Pastinya kita mempunyai snek kegemaran dari zaman kanak-kanak kita, dan ada di antara snek tersebut masih popular dan dijual hari ini. Demi mengimbau memori masa lalu, kami telah menyusun satu senarai snek-snek kegemaran rakyat Malaysia yang mungkin masih mempunyai tempat istimewa dalam hati kita semua.

CHOKI CHOKI

Snek Kanak-Kanak Kegemaran

Choki Choki memang salah satu daripada snek kegemaran ramai! Coklatnya mungkin bukanlah yang terbaik, tetapi siapa sahaja tidak pernah memakannya?! Pengalaman memicit coklat tersebut daripada tiubnya, padu! Tambahan lagi, saiznya juga mudah untuk kita letak di dalam kotak pensel atau poket untuk kita sorok-sorok makan di dalam kelas. 

BISKUT GULA BERWARNA WARNI

Snek Kanak-Kanak Kegemaran

Biskut klasik berwarna warni ini, yang juga dikenali sebagai ‘iced gem biscuits’, hanyalah biskut kecil mempunyai aising berwarna diatasnya, tetapi rasanya sangat menagihkan! Adakah anda seorang yang suka memakan aisingnya dahulu atau biskutnya dahulu? Jika ingin dibandingkan dengan zaman dahulu, mungkin biskut ni tak seberapa popular sekarang. Namun, anda masih boleh membeli biskut ni di pasar malam, di pasar raya, atau di kedai biskut borong!

GULA-GULA LEMON

Snek Kanak-Kanak Kegemaran

Pembungkusan klasik gula-gula limau ini mungkin tidak menarik perhatian tetapi rasanya pasti akan membuat anda mahukan lebih lagi. Kerana tekstur gula-gulanya yang mencair sebaik sahaja di letakkan ke dalam mulut, sebatang sahaja tidak akan mencukupi. Mungkin juga ada yang berupanya untuk menghabiskan satu paket dalam masa satu hari!

HAW FLAKES

Snek Kanak-Kanak Kegemaran

Sejujurnya, rasa gula-gula Haw Flakes ini sedikit pelik. Walaubagaimanapun gula-gula ini pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia! Kami pun tak pasti mengapa, tapi satu Haw Flakes takkan pernah mencukupi. Satu fakta menarik tentang gula-gula ini, ‘haw’ dalam namanya bukanlah merujuk kepada jenama tersebut, tetapi singkatan ini di ambil daripada buah cina ‘hawthorn’ yang merupakan bahan utama gula-gula ini.

KRAKER BERAS

Snek Kanak-Kanak Kegemaran

Biasanya dikenali sebagai biskut Wang-Wang, kraker beras ini adalah satu lagi snek popular daripada zaman kanak-kanak kita. Tak ada satu pun kraker beras lain, tak kiralah daripada Jepun ataupun Amerika, yang boleh menandingi kesedapannya. Barangkali MSG di dalam kraker ini yang menyebabkannya sungguh lazat.

GULA- GULA WHITE RABBIT

Snek Kanak-Kanak Kegemaran

Kami pasti banyak rakyat Malaysia tahu akan kewujudan gula-gula ini. Yang menarik lagi pelik tentang gula-gula ini ialah, jika anda makan terlalu banyak, anda boleh menjadi muak. Namun jika terlalu sikit, tidak puas pula. Itulah kehebatan gula-gula ini. Ramai juga yang pernah bertanya sama ada bungkusan jelas yang membaluti gula-gula ini boleh di makan atau tidak? Sebenarnya boleh, kerana bungkusan tersebut diperbuat daripada ‘cellophane’ beras yang boleh dimakan.

BISKUT WAFER COKLAT APOLLO

Snek Kanak-Kanak Kegemaran

Biskut wafer coklat Apollo yang terkenal sebab bungkusan merahnya memang salah satu daripada biskut wafer coklat kegemaran rakyat Malaysia, walaupun ianya mudah cair. Sekalipun ianya cair, boleh saja kita jilat coklat yang melekat pada bungkusannya.

KEK LAPIS APOLLO

Snek Kanak-Kanak Kegemaran

Jika anda pernah memakan biskut wafer coklat Apollo, anda pasti mengenali kek lapis Apollo ni juga. Kek ni datang dalam perisa yang berbeza seperti strawberi, pandan, coklat, dan blueberi. Kek ini juga mempunyai selapis krim di antara dua lapis kek yang membuatnya ringan dan sangat sedap.

MAMEE MONSTER

Snek Kanak-Kanak Kegemaran

Snek mi Mamee Monster ini pasti snek yang paling disukai oleh orang Malaysia sehingga sekarang. Snek mi ini yang merupai mi segera boleh dimakan pada bila-bila masa dan ia dibungkus dengan paket perencah berperisa ayam, bbq atau pedas. 

DURIAN POP CORN

Snek Kanak-Kanak Kegemaran

Sungguhpun snek klasik ini dikenali sebagai Durian Pop Corn, tetapi ia sebenarnya hanya dibuat dari jagung. Setiap gigitan snek rangup lagi manis ini akan membuat anda tertunggu-tunggu akan kedatangan pak cik roti yang membawa motor bersama snek tersebut.

AISKRIM MALAYSIA

Snek Kanak-Kanak Kegemaran

Sudah tidak mudah untuk kita menemui aiskrim murah ini di kedai serbaneka pada hari ini. Aiskrim ini sebenarnya hanyalah minuman manis berperisa yang dibekukan di dalam tiub plastik. Walaupun aiskrim ini sangat mudah untuk dibuat, tetap ramai yang gemar membelinya daripada kedai.

NANO NANO

Snek Kanak-Kanak Kegemaran

Nano Nano merupakan satu lagi  gula-gula yang unik perisanya kerana ia menggabungkan rasa manis, masam dan masin sekaligus! Sebaik sahaja anda meletakkan gula-gula ini ke dalam mulut anda, ekspresi muka anda pasti akan berubah. 

Jadi, daripada 12 snek ini, yang mana satukah menjadi snek kegemaran anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah! Jika anda ingin membaca artikel lain mengenai makanan, klik pautan ini “7 Makanan Tular Yang Anda Perlu Cuba di Tahun 2019