Jadual perkembangan merujuk kepada jangka masa tumbesaran normal bagi kanak-kanak yang baru lahir sehingga lima tahun. Mustahak bagi ibu bapa untuk mengetahui sekiranya kebolehan fizikal, bahasa, sosial dan kognitif anak-anak mereka adalah normal atau tidak. Hal ini kerana, lebih cepat kita dapat mengesan kelewatan dalam perkembangan anak kita, lebih cepatlah kita dapat memberikan mereka rawatan yang sepatutnya. Dalam artikel ini, kami telah sediakan satu senarai semak untuk anda jadikan panduan bagi memantau tumbesan anak anda.
2 bulan
- Membuat bunyi perlahan dengan mulut
- Fokus kepada muka
- Mula mengekori pergerakan sesuatu dengan mata mereka dan mengenali seseorang dari jauh
- Mula mendongak dan kaki mula menolak apabila meniarap
- Menoleh ke arah bunyi
4 bulan
- Suka bermain dengan orang lain dan mungkin merengek apabila tidak endahkan
- Meniru riak muka (senyum) atau bunyi yang didengari
- Meletakkan sesuatu ke dalam mulut dan memegang/ menggoncang alat permainan
- Menaikkan kepala tanpa sokongan
- Menolak siku apabila meniarap
- Menendang ke bawah apabila kaki di letakkan di atas permukaan keras (i.e. lantai)
- Mungkin boleh bergolek
6 bulan
- Mula mengenali muka ahli keluarga dan orang luar
- Menggunakan rantaian bunyi vokal seperti (“ah,” “eh,” “oh”)
- Tahu apabila nama mereka dipanggil
- Ketawa apabila mereka gembira dan menangis jika mereka tidak selesa
- Mula membunyikan konsonan bilabial seperti “m”,”b”, “p”
- Kadang kala boleh duduk tanpa sokongan
9 bulan
- Menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengangkat sesuatu
- Menarik apabila mereka ingin berdiri dan berdiri seketika
- Duduk sendiri tanpa sokongan
- Merangkak
- Takut dengan orang yang tidak dikenali dan menangis apabila ditinggal
- Mencari barang yang disorokkan
- Boleh memindahkan perkara dari satu tangan ke tangan yang lain dengan mudah
1 tahun
- Menggunakan pergerakan badan seperti menepuk tangan atau melambai tangan
- Berinteraksi dengan ton suara yang berbeza seperti bersembang
- Cuba meniru apa yang anda katakan
- Menggunakan peralatan yang betul – minum daripada cawan, mengunakan penyikat untuk menyikat rambut
- Mencucuk dengan jari telunjuk
- Mengikut arahan mudah seperti “mengemas barang”
- Cuba duduk dengan sendiri
- Berjalan beberapa langkah sambil memegang sesuatu sebagai sokongan
- Mungkin boleh berdiri sendiri dan berjalan beberapa langkah tanpa sokongan
18 bulan
- Mungkin kuat meragam dan takut kepada orang luar
- Manja dengan orang yang rapat dengan mereka
- Mula berpura-pura bermain, seperti menerbangkan kapal terbang
- Menunjuk ke arah sesuatu yang menarik
- Cuba meneroka bersendirian tetapi dengan pengawasan orang dewasa
2 tahun
- Meniru apa yang dibuat orang lain
- Seronok melihat kanak-kanak lain dan ingin bermain dengan mereka
- Lebih berdikari dan lebih nakal
- Tahu menamakan benda asas disekeliling mereka dan boleh menunjukkan kepada benda tersebut apabila ditanya
- Tahu nama orang disekeliling mereka dan nama anggota badan
- Menggunakan ayat dengan dua ke empat perkataan
- Mengulangi perkataan yang didengari dalam perbualan orang dewasa
- Mula menyusun bentuk dan warna
- Mula bermain berolok-olok
- Berjengket dan mula berlari
- Boleh menyepak dan mencampak bola
- Memanjat dan turun daripada perabot tanpa bantuan
- Cuba melukis garisan lurus dan bulatan
3 tahun
- Pandai mengajuk perlakuan kawan dan orang dewasa
- Mengambil giliran dalam permainan
- Memahami konsep “saya punya” dan “dia punya”
- Menunjukkan emosi yang berbeza secara sendiri
- Boleh berenggang dengan ibu dan ibu bapa
- Mungkin meragam sekiranya rutin mereka diubah
- Pandai memakai dan menanggalkan pakaian
- Boleh menamakan benda asas dan orang yang rapat dengan mereka
- Memahami konsep tempat seperti “sebelah” dan “atas”
- Boleh menperkenalkan diri, nama dan jantina mereka
- Menggunakan kata ganti nama seperti “saya” dan “dia” serta kata ganda
4 tahun
- Mengenali beberapa warna dan nombor
- Mengingati sebahagian daripada cerita dan dapat menceritakannya semula
- Memahami konsep “sama” dan “berbeza”
- Boleh menggunakan gunting
- Mula menulis beberapa huruf
- Boleh menangkap bola yang melantun kebanyakkan masa
- Dapat lebih kreatif apabila bermain dengan imaginasi mereka
- Lebih gemar bermain dengan rakan daripada berseorangan, boleh bekerjasama dengan rakan mereka
- Sukar untuk membezakan di antara benda sebenar dengan perkara yang direka oleh imaginasi mereka
- Berupaya menyanyikan lagu yang dihafal
5 tahun
- Lebih berdikari
- Bercakap dengan jelas
- Boleh bercerita dengan menggunakan ayat penuh
- Mengingati nama dan tempat
- Boleh mengira sehingga atau lebih daripada 10
- Pandai menulis beberapa nombor, huruf dan bentuk
- Mengenali barang yang digunakan seharian seperti perabot dan makanan
- Mahu menggembirakan sahabat mereka dan ingin menjadi lebih seperti mereka
- Lebih mendengar kata dan memahami peraturan
- Gemar menyanyi, menari dan berlakon
- Tahu berbezaan di antara lelaki dan perempuan
- Berupaya untuk membezakan apa yang sebenar dan olok-olok
- Berdiri dengan satu kaki selama 10 saat atau lebih
- Melompat dan melangkah
- Reti menggunakan sudu dan garfu, kadang kala pisau meja
- Boleh ke tandas dengan sendirinya
- Bergayut dan memanjat
Perkembangan setiap kanak-kanak mungkin sedikit berbeza, maka jika si kecil anda sedikit lambat berbanding rakan sebaya mereka, usah terlalu khuatir. Namun begitu, sekiranya anda perasan bahawa anak anda masih tidak memperoleh beberapa kebolehan yang dinyatakan di atas setelah beberapa bulan melepasi jadual ini, sebaiknya anda mendapatkan nasihat profesional. Pusat seperti Autism Behavioral Centre dan We Rock The Spectrum Gym adalah beberapa pusat yang menyediakan diagnosis dan perkhidmatan terapi untuk kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan. Ketahui lebih lanjut mengenai mereka di laman web pengayaan kami.