1. MALAYSIA IALAH DESTINASI PELAJARAN KESEBELAS PALING POPULAR DI DUNIA

Bagi memastikan kualiti pendidikan di Malaysia berdaya saing dan setaraf dengan piawaian antarabangsa, semua institusi pendidikan di Malaysia dipantau oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan.

Malaysia menawarkan pelbagai kursus dan program yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan ia juga mempunyai beberapa universiti cawangan dari institusi asing terkemuka seperti University of Nottingham (United Kingdom) dan Universiti Monash (Australia).

2. BAHASA INGGERIS MERUPAKAN BAHASA PENGANTAR BAGI KESEMUA SUBJEK DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI

Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia, bahasa Inggeris juga boleh dituturkan oleh lebih kurang separuh daripada warga negara ini.  Malah, kebanyakan kursus di institusi pendidikan tinggi dan sekolah antarabangsa diajar juga dalam bahasa Inggeris. 

3. ‘BANDAR PALING BERPATUTAN BAGI PELAJAR’ BAGI TAHUN 2016 DAN 2017

Sungguhpun Malaysia tidak berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai ‘bandar paling berpatutan buat pelajar’ bagi tahun yang ketiga pada tahun 2018 (hanya ketinggalan di belakang Budapest), Kuala Lumpur berjaya mendaki empat tangga di dalam Best Student Cities Survey pada tahun 2018, meletakkannya di posisi ke-37 di dalam kajian tersebut.  Amnya, kos hidup dan yuran tuisyen di Malaysia agak rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

4. NEGARA INI TELAH MENJADI TUAN RUMAH KEPADA LEBIH DARIPADA 175,000 PELAJAR ANTARABANGSA

Dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah pusat pendidikan antarabangsa, kerajaan telah menubuhkan dua zon pendidikan tinggi iaitu EduCity Iskandar di Johor dan Kuala Lumpur Education City di Kuala Lumpur.  Setakat ini, dianggarkan bahawa 1 daripada 10 pelajar di Malaysia adalah pelajar antarabangsa.

5. MAKANAN MALAYSIA ADALAH ANTARA YANG TERBAIK DI DUNIA

Sebagai sebuah negara yang kaya dengan etnik dan tradisi yang berbeza, makanan sudah semestinya merupakan antara salah satu kebanggaan rakyat Malaysia. Mencari makanan di sini bukanlah sesuatu yang sukar, namun apa yang sukar adalah untuk memutuskan apakah makanan yang harus dimakan kerana pilihan makanannya boleh membuatkan seseorang rambang mata! Malah, Malaysia terlalu gemar menikmati makanan sehinggakan terdapat restoran yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu! 

Antara juadah kegemaran rakyat negara ini termasuk nasi lemak, laksa, roti canai, rendang, sate, nasi daun pisang dan nasi ayam Hainan.

6. MALAYSIA IALAH NEGARA KELIMA PALING AMAN DI ASIA PASIFIK

Kita juga negara ke-25 yang paling aman di dunia, menurut Kajian Indeks Keamanan Global yang terkini. 

7. IANYA SANGAT MUDAH UNTUK MENYESUAIKAN DIRI DI MALAYSIA

Cuaca di Malaysia selalunya panas dan lembap.  Maka, pakaian ringan dan nipis sudah cukup untuk buat anda kerana anda tidak perlu berbelanja lebih untuk pakaian tebal buat musim sejuk. Walau bagaimanapun, buat pelajar antarabangsa, adalah penting untuk anda mengetahui tentang kod pakaian yang sesuai untuk ke majlis keraian serta rumah ibadat.

8. KUALITI HIDUP DI NEGARA INI IALAH YANG KEDUA TERBAIK DI ASIA TENGGARA

Dengan laluan pengangkutan awam yang luas dan lebuh raya yang besar terutamanya di kawasan Lembah Klang, untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain umumnya agak mudah. Selain daripada dinobatkan sebagai negara dengan ‘Kemudahan Kesihatan Terbaik di Dunia’ pada tahun 2019, Malaysia juga sedang menuju ke arah menjadi negara maju, diperhatikan oleh rancangan infrastruktur pembangunannya yang giat.

9. TAMBANG PENGANGKUTAN UDARA YANG MURAH

Dengan lebih daripada dua puluh syarikat pengangkutan udara berkos rendah di dalam rantau Asia Tenggara sahaja, melancong menggunakan kapal terbang bukanlah sesuatu yang luar biasa lagi. AirAsia Malaysia sendiri merupakan salah satu syarikat penerbangan yang paling murah dan kompetitif di luar sana. Malahan syarikat ini telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Rendah Terbaik Dunia untuk tahun ke-10 berturut-turut setakat tahun 2018. 

10. TERDAPAT BANYAK BADAN SOKONGAN BUAT PELAJAR ANTARABANGSA

Semua sekolah antarabangsa dan institusi pengajian tinggi di Malaysia mempunyai Pejabat Pelajar Antarabangsa untuk membimbing pelajar dalam hal-hal seperti imigresen, visa, penginapan, perhubungan di sekolah atau jabatan kampus, dan lain-lain.  Kebanyakkan masa, mereka sepatutnya dapat membantu anda sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan buat mereka.

11. KAYA DENGAN KEMAJMUKAN BUDAYA DAN WARISAN

Dikenali sebagai tanah yang berbilang bangsa – Malaysia terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, Eurasia dan lebih daripada 50 suku kaum asli dan etnik lain. Dan terima kasih kepada kepelbagaian ini, anda mempunyai banyak peluang untuk belajar tentang budaya dan bahasa baru. Yang paling seronok tentang kemajmukan bangsa di Malaysia ini ialah, kerajaan selalunya mengetepikan sekitar 15 cuti umum bagi meraikan semua perayaan utama di Malaysia! 

 Apa lagi yang anda nantikan? Ayuh belajar di Malaysia!

Infografik belajar di Malaysia