“ Anak saya akan pergi ke sekolah menegah tidak lama lagi tetapi saya tidak tahu apa bagaimanakah situasi itu untuk saya dan dia!”

Ah, kenangan dari sekolah menengah mengembalikan nostalgia yang bercampur-baur bagi kebanyakan kita. Terdapat kenangan manis, ada yang memalukan, dan juga kenangan yang pahit. Sekarang sudah tiba masa untuk mereka melangkah kaki ke sekolah menengah, sudah pasti kami ingin mengiringi setiap langkah mereka, tetapi apakah jenis penjagaan dan kebimbangan yang sesuai yang patut kami sediakan? Jangan risau, kami ada cara yang mudah dan berkesan untuk membantu anda menangani dan mengekalkan pertumbuhan anak anda! Sekiranya anda suka membaca mengenai tip sekolah menengah yang legit, sila ke halaman di sini. Sekarang, mari kita lihat!

Tip #1 – Ruang & Kepercayaan

Ingatkan mereka bahawa ia adalah biasa untuk berasa gementar apabila sedang memasuki persekitaran baru. Pastikan mereka tahu bahawa tentu akan adanya masaah tetapi semuanya akan baik-baik sahaja. Biar mereka tahu anda akan selalu berada di sisi mereka. Apabila mereka menyimpankan rahsia daripada anda seperti pergaduhan dengan kawan baik atau berputus cinta, jangan risau! Mereka sedang membesar dan memerlukan sedikit ruang. Berikan mereka ruang untuk mengenal pasti cara menyelesaikan konflik pada hari ini supaya mereka akan tahu bagaimana menyelesaikan masalah pada keesokan hari. Undur diri, ibu dan ayah! Berhati-hati, jangan sentiasa cuba bercampur tangan dalam masalah mereka kerana mereka akan berasa seperti diganggu dan dikacau! Anda mempunyai rahsia sendiri juga dan ia merupakan bahagian yang indah dan menarik dari hari-hari sekolah nostalgia pada masa lalu!

dad drive

Tip #2 – Mengajar Melalui Contoh & Komunikasi

Perkataan dan ungkapan emosi memainkan peranan yang besar dalam pembinaan identiti diri sendiri semasa tahun-tahun remaja. Ini adalah tahun-tahun di mana pengalaman dan nilai akan mempengaruhi sikap dan personaliti. Ibubapa harus menyediakan persekitaran yang sihat bermula daripada interaksi keluarga. Hubungan yang baik dapat dipupuk dengan mudah, terutamanya melalui pergaulan tentang perkara-perkara remeh semasa tunggangan di dalam kereta atau pada waktu makan. Terimalah bahawa konflik antara anda dengan mereka tentu akan berlaku. Biasakan diri dengan bertanya : “Bagaimanakah hari anda?”

Tip #3 – Berdikari & Bimbingan

Sesetengah ibubapa akan panik apabila anak mereka yang pandai tidak mendapat A untuk matapelajaran mereka seperti bagaimana mereka telah mencapai di sekolah rendah. Menyuruh anak anda untuk pergi ke kelas tambahan tanpa berhenti-henti mungkin bukannya cara terbaik untuk membantu mereka. Sebaliknya, tanyalah, “Apakah masalah anda?”, adakah mereka hanya cuba menyesuaikan diri atau adakah mereka kehilangan hala tuju? Kadang-kadang, mereka memerlukan sokongan dan bimbingan daripada ibubapa dan guru tetapi mungkin malu untuk bersuara. Berikan bimbingan secara tidak langsung dengan perlahan dan jangan mengambil rasa autonomi daripada mereka kerana ia akan membuatkan mereka berasa tidak terdaya. Ia juga penting untuk ingat bahawa kadang-kadang, mereka akan bertahan diri terhadap gangguan kami; jangan berhenti berkomunikasi dan menyayangi mereka.

Tip #4 – Matang dan Tidak Matang

Keadaan fikiran dan tubuh mereka akan mengalami perubahan secara beransur-ansur yang menyebabkan gelombang ketidakseimbangan dan ketidakstabilan terutamanya daripada segi emosi. Adalah lebih buruk apabila mereka ditolak ke dalam persekitaran baru yang mereka tidak kenali. Seringkali, kesedaran diri mereka berkembang lebih cepat daripada tahap kebebasan dan rasa penentuan. Kelambatan ini menyebabkan ketidakstabilan emosi seperti berasa telah mencapai sesuatu, gembira dan riang kadang-kadang dan pada masa lain, berasa rendah diri, canggugn dan bertahan. Ibubapa yang menganggap bahawa ini adalah mereka beremosi boleh membuat anak-anak mereka berasa kecewa.

 

Ibu dan ayah yang terhormat… Kami berharap agar tip dan cara yang telah disenaraikan mampu membantu menghilangkan sedikit perasaan gementar. Bertenanglah dan menjalani kehidupan ini bersama anak-anak kita!