Idea untuk belajar di luar negara  menyeronokkan dan menarik. Walau bagaimanapun, proses untuk pergi ke sana mungkin sukar tidak mengetahui apa-apa. Oleh itu, kami telah menyenaraikan apa yang perlu anda lakukan dan sediakan (ya, setiap langkah), untuk menyenangkan anda untuk meneruskan pengajian di Malaysia.

LANGKAH 1: MENGETAHUI SEBAB UNTUK BELAJAR DI LUAR NEGARA

Sebelum  memutuskan sama ada anda patut patut belajar di luar negara atau tidak, adalah penting bagi anda untuk mempertimbangkan jika anda sudah bersedia untuk memulakan pengajian pendidikan anda di tempat yang jauh dari rumah. Pastikan anda mempunyai sebab untuk berbuat demikian, sama ada anda ingin menikmati budaya baru, menjadi lebih berdikari atau berkenalan dengan kawan baru. Sebab-sebab ini harus cukup kuat supaya anda tidak akan berhenti daripada pengajian setengah jalan. 

Sekiranya anda telah membuat keputusan dan ingin datang ke Malaysia untuk belajar, baiklah! Tetapi jika anda masih tidak pasti kalau Malaysia adalah yang pilihan tepat, mungkin   boleh membantu anda untuk membuat keputusan.

LANGKAH 2: MENCARI INSTITUSI DAN KURSUS YANG TEPAT

guy typing on his laptop

Sebelum anda memilih untuk membuat permohonan di universiti yang mana, adalah lebih baik jika anda cuba menghubungi wakil universiti untuk mengetahui maklumat lanjut bagi kursus dan tuntutan universiti (contohnya, kredit minimum atau mana-mana peperiksaan kemahiran Bahasa Inggeris). Jika tidak, anda boleh melayari laman web universiti dan cuba memuat turun prospektus mereka secara langsung.

Perkara-perkara penting lain yang juga perlu dipertimbangkan adalah pilihan subjek, tempoh pengajian, yuran dan kos hidup, kaedah penilaian dan kurikulum. Sekiranya anda sedang mencari program pra-universiti, maka anda patut membaca artikel ini yang telah kami tulis untuk membantu anda memilih program yang terbaik.

LANGKAH 3: MENGHANTAR PERMOHONAN DAN DOKUMENTASI YANG DIPERLUKAN KEPADA UNIVERSITI

guy writing a checklist

Permohonan untuk belajar di Malaysia agak mudah. Biasanya, anda boleh memuat turun borang permohonan di laman web universiti tersebut atau mendapatkan borang daripada wakil universiti di negara asal anda. Selain borang permohononan, adalah baik untuk menyediakan dokumen   kerana dokumen-dokumen ini selalunya diperlukan oleh kebanyakan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Anda juga dinasihatkan supaya memohon sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh kemasukan.

  • Salinan sijil akademik termasuk ujian kecekapan Bahasa Inggeris.
  • Salinan pasport antarabangsa yang sah
  • Salinan kad pengenalan
  • Gambar saiz pasport terkini yang berwarna
  • Rekod peperiksaan perubatan peribadi

LANGKAH 4: MENERIMA SURAT TAWARAN DARIPADA INSTITUSI PILIHAN ANDA

Selepas anda menyerahkan borang permohonan, ia akan mengambil masa 5 hingga 7 hari untuk borang anda diproses.  Tetapi anda perlu bersabar kerana kadang kala proses ini mungkin akan mengambil masa lebih lama.

Bergantung pada berapa banyak universiti yang telah anda pohon, anda mungkin akan menerima beberapa surat tawaran tetapi anda hanya patut menerima tawaran yang paling sesuai dengan keperluan anda.

LANGKAH 5: MEMPERTIMBANGKAN PILIHAN ANDA

Sebaik sahaja anda memilih universiti dan menerima tawaran tersebut, anda akan menerima “Tawaran Tempat’ untuk mengesahkan butiran kursus anda, tarikh permulaan bersama dengan invois yuran.

Setelah anda membuat pembayaran, universiti harus mengeluarkan resit untuk mengesahkan pembayaran anda.

LANGKAH 6: BELAJAR TENTANG KEPERLUAN UNTUK PAS PELAJAR DAN VISA DARIPADA UNIVERSITI

Semua pelajar, tanpa mengira tahap pendidikan, perlu mempunyai Pas Pelajar daripada Jabatan Pendidikan Malaysia.       selepas anda membuat pengesahan bahawa anda telah menerima tawaran institusi,  akan memohon Pas Pelajar bagi anda daripada Jabatan Imigresen Malaysia melalui perkhidmatan Education Malaysia Global Services (EMGS). Walaupun ini biasanya dilakukan oleh wakil universiti anda, anda juga boleh memilih untuk melakukannya sendiri. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan visa anda, sila klik di sini

LANGKAH 7: MEMOHON UNTUK PAS PELAJAR DAN SURAT KELULUSAN VISA ELEKTRONIK (EVAL)

Masa pemprosesan eVAL biasanya akan mengambil masa 7 hingga 14 hari, dengan syarat semua dokumen selesai. Yuran pemprosesan untuk eVAL ialah RM150. EVAL anda akan diemail terus kepada anda dalam bentuk PDF atau ia boleh dimuat turun melalui halaman “Track application” dalam laman web tersebut.

Sebaik sahaja anda menerima eVAL, ini bermakna bahawa anda mendapat kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia untuk memasuki Malaysia untuk mendapatkan Pas Pelajar.

LANGKAH 8: KENAL PASTI TUNTUTAN DAN KEPERLUAN VISA DI MALAYSIA

Sekiranya anda adalah seorang pelajar antarabangsa daripada negara yang memerlukan visa, anda perlu mendapatkan Single Entry Visa (SEV) daripada kedutaan Malaysia, konsulat atau suruhanjaya tinggi di negara asal anda sebelum datang ke Malaysia. Jika tidak, anda mesti menunjukkan eVAL kepada Imigresen Malaysia sebelum masuk.

Untuk memudahkanya untuk anda, klik sini untuk tengok jika negara anda berada dalam senarai negara sama ada visa diperlukan atau tidak.

Walau bagamaimanapun, ingatlah bahawa eVAL dan SEV tidak sama sperti Pas Pelajar. Anda hanya akan dapat memproses Pas Pelajar anda sebaik sahaja anda masuk ke Malaysia.

LANGKAH 9: PASTIKAN BAHAWA DOKUMENTASI DILENGKAPKAN DAN ANDA MEMPUNYAI WANG YANG CUKUP

Selalunya, anda perlu mengisytiharkan jumlah wang yang anda miliki, maka, penting untuk anda memastikan bahawa anda mempunyai wang yang cukup untuk membiayai pengajian anda di Malaysia. Namun begitu, jika anda berasa seperti mahukan pengalaman bekerja di Malaysia dan memerlukan wang tambahan, anda boleh bekerja separuh masa selama 20 jam seminggu semasa cuti semester

LANGKAH 10: KETIBAAN DI IMIGRESEN DAN KASTAM MALAYSIA

guy with camera in the airport

Jika ini adalah kali pertama anda melancong ke Malaysia, dan bersendirian, maka ketibaan di lapangan terbang boleh menyebabkan anda berasa gementar. Inilah sebabnya EMGS telah menubuhkan satu Pusat Ketibaan Pelajar Antarabangsa (ISAC) untuk membimbing anda melalui proses tersebut. Malangnya, ISAC hanya terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tetapi, sekiranya anda tiba dari pintu masuk yang lain, anda boleh cuba berhubung dengan wakil universiti supaya boleh bertemu dengan anda apabila anda sampai di sana.

Apabila anda tiba, anda dikehendaki menunjukkan dokumen berikut kepada pegawai imigresen:

  • Pasport Asal
  • Visa (Jika anda berasal dari negara yang memerlukan visa)
  • Surat Kelulusan Visa
  • Surat Tawaran Asal daripada institusi pendidikan anda di Malaysia

Pegawai imigresen di pintu masuk akan mengesahkan kesahihan eVAL anda dan memberikan anda pas masuk khas ke dalam negara.

LANGKAH 11: MENDAFTARKAN DIRI DI INSTITUSI

Sebaik sahaja anda telah membuat pendaftaran, anda boleh mula mendaftar kursus dan memilih mata pelajaran anda. Semasa proses pendaftaran ini, anda juga perlu membayar yuran pengajian dan penginapan anda (jika anda memilih untuk tinggal di kampus). Sebelum memilih kursus anda, anda boleh berbincang dengan penasihat kursus sekolah untuk bertanya maklumat lanjut tentang pemilihan subjek dan struktur kursus anda.

LANGKAH 12: MENEROKA DI SEKELILING

Malaysia KL city lights

Memandangkan anda telahpun berjaya menyelesaikan fasa pertama belajar di luar negara, pergilah raikannya! Pergi ke pasar malam, berjalan-jalan di sekeliling universiti anda, dan berkenalan dengan rakan baru! Kami masih mempunyai beberapa perkara imigresen yang perlu dibincangkan tetapi ia akan disenaraikan di dalam artikel lain.

Klik sini untuk mengetahui informasi lanjut mengenai perkara imigresen lain yang anda perlu selesaikan dalam tempoh 30 hari selepas anda sampai di Malaysia!