Memilih sekolah yang sesuai untuk anak anda merupakan salah satu keputusan paling penting dalam membentuk laluan pendidikan mereka. Sekolah memainkan peranan besar dalam kehidupan kanak-kanak kerana mereka menghabiskan bertahun-tahun di sana untuk tujuan pendidikan juga pembangunan diri. Ia juga merupakan tempat di mana anak anda akan membentuk keperibadian dan tingkah laku mereka, membuat persahabatan seumur hidup dan menemui minat mereka.  Baru-baru ini semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa kerana kurikulum mereka yang diiktiraf di seluruh dunia, pilihan aktiviti kokurikulum yang lebih luas, saiz kelas yang lebih kecil dan gaya pembelajaran holistik.

Dengan begitu banyak sekolah antarabangsa di Malaysia, apakah cara terbaik untuk menentukan sekolah yang paling sesuai untuk anak anda? Ayuh kita lihat faktor yang patut ambil kira dalam menentukan sekolah yang terbaik untuk anak anda.

 

Jenis Kurikulum

Jenis kurikulum ialah salah satu aspek yang paling mustahak kerana setiap jenis kurikulum mengambil pendekatan pembelajaran, suasana serta struktur program yang berbeza. Maka, ianya ialah satu keperluan untuk anda mengetahui apakah pilihan yang tersedia untuk anda, serta memahami bagaimanakah ianya dijalankan.

 

Tahap Kurikulum

Setiap sekolah antarabangsa menawarkan tahap pendidikan yang berbeza.  Walaupun terdapat beberapa yang hanya menawarkan peringkat sekolah menengah, kebanyakan sekolah antarabangsa kini menawarkan tahap rendah dan menengah.  Terdapat juga sekolah antarabangsa yang menawarkan tahap prasekolah dan pra-universiti. Persoalannya kini ialah- Pada tahap manakah anda mahu mendaftarkan anak anda ke sekolah antarabangsa? Pra-sekolah? Rendah? Menengah? Setelah anda telah membuat keputusan, anda boleh mengunakan ciri tapisan di laman web kami untuk mencari sekolah yang menawarkan tahap yang anda inginkan.

 

Lokasi dan Pengangkutan

Adakah lokasi merupakan salah satu faktor yang anda pertimbangkan? Jika ya, kemungkinan pilihan sekolah anda akan menjadi lebih sedikit. Oleh sebab itu, adalah lebih baik sekiranya anda tidak mengehadkan lokasi sekolah kepada satu kawasan sahaja. Selagi ianya tidak terlalu jauh, beri lebih keutamaan untuk memilih sekolah yang paling sesuai untuk anak anda.  Selain itu, kebanyakan sekolah antarabangsa kini menawarkan perkhidmatan pengangkutan seperti ‘shuttle bus’ untuk memudahkan kemudahan.

 

Sokongan Pelajar

Ianya juga penting untuk memastikan bahawa sekolah anda membimbing anak anda untuk menawarkan sokongan pelajar tambahan.  Semak sama ada mereka mempunyai kelas tutor tambahan untuk pelajar lemah atau perkhidmatan kaunseling untuk pelajar yang mengalami masa yang sukar.  Juga, apakah pendirian sekolah tersebut mengenai isu-isu seperti buli? Sekolah-sekolah yang mempunyai sistem sokongan pelajar yang kuat adalah sekolah yang perlu anda beri lebih keutamaan kerana anda tahu bahawa ia tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

 

Kos

Sejajar dengan pertumbuhan sekolah antarabangsa yang semakin banyak harini, kita juga dapat melihat trend yuran pengajian yang lebih kompetitif. Sepertimana kos pengajian rendah tidak bermakna sekolah mempunyai program dan perkhidmatan yang berkualiti rendah, yuran yang lebih tinggi juga tidak bermakna mereka mempunyai program dan perkhidmatan yang lebih baik. Anda perlu nilai sendiri sekiranya perbelanjaan yang anda ingin keluarkan itu setaraf dengan kualiti guru, sukatan pelajaran, aktiviti, kemudahan, perkhidmatan dan sokongan pelajar.

 

Selain itu, anda juga perlu mengambil perhatian bahawa yuran pengajian untuk sekolah antarabangsa dibayar setiap tahun atau mengikut jangka masa. Tambahan lagi, anda juga perlu mengambil kira yuran tambahan untuk pendaftaran, pendaftaran, pakaian seragam, bekalan buku, aktiviti ekstrakurikuler dan banyak lagi.  Pastikan anda semak dengan sekolah yang anda berminat untuk mendapatkan senarai yuran yang lebih terperinci.

 

 

 

Saiz Kelas

Umumnya, saiz kelas di sekolah antarabangsa adalah lebih kecil, selalunya menempatkan hanya antara 20 hingga 25 pelajar.  Ini membolehkan guru memberi perhatian yang lebih terhadap keperluan pembelajaran setiap kanak-kanak. Walaubagaimanapun, tidak semua kanak-kanak akan selesa dalam kelas kecil. Dalam membuat keputusan, pastikan anda tahu apa yang diperlukan oleh anak anda. Sekiranya anak anda kelihatan lebih selesa di dalam persekitaran kelas yang besar, barangkali sekolah kerajaan ialah pilihan yang lebih baik untuk mereka.

 

Kemudahan Sekolah

Kebanyakan sekolah antarabangsa menawarkan kemudahan yang bagus seperti makmal, bilik darjah berhawa dingin, kafetaria, kemudahan sukan dan banyak lagi.  Sekolah dengan ruang yang lebih besar dan kawasan lapang boleh menyediakan kemudahan yang lebih baik seperti kolam renang untuk pelajar anda! Sudah tentu, kemudahan yang lebih baik juga akan bermakna yuran pengajian yang lebih tinggi.  Oleh itu, tentukan secara bijak dan timbanglah jika kemudahan sekolah merupakan faktor penting bagi anda,

 

Faktor-faktor Lain

Tambahan lagi, aktiviti kokurikulum yang ditawarkan, tahap ketauliahan guru serta reputasi sekolah juga antara elemen yang harus dititikberatkan. Sekolah antarabangsa harus menawarkan aktiviti kokurikulum asas seperti sukan (badminton, dodgeball, bola sepak dan lain-lain), kelab (pidato, fotografi, kesenian & kraf dan lain-lain) dan seni persembahan (drama, tarian, paduan suara dan lain-lain).

 

Proses Pendaftaran

Akhir sekali, sila rujuk kepada infografik di bawah untuk mendapat gambaran kasar mengenai bagaimana proses pendaftaran sekolah antarabangsa.  Oleh kerana anak anda mungkin perlu menghadiri temuduga atau ujian penempatan sebelum diterima masuk, anda mungkin mahu mempersiapkan anak anda sebelum itu.

Sememangnya tidak ada sekolah yang ‘terbaik’ di luar sana, yang penting ialah sekolah tersebut sesuai dengan keperluan anak anda. Selamat berjaya dalam pencarian sekolah!