu akan menarik perhatian anak anda dengan banyak tempat yang menarik. Mereka boleh berjumpa remaja Harajuku di Takeshita Street, berhubung dengan watak-watak kegemaran mereka di Tokyo Disneyland dan Ghibli Museum, belajar bagaimana untuk menjadi seorang pahlawan di Samurai Museum, menikmati panorama bandar dari Tokyo Tower dan kesibukan kota di Akihabara.

Walaupun Tokyo merupakan pusat bandar, anda harus pergi ke Osaka dan Kyoto. Kedua-dua kawasan tersebut agak dekat di antara satu sama lain dan penuh dengan budaya dan warisan. Apabila berada di Osaka, anda patut melawati Dotonbori yang meriah, lorong makanan Shinsekai dan Istana Osaka yang berusia 422 tahun. Tarikan yang anda harus pergi ketika di Kyoto adalah Fushimi Inari Taisha atau juga dikenali sebagai kuil yang paling bersejarah di Kyoto. Jika ada masa, anda boleh mengunjungi Nara Deer Park yang terletak berhampiran dengan kedua-dua wilayah tersebut.

Hokkaido terkenal dengan resort ski musim sejuk dan mata air panas. Sebenarnya, waktu terbaik untuk mengunjungi wilayah tersebut adalah pada musim panas. Anda tidak akan hanya menyaksikan bunga mekar bermusim seperti bunga matahari dan merigold kerana terdapat juga banyak perayaan budaya untuk keluarga anda untuk nikmati!

MALAYSIA

Ranger giving orangutan food

Sumber: Going Places

Ini mungkin kelihatan sediki berat sebelah tetapi kita tidak perlu berkunjung ke tempat-tempat yang terlalu jauh kerana Malaysia adalah salah satu negara yang paling mesra kanak-kanak di Asia. Salah satu daripada dua belas negara biodiversiti mega di dunia, Malaysia mempunyai banyak kehijauan dan hidupan liar yang mungkin tidak disedari oleh segolongan rakyat Malaysia. Di Borneo, kita mempunyai Sepilok Orangutan Rehabilitation Park dan Tabin Wildlife Reserve yang anda boleh bawa anak anda untuk melihat spesis orangutan, gajah Pygmy Borneo dan badak Sumatera yang terancam. Malaysia Barat mempunyai pulau-pulau kecil yang indah dan banyak etnik minoriti seperti Bajau (Sea Gypsies) dan Bidayuh untuk anak-anak anda belajar tentang budaya mereka.

Dan apa saja yang tidak boleh anda jumpai di Kuala Lumpur dan Lembah Klang? Bandar besar ini tidak hanya mempunyai beberapa pusat membeli-belah yang terbesar di dunia tetapi juga mempunyai pelbagai tempat menarik untuk anda berseronok dengan anak anda. Lihat kedua-dua artikel di bawah untuk melihat ke mana anda boleh mengunjungi bersama anak-anak anda.

Baca: 6 Tempat Glamping Mesra Kanak-Kanak Di Malaysia

Kami berharap senarai ini akan memberi anda idea tentang tempat yang anda boleh pergi bercuti dengan anak anda pada masa hadapan. Nikmatilah cuti anda!