Sekolah sepatutnya sentiasa menyeronokkan untuk kanak-kanak, tetapi semestinya tidak bagi  mereka yang sering dibuli. Pembulian yang teruk dan kerap jika dihadapi pada jangka masa yang panjang mampu meningkatkan risiko mangsa untuk mengalami kemurungan, ketakutan dan gangguan mental yang lain. Walaupun jarang berlaku, sesetengah kes buli yang teruk boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Kanak-kanak yang menjadi sasaran pembuli biasanya lebih malu dan kelihatan seperti. Mereka yang lain daripada lain juga merupakan sasaran dan mereka biasanya dianggap berbeza kerana bangsa, agama, kecacatan, penampilan fizikal atau orientasi seksual.

Pembuli memang telah wujud dari dahulu tetapi teknologi kini memberikan mereka satu platform yang baru. Pembulian boleh berlaku dalam beberapa bentuk sama ada di luar talian atau dalam talian, ataupun kedua-duanya:

  • Fizikal – Memukul, menumbuk, menjentik
  • Verbal – Memanggil nama, mengancam, mengejek
  • Emosi – Ugutan, pengecualian sosial
  • Paksa – Melalui itual atau cabaran yang tidak munasabah, penyalahgunaan bahan terlarang, penghinaan
  • Seksual – Menyentuh atau mengatakan sesuatu yang bersifat seksual
  • Siber – Gangguan dalam talian, mesej benci, ancaman, penyamaran, penyebaraan komen buruk, perkongsian foto dan video yang memalukan orang lain, mengintai

 

Tanda Anak Anda Mungkin Dibuli

Dibuli semasa kecil bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng tetapi juga tahu bahawa belajar untuk bangkit daripada pengalaman sosial yang buruk adalah kemahiran penting untuk dipelajari kerana ia merupakan sebahagian turun naik kehidupan. Tidak dapat dinafikan bahawa ianya sangat penting agar ibu bapa membimbing anak mereka semasa membesar, Walaubagaimanapun, sebenarnya bukan senang untuk kita mengetahui sekiranya anak kita dibuli. Dengan ancaman daripada pembuli, mangsa biasanya takut dan enggan memberitahu sesiapa tentang perkara tersebut. Ibu bapa boleh berbual-bual dengan anak-anak dan bertanya tentang hari mereka dengan berharap agar mereka akan berkongsi masalah mereka. Sekiranya anak anda kelihatan takut untuk berkongsi masalah mereka dengan anda,perhatikan tanda-tanda amaran berikut untuk mengetahui sama ada anak anda adalah mangsa buli. 

Perempuan bergosip

TANDA #1: Tidak Ingin Pergi Ke Sekolah

Ya, sesetengah kanak-kanak memang sukar untuk dikejutkan daripada tidur dan disuruh untuk bersiap ke sekolah. Hal ini memang normal, kerana kita sebagai seorang dewasa juga kadang kala tidak suka bangun pada awal pagi. Walaubagaimanapun, kanak-kanak umumnya suka ke sekolah kerana mereka dapat berjumpa dan bermain bersama rakan-rakan mereka terutamanya selepas percutian yang panjang. Jika anak anda enggan pergi ke sekolah dan selalu memberi alasan untuk memonteng sekolah, maka ibu bapa harus berwaspada kerana ini mungkin merupakan satu tanda buli. Ibu bapa harus bercakap dengan guru dari masa ke masa untuk memantau kehadiran anak mereka sekiranya anak mereka dikhuatiri telah ponteng sekolah.

 

TANDA #2: Susah Tidur

“Anak saya sentiasa letih walaupun tidur 9 jam sehari. Saya tidak faham kenapa.” Ok, sekiranya anda tertekan tentang kerja yang harus dihantar pada esok hari ataupun anda mempunyai penyampaian penting di tempat kerja, bolehkah anda tidur dengan lena dan berasa lega apabila anda bangun? Perkara sama juga berlaku kepada kanak-kanak. Sekiranya anak anda takut akan perkara yang akan berlaku pada esok hari, mereka mungkin mempunyai kesusahan tidur atau mimpi buruk yang menyebabkan mereka berasa letih. 

TANDA #3: Kesakitan Kepala Yang Kerap, Sakit Perut, Atau Berpura-pura

Perhatikan alasan anak anda untuk tinggal di rumah seperti sakit kepala, sakit perut atau panggilan kerap daripada sekolah untuk meminta anda supaya membawa anak anda balik awal. Walaupun ibu bapa melihatnya sebagai penyakit palsu, ini menunjukkan bahawa sesuatu tidak betul mungkin telah berlaku di sekolah. Sakit kepala dan sakit perut adalah manifestasi fizikal umum kembimbangan yang berkaitan dengan buli. 

Perempuan perut sakit

TANDA #4: Perubahan Tabiat Makan

Seperti yang dilihat dalam filem remaja, pengarah filem selalunya menunjukkan pembulian berlaku di kafeteria. Mungkin ini juga terjadi kepada anak anda di mana duit makan mereka mungkin dicuri atau dulang makanan mereka mungkin diterbalikkan dan makanan dibuang pada mereka. Perkara ini boleh menyebabkan kehilangan nafsu makan, keengganan untuk masuk ke kafeteria, pengasingkan diri daripada pelajar lain dan waktu rehat juga boleh dianggap sesuatu yang memberi tekanan. Perubahan tabiat makan atau langsung tidak ingin makan boleh menjadi tanda amaran buli yang serius. Berhati-hati akan tanda-tanda seperti kekurusan, sakit kepala, makan secara berlebihan di rumah selepas pulang dari sekolah, sentiasa lapar, pening dan gejala lain yang berkaitan. 

TANDA #5: Kecederaan Yang Tidak Dapat Dijelaskan Dan Kehilangan Barang

Bengkak dan lebam adalah kecederaan biasa dalam kalangan kanak-kanak di sekolah, terumatamanya apabila adanya aktiviti permainan dan sukan pada hari tersebut. Jika anak anda tidak boleh menjelaskan bagaimana mereka mendapat kecederaannya atau jika kisah mereka masuk akal dengan kecederaan yang mereka alami, ini mungkin adalah isyarat bahawa mereka dibuli secara fizikal. Ibu bapa mesti berjaga-jaga sekiranya anak anda selalu meminta alat tulis atau buku baru dengan alasan bahawa mereka menghilangkannya.  

TANDA #6: Bermula Buli Kanak-Kanak Lain Atau Terlibat Dalam Pergaduhan

Apabila seorang kanak-kanak selalu dibuli, mereka mungkin akan turut menjadi seorang pembuli. Apakah cara yang terbaik untuk melepaskan emosi selain daripada menyasarkan adik beradik atau kanak-kanak yang lebih lemah? Anda akan melihat bahawa anak anda mungkin menjadi lebih agresif, tidak bekerjasama dan lebih memberontak. Apabila ini berlaku, jangan memarahi mereka. Sebaliknya, cubalah cari tanda-tanda lain untuk mengenalpasti sama ada mereka telah dibuli. 

TANDA #7: Selalu Berseorangan Dan Mengasingkan Diri

Mangsa buli sering kehilangan beberapa rakan kerana kanak-kanak lain tidak mahu dikaitkan dengan mangsa dan tidak ingin mencari masalah dengan si pembuli. Mereka akhirnya akan mula menjauhkan diri daripada kanak-kanak lain dan ahli keluarga, serta selalu dilihat bersendirian. Dengan berbuat demikian, pembuli akan lebih berani dan yakin untuk menyerang apabila mangsa berseorangan dan tidak dikelilingi orang lain. 

TANDA  #8: Tidak Menyertai Sukan Dan Aktiviti

Aktiviti dan sukan selepas sekolah adalah masa yang senang dan sesuai untuk membuli. Jika anak anda pernah menggemari sukan tertentu tetapi mula mengelakkannya atau berasa bahawa mereka tidak mampu menyertainya, jelaslah bahawa tanda tersebut menyatakan bahawa mereka sedang dibuli oleh pelajar daripada pasukan lain. Kanak-kanak hanya kehilangan minat dalam aktiviti kegemaran mereka dengan sengaja supaya boleh mengelakkan diri daripada dibuli. 

Sedih ketika bersukan

TANDA #9: Pencapaian Merosot

Setiap ibubapa pasti mahu anak mereka cemerlang di sekolah tetapi gred mampu terjejas jika anak anda dibuli. Jika anak anda selalunya menunjukkan prestasi akademik yang baik tetapi pencapaian mereka telah merosot tanpa sebab yang jelas, ini sudah tentu adalah satu tanda amaran yang perlu diambil berat. Kanak-kanak yang dibuli akan mengalami kebimbangan dan kemurungan yang serius, ini seterusnya akan mengganggu keupayaan mereka untuk memberi tumpuan di dalam kelas dan kepada kerja rumah. 

TANDA #10:  Rendah Keyakinan Diri dan Sentiasa Kelihatan Sedih 

Perhatikan jika anak anda kelihatan cemas atau berkelakuan pelik seperti menangis apabila makan, sentiasa murung, bercakap tentang mencederakan diri dan lain-lain. Jika mereka tidak ingin berkongsi masalah mereka walaupun anda telah cuba untuk bercakap dengan mereka, ini sudah tentu adalah tanda amaran buli. Tambahan, apabila anak anda selalu dibuli, terutamanya bagi mereka yang kurang mahir bertegas untuk diri sendiri, keyakinan diri mereka akan jatuh.  Boleh jadi mereka tidak lagi mahu bercakap tentang apa yang ada di fikiran mereka dan selalu menundukkan kepala ke bawah apabila berjalan.

Anak menangis

TANDA #11: Obsesi Atau Berasa Tidak Selesa Jika Tidak Dapat Menggunakan Alat Peranti

Jika pembulian terhadap anak anda berlaku secara dalam talian, mereka selalunya akan terlalu melekat dengan alat peranti mereka ataupun menjauhi alatan tersebut sepenuhya. Jika anak anda melakukan perkara yang pertama, anak anda kemungkinan besar enggan memberitahu anda tentang pembulian siber kerana berasa malu dengan stigma sosial dan takut alat peranti mereka akan dirampas. Perhatikan tingkah laku dan emosi anak anda semasa mereka menggunakan peranti terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

TANDA #12: Melindungi Kehidupan Digital Mereka Secara Rahsia

Meskipun ibu bapa dapat memantau aktiviti anak anda dalam talian, bukan semuanya kita akan dapat ketahui.  Apabila anak anda sudah menjadi remaja, anda akan menghormati privasi mereka dan membiarkan mereka berkongsi tentang kehidupan digital mereka kepada anda tanpa paksaan. Walaubagaimanapun, jika anda mendapati bahawa anak anda tiba-tiba merahsiakan dan melindungi kehidupan digital mereka, anda mungkin mahu lebih berjaga-jaga. Mereka tentu akan mengelakkan diri daripada perbincangan tentang aktiviti dalam talian. Oleh itu, anda perlu cuba mencari tanda-tanda amaran seperti sentiasa cemas apabila menerima sebarang notifikasi dan selalu menangis di hadapan telefon mereka. 


Jadi, sekarang jika anda pasti bahawa anak anda dibuli, apakah yang anda perlu lakukan? Baca artikel seterusnya “Anak Saya Dibuli. Apakah Yang Perlu Dilakukan?” untuk maklumat dan pandangan lanjut! Jangan lupa melanggan kami untuk e-book percuma mengenai Keibubapaan Pada Era Digital!