Melangkah ke sekolah untuk pertama kali atau memulakan persekolahan baru adalah antara perubahan penting yang akan dilalui oleh anak anda semasa mereka membesar. Bagi kebanyakan ibu bapa, menghantar anak mereka ke prasekolah atau tadika adalah satu peristiwa yang penting kerana ini adalah langkah pertama anak-anak mereka untuk mula jauh daripada rumah atau beralih kepada suasana dan rakan-rakan baru.

 

Bagi anak-anak yang lebih besar, mereka tetap berasa gembira, seronok, dan bimbang walaupun hanya kembali ke sekolah yang sama selepas cuti. Sesetengah kanak-kanak boleh menerima dan menyukai perubahan berbanding kanak-kanak yang lain. Tetapi, tidak hairanlah sekiranya kanak-kanak yang sudah “berpengalaman” dengan sekolah masih menginginkan perhatian yang lebih pada hari pertama dan minggu-minggu persekolahan. Berikut adalah beberapa tip untuk ibu bapa bagi menyokong anak mereka untuk pergi ke sekolah buat pertama kali atau berpindah ke sekolah baru.

#1 BERBUAL TENTANG SEKOLAH

Komunikasi dengan anak anda penting tanpa mengira berapakah umur mereka dan bercakap tentang sekolah baru dengan kata-kata yang positif dapat membantu mereka dengan peralihan ini. Anda boleh bercakap tentang bagaimanakah persekitaran sekolah dan kelas baru mereka, menggalakkan mereka untuk memberitahu guru jika mereka memerlukan bantuan, dan masuklah dalam topik rutin pagi, dari apa yang perlu dipakai sehingga duit makan tengah hari atau susunan untuk bekal makanan tengah hari.

 

Ia adalah sangat penting untuk bertanyakan kepada anak anda tentang keadaan di sekolah baru walaupun hanya selepas minggu pertama persekolahan. Jika anak anda tidak mahu bercakap atau tidak mahu pergi ke sekolah lagi, janganlah terus bertanyakan tentang apakah yang tidak kena, tetapi anda boleh bertanyakan tentang apakah yang telah yang berlaku di sekolah. Cuba untuk lebih spesifik dengan soalan anda seperti: “Apakah nama kawan kawan adik”, “Apakah yang adik belajar hari ini?”, atau Siapakah yang duduk dengan mereka ketika waktu makan tengah hari tadi dan apakah permainan baru yang mereka paling disukai dan di main oleh mereka.

 

Tiada ketakutan dan keseronokan yang harus dipandang remeh. Sekiranya anak anda memberitahu yang mereka kecewa dengan seseorang di sekolah, ada kanak-kanak lelaki atau perempuan yang tidak begitu baik kepada mereka, bincangkan dan terangkan tentang bilakah mereka perlu meminta campur tangan guru. Penting untuk meyakinkan anak anda bahawa mereka boleh mencari anda atau guru mereka sekiranya mereka memerlukan bantuan.

#2 HARAPAN TERHADAP ANAK ANDA

Adalah normal untuk ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan mahukan mereka untuk menjadi yang terbaik. Kanak-kanak boleh belajar dengan pantas tetapi apabila mereka ke sekolah untuk kali pertama atau memulakan sesi persekolahan baru, mereka perlu mengatasi masalah bimbang dan cuba untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru mereka dahulu. Penting juga untuk menetapkan jangkaan yang tinggi buat anak anda dan menyokong mereka dalam mencapai jangkaan tersebut, akan tetapi untuk beberapa minggu pertama, puji lah kejayaan kecil anak-anak anda dan mengambil langkah ke hadapan serta cuba untuk tidak menyentuh perkara yang belum mereka capai. Tambahan pula, berhati-hatilah dan kenal pasti tanda-tanda sekiranya anak anda berasa tertekan atau tidak selesa. Mengalami tekanan untuk kanak-kanak kecil adalah perkara normal semasa menghadapi peralihan dan perubahan. Selalunya, anak anda akan cuba menyelesaikannya sendiri, tetapi ianya penting untuk memantau mereka, kerana tekanan yang berpanjangan boleh menghalang perkembangan otak dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak.

#3 RUTIN TIDUR SEKOLAH

Kanak-kanak yang berumur 3-5 tahun di nasihatkan supaya tidur selama 10 hingga 13 jam setiap hari, manakala kanak-kanak sekolah yang berumur 6 hingga 12 tahun digalakkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 7 hingga 11 jam waktu tidur setiap hari. Ia adalah perkara biasa untuk corak tidur atau rutin anak anda berubah sebelum bermulanya persekolahan. Anda boleh memulakan rutin tidur ini satu atau dua minggu sebelum bermulanya hari pertama persekolahan. Membenarkan anak-anak anda untuk membiasakan diri dengan perubahan rutin akan membantu mereka untuk mendapat waktu rehat yang cukup supaya mereka akan lebih cerdas di sekolah dan menjadi lebih gembira pada waktu pagi.

#4 MEMBELI-BELAH KELENGKAPAN SEKOLAH BERSAMA-SAMA

Membeli belah kelengkapan sekolah adalah aktiviti yang popular untuk kanak-kanak kecil serta dewasa, oleh itu cara ini  bagus untuk menjadikan anak anda lebih positif dan teruja untuk memulakan sesi persekolahan baru. Membeli-belah pakaian sekolah, beg galas, dan alat tulis bersama-sama dapat memberi peluang untuk mengisi masa bersama serta dapat menanamkan rasa tanggung jawab untuk diri mereka dan barang-barang mereka sendiri. Jika anda sedang mencari beg galas sekolah, anda boleh melihat panduan kami dalam memilih beg sekolah yang sesuai untuk anak anda di sini.

#5 GURU SEBAGAI SUMBER

Pada hari pertama atau pada minggu pertama, anda boleh cuba memperkenalkan diri dan anak anda secara peribadi kepada guru kelas. Ianya penting untuk membina hubungan yang baik dengan guru-guruk anak anda, kerana mereka akan menjadi contoh untuk anak-anak anda dan hubungan utama anda di sekolah. Jika boleh, cubalah untuk memberi maklumat ringkas tentang minat anak anda, atau menekankan tentang keadaan kesihatan sekiranya anak anda mempunyai masalah seperti alergi. Ini dapat membantu guru untuk mengenali anak anda dengan lebih baik. Ini dapat mengurangkan rasa kekok untuk mengenali guru baru dan membina kepercayaan supaya mereka berasa selesa untuk meminta bantuan guru sekiranya mereka memerlukannya.