Memandangkan kini keputusan SPM telahpun keluar, kami pasti ramai pelajar lepasan sekolah menengah di luar sana sedang mencari peluang biasiswa untuk membantu mereka menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Biasiswa selalunya akan diberi berdasarkan merit, maka jika anda menjadi salah seorang penerimanya ini bukan saja akan kelihatan bagus di apabila anda hendak mencari kerja pada masa hadapan, biasiswa juga dapat menghilangkan kerisauan perbelanjaan anda sewaktu anda belajar. Sekiranya anda sedang mencari biasiswa untuk menyambungkan pelajaran di Malaysia, di sini kami telah senaraikan biasiswa yang relevan untuk anda.
SHELL MALAYSIA
Tarikh pemohonan: 1 Mac – 5 April 2020
Biasiswa Shell menawarkan tajaan program pada peringkat A-levels dan sarjana muda bagi mereka yang mahu meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan, sains dan komersil di peringkat tertiari. Untuk layak memohon biasiswa ini, calon mestilah mendapat minimum 8A (A / A +) dalam SPM mahupun pencapaian yang memberangsangkan (gred A* / A) dalam IGCSE. Terdapat empat tahap proses permohonan iaitu aplikasi dalam talian, penilaian dalam talian, temu janji video atas permintaan dan temu duga akhir.
Klik di sini untuk memohon biasiswa tersebut.
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Tarikh pemohonan: 9 Mac – 18 Mac 2020
Dikenali sebagai Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara, biasiswa ini hanya layak dipohon oleh mereka yang berjaya mendapat 9+ semasa SPM tahun 2019. Melalui biasiswa ini, calon akan diberi tawaran untuk menyambung pengajian mereka Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat permohonan serta senarai universiti dan bidang yang ditawarkan.
DANA PENDIDIKAN THE STAR EDUCATION 2020
Tarikh tutup permohonan: 20 Mac 2020
Mungkin salah satu daripada biasiswa menawarkan pilihan kursus yang lebih banyak dan fleksibel, biasiswa Star Education Fund ditawarkan kepada warganegara Malaysia di bawah usia 25 tahun yang mempunyai keputusan yang memberangsangkan di dalam SPM, UEC atau STPM dan menyerlah dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan sukan mereka. Antara kolej dan universiti yang bekerjasama dengan Star Media Group di bawah biasiswa ini ialah Kolej Brickfields Asia (BAC), Universiti HELP, Monash University Malaysia dan Kolej Sunway.
Klik di sini untuk memohon dan melihat akan kursus yang ditawarkan.
PROGRAM BIASISWA YAYASAN UEM (UNTUK LEPASAN SPM, MATRIKULASI DAN ASASI)
Tarikh permohonan: Ogos – September 2020
Menawarkan program sarjana muda di universiti awam utama di Malaysia, untuk mendapatkan biasiswa ini, pemohonnya haruslahi mendapat PNGK minimum 3.50 di peringkat STPM, Matrikulasi atau Asasi. Biasiswa ini akan meliputi semua perbelanjaan akademik termasuk yuran tuisyen dan peperiksaan, insurans, komputer riba, elaun sara hidup dan peruntukan bagi buku serta peralatan yang berkaitan dengan kajian. Antara subjek yang ditawarkan adalah Perniagaan (Kewangan / Perniagaan / Pengurusan / Perakaunan / Ekonomi), Kejuruteraan (Sivil / Mekanikal / Elektrik), IT dan Program Berkaitan dengan Komputer (Sains Komputer / Sistem Komputer / Rangkaian / Kejuruteraan Perisian) serta Sains Aktuari.
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai biasiswa ini.
PROGRAM BIASISWA KHAZANAH WATAN
Tarikh permohonan: 5 Mac – 23 Mac 2020
Sama seperti namanya “Watan” yang bererti tempatan, biasiswa ini ditawarkan kepada mereka yang merancang untuk menyambung pengajian asasi, sarjana muda dan peringkat sarjana di universiti tempatan yang mendapat kelulusan daripada Yayasan Khazanah. Kelayakan permohonan berbeza bagi setiap peringkat, tetapi pada dasarnya, mereka yang ingin melakukan program asasi perlu memperoleh minima 8As (gabungan A + dan A) dalam peperiksaan SPM baru-baru ini atau sekurang-kurangnya 8A dalam IGCSE baru-baru ini. Pemohon juga tidak boleh melebihi umur 18 tahun pada masa permohonan.
Ketahui dengan lebih lanjut mengenai syarat kelayakannya di sini dan pohon di sini.
PROGRAM BIASISWA YAYASAN YTL
Tarikh tutup permohonan: 31 Mac setiap tahun. Permohonan yang lambat akan di bawa ke tahun hadapan.
Yayasan YTL menawarkan sehingga 30 biasiswa setiap tahun untuk membantu pelajar cemerlang yang memerlukan bantuan untuk membiayai pelajaran mereka diperingkat pengajian tinggi. Untuk memohon biasiswa ini, pelajar haruslah menjadi seorang warganegara Malaysia dan memperolehi minimum 7A dalam SPM / IGSCE atau minima 3A / CGPA 3.7 dalam SPM atau di peringkat asasi. Calon dengan kualiti altruistik dan kepimpinan serta gred yang cemerlang (8A dan ke atas) juga layak dipertimbangkan untuk mendapat Anugerah The Yeoh Tiong Lay, yang hanya diberikan kepada tiga orang pelajar setiap tahun.
Klik di sini untuk mengetahui apakah prosedur permohonan bagi biasiswa ini.
BIASISWA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA
Tarikh permohonan: 9 Mac – 16 Mac 2020
Dikenali sebagai salah satu biasiswa yang paling berprestij di Malaysia, untuk layak memohon biasiswa ini, calon mestilah mempunyai minimum 8A (A dan A + sahaja) dalam peperiksaan SPM 2019 dan tidak melebihi usia 19 tahun pada 1 Julai 2020. Mereka yang memohon juga mesti menunjukkan kualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti kokurikulum dan sukan.
Klik di sini untuk memohon.
BIASISWA YAYASAN HONG LEONG
Tarikh permohonan: 1 April – 31 Mei 2020
Biasiswa Yayasan Hong Leong dibuka kepada mana-mana warganegara Malaysia berumur antara 17 hingga 25 tahun yang ingin meneruskan pengajian tinggi di universiti awam dan swasta tempatan. Untuk memohon biasiswa ini, pendapatan isi rumah calon mestilah RM5,000 dan ke bawah sebulan, dan mereka juga perlu mempamerkan hasil SPM yang cemerlang sekurang-kurangnya 8A. Biasiswa ini jugaboleh dipohon oleh mereka yang sedang menjalankan Diploma, Diploma Lanjutan atau program Ijazah (Tahun 1, 2 atau 3) di mana-mana kolej dan universiti tempatan yang diiktiraf selagi mereka mencapai PNGK minimum 3.5, dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000.
Klik di sini untuk memohon.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang biasiswa yang ada di luar negeri atau ingin memahami lebih lanjut tentang pra-universiti tempatan yang ada, anda juga boleh melihat artikel di bawah! Tahniah kepada anda kerana sudah penamatkan zaman persekolahan dan selamat berjaya dalam permohonan biasiswa anda!