Di dalam artikel Laluan Pendidikan Selepas Sekolah Rendah, kita telahpun mempelajari tentang jenis sekolah yang menggunakan Kurikulum Kebangsaan, dan di antara sekolah tersebut termasuklah sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan juga sesetengah sekolah swasta. Kini, kita akan melihat satu lagi pilihan buat mereka yang baru sahaja menamatkan pembelajaran sekolah rendah mereka. Dan pilihan tersebut ialah sekolah vernakular persendirian, atau lebih spesifik lagi, sekolah persendirian cina. 

Sekolah Persendirian Cina

Di Malaysia, sekolah Cina dikelaskan kepada dua kategori: swasta dan awam. Apa yang menjadikan kedua-dua jenis sekolah itu berbeza adalah pendanaan, sukatan pelajaran, dan bahasa pengantar. Sekolah Cina Persendirian adalah dibiayai individu persendirian, sementara sekolah Cina awam (SJKC dan SMJKC) sebahagiannya dibantu oleh kerajaan dari segi pembiayaan.

Di sekolah-sekolah Cina swasta, buku teks dan silibus disediakan oleh Dong Zong (Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia) yang membantu menyediakan dan menjalankan peperiksaan bagi Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk pelajar mereka.

Sijil Peperiksaan Bersepadu atau Unified Examination Certificate (UEC)

UEC adalah peperiksaan piawaian yang hanya diambil oleh pelajar sekolah menengah Cina Malaysia. Terdapat tiga peringkat UEC:

  • Junior Middle (UEC-JML)

Subjek bukan bahasa diajar dan diajar dalam bahasa Cina. Walaubagaimanapun, Sabah ialah satu-satunya pengecualian kerana mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam kedua-dua bahasa Cina dan Inggeris.

  • Vocational (UEC-V)

Pelajar dikehendaki menduduki 5 kertas untuk bahagian vokasional. Antara contoh subjek termasuk Bahasa Inggeris Perindustrian, Pembaikan dan Penyelenggaraan Kereta (teori dan praktikal), Seni Halus dan Kraf (teori dan praktikal).

  • Senior Middle (UEC-SML)

Sijil ini diiktiraf sebagai kelayakan masuk ke banyak institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Contoh negara yang mengiktiraf UEC sebagai prasyarat untuk kursus sarjana ialah United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Taiwan, Korea Selatan, Ireland dan banyak lagi.

Sungguhpun tidak diiktiraf oleh universiti awam di Malaysia, UEC masih diiktiraf oleh kebanyakan kolej swasta. Walau bagaimanapun, disebabkan ini, sesetengah sekolah persendirian Cina juga membenarkan pelajar mereka duduk untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

UEC bermanfaat kepada pelajar yang berminat untuk pergi ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran mereka pada masa akan datang. Selain itu, UEC juga boleh dikatakan setara dengan kelayakan STPM (Tingkatan 6) dan A-Level (kelayakan pendidikan British).

Ramai yang menyalahanggap bahawa UEC hanya berdasarkan sukatan pelajaran negara China sahaja, tetapi ini tidak benar kerana pelajar juga perlu menduduki peperiksaan Bahasa Malaysia dan sejarah Malaysia. Tambahan lagi, taraf peperiksaan UEC juga tinggi dan berkualiti.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai kurikulum sekolah antarabangsa, anda boleh merujuk kepada artikel di bawah: 

Baca: Kurikulum Sekolah Antarabangsa (Bahagian 1)

Baca: Kurikulum Sekolah Antarabangsa (Bahagian 2)