Merancang untuk makan angin bersama keluarga bukannya mudah. Ada kemungkinan besar masalah akan berlaku walaupun telah merancang untuk masa yang lama. Sekiranya anda telahpun bersiap-sedia dan hanya menunggu untuk hari tesebut, biarkan ini menjadi senarai semak anda – jangan terlepas apa-apa informasi yang penting. Sekiranya anda belum bermula merancang, maka artikel ini pastinya boleh manjadi panduan yang baik untuk anda.

Tip Umum

Pastikan mempunyai jadual yang fleksibel

Flipping page

Jika anda selalunya mempunyai jadual yang padat ketika melancong (sebelum anda mempunyai anak), ia hampir mustahil untuk berbuat demikian dengan anak-anak anda.

Mereka perlu berhenti untuk menggunakan tandas, kehilangan mainan atau meragam disepanjang perjalanan. Oleh itu, pastikan jadual anda tidak terlalu ketat supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk mengatasi cabaran tersebut. Pergi berkunjung dengan lebih daripada satu anak tentu memakan masa yang lebih lama terutamanya apabila anda bersiap pada waktu pagi dan di lapangan terbang, maka usah rancang untuk melawat terlalu banyak tempat dalam masa satu hari.

Tambahan lagi, adalah lebih baik untuk anda memilih bandar-bandar di mana tarikan utamanya berdekatan dengan tempat penginapan anda. Dengan itu, apabila anda sudah selesai untuk hari tersebut, anda tidak akan berasa terlalu letih untuk balik ke rumah dan berehat.

Baca: 8 Cara Untuk Redakan Amukan Si Kecil

Bawa bersama makanan ringan

Untuk mengelakkan anak anda menjadi terlalu lapar, sediakan sedikit makanan ringan sebelum meninggalkan rumah atau hotel. Anak anda mungkin tidak sempat untuk makan kerana lewat ke lapangan terbang atau tersesat jalan. Jadi, baiklah jika anda mempunyai sesuatu yang mereka boleh makan pada masa tersebut.

 

 

Baca: 7 Makanan ‘Super’ Untuk Kanak-Kanak

Baca: Strategi Buat Kanak-Kanak Yang Memilih Makanan

Pastikan anak anda mengetahui maklumat hubungan anda

girl on the phone

Kadang-kadang, orang dewasa mungkin sibuk dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Jika anda terpisah dengan anak anda, anda akan mahu mereka mengetahui maklumat hubungan anda supaya mereka boleh mendapatkan bantuan. Sekiranya mereka mempunyai telefon bimbit, pastikan mereka menulis maklumat penting sebagai nota. Kalau tidak, pastikan mereka meningati nombor telefon anda dan alamat tempat penginapan. Sudah tentu anda tidak boleh mengharapkan kanak-kanak untuk mengekalkan segala informasi dalam minda mereka. Oleh itu, pakaikan anak anda kalung tangan yang mempunyai maklumat hubungan seperti nombor telefon. Anda juga boleh membeli peranti penjejakan GPS jika diingini.

 

Berjimat – Minta diskaun kanak-kanak

Getting discounts

Walaupun kami tidak menasihatkan anda untuk menawar harga bagi segala-galanya (seperti yang sering dilakukan oleh ibu kita), tidak ada salahnya untuk bertanya jika perkhidmatan yang anda ingin dapatkan mempunyai diskaun untuk kanak-kanak. Ini kerana kadang kala, harga diskaun tidak dipaparkan di laman sesawang atau risalah mereka. Selain itu, walaupun kebanyakan syarikat penerbangan tidak mengenakan bayaran untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, anda patut menyemak terlebih dahulu kerana harga denda apabila anda tidak mempunyai tiket boleh menjadi lebih tinggi daripada harga tiket itu sendiri. Jadilah seorang pengguna pintar dan sentiasa berjimat-cermat.

Bawa bersama beberapa hiburan

kid on playing an app on a tablet

Setiap orang tentu akan berasa bosan semasa perjalanan panjang. Oleh itu, anda boleh bawa bersama beberapa hiburan untuk mengurangkan kebosanan anak anda. Muat turun filem kanak-kanak atau aplikasi kegemaran mereka, bawa permainan atau dapatkan satu buku untuk dibaca bagi memudahkan perjalanan.

 

Baca: Permainan Papan Untuk Dimain Bersama Anak Anda

Mintalah anak yang lebih besar untuk terlibat dalam rancangan perjalanan

excited cartoon princess

Untuk membuat perjalanan lebih bermanfaat kepada anak anda, ajak mereka untuk melibatkan diri dalam proses mencari aktiviti dan tempat-tempat untuk dikunjungi. Mungkin bukan merancang keseluruhan perjalanan tersebut tetapi jika anda menunjukkan mereka pilihan tempat-tempat menarik yang boleh mereka melawati, mereka pasti akan memberikan pendapat mereka.

 

Bayi dan Kanak-Kanak

Untuk penerbangan yang panjang, cuba dapatkan tempat duduk dengan sambungan bassinet

flight seat

Walaupun biasanya, anda tidak boleh menempah tempat duduk yang paling dekat dengan bassinet, anda sebenarnya boleh menghubungi syarikat penerbangan untuk mendapatkan cadangan dan tanya jika anda boleh menempah satu tempat duduk untuk anak anda. Walaubagaimanapun, bassinet bayi biasanya boleh menahan keberatan 9kg atau 13kg sahaja. Maka, sekiranya bayi anda lebih berat daripada itu, kami mengesyorkan anda supaya membeli tempat duduk untuk bayi anda dan membawa sekali satu kerusi kereta yang boleh anda letakkan bayi di dalamnya.

 

Lindungi mereka daripada matahari

suncreens

Bayi memerlukan perlindungan daripada matahari. Tetapi, cuba elakkan daripada menggunakan krim pelindung matahari bagi bayi yang berusia bawah 6 bulan kerana pada umur ini, kulit bayi belum lagi cukup matang. Oleh itu, mereka mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk  mengalami kesan buruk pelindung matahari. Sebaliknya, pastikan mereka berada di tempat yang dilindung daripada sinar matahari. Anda boleh menggunakan topi berlapis atau selimut tipis untuk menutup kepala mereka sebagai alternatif. Untuk bayi yang berumur lebih, gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai SPF yang lebih tinggi untuk melindungi mereka daripada sinaran UV.

Bawa bersama alas dada kanak-kanak

baby eating sweet potatoes

Bagi bayi yang sudah boleh makan, adalah baik untuk anda bawa bersama alas dada kanak-kanak yang diperbuat daripada plastik supaya makanan tidak akan mengotorkan baju pakaian mereka. Alas tersebut juga senang dilap dan dikeringkan!

 

 

Kurangkan tekanan

Punca mengapa kadang kala bayi akan menangis ketika kapal terbang sedang mendarat dan mula terbang adalah kerana anatomi telinga mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Oleh itu, perubahan tekanan udara boleh menyakitkan mereka.  Salah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan tersebut  dengan mendapatkan alat puting bayi, minum susu daripada botol ataupu menyusu dada. Sekiranya anda sendiri yang mengalami perkara tersebut, kami mencadangkan agar anda mencuba mengunyah gula getah atau meminum menggunakan straw.

 

 

Bawa bersama lampin ganti, tisu basah dan pakaian ganti


Changing diapers

Bawalah lebih barang tersebut. Perjalanan dengan bayi yang belum dilatih pergi ke tandas sendiri bermakna bahawa anda perlu membawa lampin, tisu basah dan pakaian ganti tambahan bukan hanya untuk anak anda tetapi ANDA juga. Anda tidak mahu membeli pakaian baru oleh sebab bayi anda telah mengotorkannya.

Apa-apa pun, perkara yang paling penting dalam artikel ini adalah anda TIDAK AKAN PERNAH TERLEBIH BERSEDIA. Pastikan anda mempunyai segala-gala yang diperlukan untuk anak dan juga diri sendiri, supaya anda boleh berseronok. Semoga berjaya dengan perjalanan anda dan jangan lupa untuk berseronok!

Baca: 5 Negara Mesra Kanak-Kanak Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Keluarga Anda