Seperti mana-mana ibu bapa, tidak mudah untuk mengetahui bahawa anaka anda yang berharga mempunyai gangguan kesihatan atau perkembangan. Anda pasti akan berasa bingung dan terharu. Walaupun benar bahawa autisme bukanlah sesuatu yang orang dapat “tumbuh”, terdapat banyak rawatan dan aktiviti yang mampu membantu kanak-kanak memperoleh kemahiran baru dan mengatasi cabaran perkembangan ini. Sekuel kepada artikel kami yang mengupas tentang tanda-tanda autisme bertajuk “Adakah Anak Saya Mempunyai Autisme? Apakah Tanda-Tanda Perlu Saya Perhatikan?”. Dalam artikel ini, kami akan ulas apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sekiranya anak mereka menghidap autisme, dan apakah langkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibu yang sedang mengandung.

 

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?

TETAPKAN TARIKH PEMERIKSAAN

Sekiranya simptom-simptom yang kami senaraikan dalam artikel kami sebelum ini ada pada anak anda, tetapkan tarikh pemeriksaan dengan doktor dengan segera. Malah, sebaiknya anda bawa anak anda untuk pemeriksaan walaupun mereka kelihatan baik-baik sahaja. Pemeriksaan perkembangan rutin disyorkan bagi kanak-kanak yang berusia 9, 18 dan 30 bulan. Kerana tidak ada satu pun ujian perubatan spesifik yang mendiagnosis autisme, kemungkinan besar anda anda mungkin diperlukan untuk menjalani beberapa pemeriksaan dan permerhatian doktor. Oleh itu, penilaian berbagai-bagai, pemerikasaan, dan pemerhatian doktor diperlukan. Berikut adalah beberapa pilihan pemeriksaan yang tersedia:

  • Temu bual ibu bapa – Bagi doktor memahami maklumat dan pemerhatian anda tentang keadaan perubatan, perangai dan perkembangan anak anda.
  • Pemeriksaan perubatan – Pemeriksaan neurologi, pemeriksaan makmal, pemeriksaan genetik, alat pemeriksaan autisme.
  • Pemeriksaan pendengaran
  • Pemerhatian doktor
  • Ucapan dan penilaian bahasa
  • Pemeriksaan kognitif
  • Penilaian berfungsi yang menyesuaikan diri
  • Penilaian sensori-motor

Nasihat editor: Dapatkan pendapat kedua dalam apa-apa keadaan, hanya untuk memastikan diagnosis adalah tepat.

 

DAPATKAN BANTUAN SEGERA DENGAN LEBIH AWAL

Anda mungkin boleh menunggu dan melihat dahulu apabila anak anda mempunyai selesema atau batuk, tetapi JANGAN SESEKALI menunggu sekiranya anda mengesyaki bahawa anak anda mungkin mempunyai autisme. Intervensi adalah penting bagi mendapatkan “hasil optimum” bagi kanak-kanak yang mempunyai autisme. Walaupun autisme merupakan satu keadaan yang berpanjangan seumur hidup, anak-anak yang menerima rawatan yang awal mampu menunjukkan perkembangan positif yang ketara. Dapatkan nasihat doktor dengan segera dan pastikan doktor tersebut adalah pakar dalam masalah perkembangan untuk nasihat yang lebih tepat. Berikut adalah beberapa pilihan rawatan bagi autisme:

  • Ubat – Doktor mungkin akan memberikan ubat untuk merawat gejala seperti kemurungan, kejang, hiperaktif atau kebimbangan.
  • Perubahan diet – Terdapat beberapa jenis vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak dengan gangguan perkembangan dan ia berbeza bagi setiap individu. Dapatkan nasihat daripada doktor anda.
  • Terapi – Terapi perilaku, terapi bahasa pertuturan, terapi berasaskan permainan dan terapi fizikal.

Ibu sedang memeluk anakJANGAN MENUNGGU DIAGNOSIS

Anak anda perlu melalui pelbagai penilaian untuk diagnosis sebagai mempunyai autisme dan ini akan mengambil sedikit masa. Jika tanda-tanda yang anda perhatikan jelas menunjukkan bahawa anak anda mempunyai autisme, lebih baik jika anda membawa mereka untuk rawatan dengan segera daripada menunggu diagnosis muktamad.

DIDIK DIRI ANDA TENTANG AUTISME

Belajarlah tentang autisme. Dengan berbuat demikian, anda boleh membuat keputusan yang lebih baik untuk anak anda. Tanyalah soalan kepada doktor, dapatkan nasihat daripada ibu bapa yang lebih berpengalaman dan baca tentang pilihan rawatan yang sedia ada.

 

JADI PAKAR ANAK ANDA

Sebagai ibu bapa, anda berada dalam kedudukan yang terbaik untuk memantau perkembangan dan perilaku anak anda. Jangan menolak tanggungjawab ini kepada doktor anda kerana mereka hanya akan berjumpa dengan anak anda kurang dari setengah jam pada setiap lawatan. Pastikan anda memerhatikan kemajuan anak anda dan jika boleh, tuliskannya di dalam sebuah jurnal. Ini juga boleh dilakukan sebaik sahaja anak anda dilahirkan, yang menjadikannya lebih berkesan untuk mengetahui masalah perkembangan dengan lebih awal.

MEMPERCAYAI DIRI SENDIRI

Sungguhpun doktor anda seorang pakar dalam bidangnya, autisme sebenarnya sangat sukar untuk dikesan pada peringkat awal, ketika anak anda masih kecil. Kerana autisme mempunyai kesan yang berbeza buat setiap kanak-kanak, doktor juga akan mungkin terlepas tanda-tanda tertentu atau meremehkan gejala yang ditunjukkan anak anda. Dengar kata hati anda, dan sekiranya anda yakin bahawa anda yang tidak kena dengan anak anda, teruskan mencari penyelesaiannya! Dapatkan pendapat kedua atau rujuklah kepada pakar perkembangan kanak-kanak.

MEMBINA SISTEM SOKONGAN DAN MENCARI BANTUAN

Sertai kumpulan-kumpulan di kawasan anda supaya dapat mengenali keluarga kanak-kanak autisme. Dengan cara itu, anda boleh berkongsi dan belajar antara satu sama lain melalui pengalaman. Menjaga kanak-kanak autisme bukannya senang dan kadang-kadang, sangat menduga kesabaran. Oleh itu, adalah penting untuk anda mendapatkan bantuan dan sokongan daripada orang lain.

MEMULAKAN TABIAT DI RUMAH

Anak perempuan sedang mengulang kaji

Bahagian yang paling penting dalam proses rawatan adalah untuk penglibatan ibu bapa. Apabila anak anda menghabiskan sebahagian besar masa dengan anda, tabiat mudah ini sekiranya diamalkan akan membantu anak anda:

  • Biarkan anak anda mengikuti jadual rutin
  • Ajarkan mereka tugasan mudah dengan menunjukkan langkah satu-persatu
  • Melatih dan biarkan mereka belajar berdasarkan minat mereka
  • Pastikan rutin harian, cara belajar, terapi dan juga interaksi mereka konsisten
  • Puji mereka setiap kali mereka melakukan sesuatu yang betul
  • Meningkatkan kekuatan dan cuba memperbaiki kelemahan mereka
  • Memahami cara pembelajaran anak anda dan berusaha untuk memperbaikinya – Pendengaran, Penglihatan dan Kinestetik

MEWUJUDKAN RUANG SELAMAT DI RUMAH

Adalah penting untuk anda memastikan bahawa rumah anda mempunyai ciri-ciri keselamatan oleh sebab kanak-kanak dengan autisme tidak menyedari atau memahami konsep kebahayaan. Mereka mungkin berfikir bahawa bermain dengan api menyeronokkan atau dalam sesetengah kes, mereka akan mencederakan diri sendiri apabila marah. Satu cara bagi anak anda berasa lebih selamat adalah dengan mengemas dan mengaturkan rumah serta menetapkan larangan tertentu dengan melabelkannya dengan nota berwarna atau pita.

MEMBERIKAN GANJARAN JIKA BERPERANGAI BAIK

Kanak-kanak yang mempunyai autisme perlu sentiasa diberikan sokongan positif. Anda perlu memuji mereka apabila telah mempelajari kemahiran baru atau menyelesaikan tugas yang diberikan kepada mereka. Anda perlu spesifik dengan tingkah laku yang anda puji. Anda juga perlu memberikan ganjaran kepada mereka apabila mereka menunjukkan kemajuan seperti membeli mainan baru atau menggalakkan mereka menonton filem kegemaran mereka.

MENYEDIAKAN MASA UNTUK BERSERONOK

Kehidupan anak anda haruslah lebih daripada sekadar terapi dan rawatan. Apapun, mereka masih kanak-kanak. Ingat, anda seharusnya memperuntukkan waktu bermain bersama anak anda! Pastikan mereka tersenyum, ketawa dan mereka akan akhirnya keluar daripada cengkerang mereka. Semasa memantau kemajuan mereka, anda boleh mengadakan waktu bermain bersama kawan-kawan mereka supaya mereka akan lebih selesa bergaul dengan rakan sebaya mereka.

JANGAN MEMBANDINGKAN MEREKA DENGAN ORANG LAIN

Anda patut menerima anak anda seadanya, raikan setiap peningkatan kecil yang mereka lakukan dan berhenti membandingkan anak anda dengan orang lain. Daripada menumpukan perhatian kepada keadaan, ubahlah cara anda berfikir. Anda mempunyai seorang anak yang istimewa! Jika tidak, tanpa menyedari, anda juga akan melayan anak anda seperti mereka terlalu berbeza dengan anak lain.

 

Keluarga berseronok di rumah.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Walaupun autisme dipercayai berlaku disebabkan oleh faktor genetik, kajian juga mendapati bahawa austime mungkin disebabkan persekitaran luaran semasa dalam rahim ibu atau juga selepas kelahiran. Oleh itu, ibu yang mengandung bolehlah mengamalkan langakah-langkah pencegahan berikut.

Mengambil multivitamin. Ibu-ibu yang mengandung dinasihati supaya mengambil 400 microgram asid folik untuk mengelakkan kecacatan kelahiran. Walaupun tidak jelas sama ada ia dapat membantu mengelakkan autisme, tetapi tidak ada salahnya jika mengambil vitamin.

Elakkan pil anti-depresan. Ubat anti-depresen boleh meninggikan risiko anak anda untuk mendapat autisme sekiranya anda mengambil pil ini semasa anak anda dalam kandungan. Ketahui sama ada terdapat alternatif lain untuk merawat kemurungan kerana kemurungan yang tidak dirawat mampu memberi kesan terhadap anak anda pada masa hadapan.

Penjagaan Pra-natal. Pastkan si ibu makan makanan yang sihat, berkhasiat, elakkan jangkitan, selalu optimis dan gembira, berehat dengan baik dan pastikan juga ibu menjalani pemeriksaan yang kerap untuk meningkatkan peluang untuk melahirkan bayi yang sihat.

YANG PALING PENTING

Jangan terlalu risau! Autisme hanya adalah satu keadaan, bukannya penyakit. Dengan rawatan dan latihan yang betul, serta kasih sayang dan sokongan, anak anda tentu akan belajar, membesar dan berkembang dengan baik! Yang pasti, jangan mudah berputus asa – Anak anda ialah anugerah yang terbaik dari Tuhan dan mereka adalah kegembiraan anda buat selama-lamanya!

Sekiranya anda belum lagi membaca artikeli “Anak Saya Mempunyai Autisme? Apakah Tanda-Tanda Yang Perlu Saya Perhatikan”?, luangkan sedikit masa untuk membacanya! Ia lebih penting untuk memahami gejala autisme dan mengesannya lebih awal kerana rawatan terbukti lebih berjaya jika didiagnosis sebelum usia 18 bulan.