Saban tahun, tidak dapat dinafikan bahawa kita mendapat lebih pendedahan tentang perkembangan kanak-kanak dan metodologi pengajaran yang lebih sesuai untuk mereka. Mungkin itulah sebabnya, dalam memikirkan semula sistem pendidikan kita punyai kini, pendidikan holistik menawarkan alternatif yang lebih menarik.

Ibu bapa generasi baru lebih gemar akan pendekatan pendidikan yang memenuhi keperluan dan kemahiran unik setiap kanak-kanak, sekaligus dapat menyediakan mereka untuk abad ke-21. Pendekatan ini lebih dikenali sebagai ‘Pendidikan Alaf 21’.

Apa yang berbeza mengenai ‘Pendidikan Alaf 21’ ini ialah, paradigma pendidikan sebelum ini seakan hanya direka bagi memastikan agar pelajar mampu untuk menghafal maklumat demi menduduki sesuatu peperiksaan. Namun segala maklumat ini dihafal ini selalunya akan dilupakan sebaik sahaja peperiksaan tersebut tamat. Maka, demi memastikan bahawa anak mereka tidak terperangkap dalam paradigma ini, semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa yang menawarkan pendidikan yang lebih menyeluruh, bukannya hanya bergantung kepada penghafalan semata-mata.

Happy kids at elementary school

Apakah Yang Dimaksudkan Sebagai Pendidikan Holistik?

Pendidikan holistik ialah pendekatan yang berasas daripada idea bahawa kanak-kanak perlu diajar dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan untuk mereka mudah memahami apa yang mereka pelajari. Pendekatan ini cenderung ke arah pembelajaran berasaskan permainan di mana kurikulumnya termasuk tarian, lakonan, persembahan di atas pentas, lukisan, fotografi dan debat sebagai tambahan kepada subjek ‘tradisional’ yang sering mereka pelajari di sekolah.

Pendekatan holistik mendorong kanak-kanak supaya lebih berminat kepada sesuatu subjek dengan menanamkan rasa ingin tahu dan kreativiti dalam pembelajaran mereka. Apabila diberikan kebebasan untuk ‘berfikir di luar kotak’ berbanding dengan pendekatan didaktik tradisional dan penilaian berasaskan peperiksaan yang ketat, kanak-kanak akan menjadi lebih bersemangat untuk belajar, bukannya merasakan bahawa pembelajaran merupakan sesuatu beban.

Berbeza dengan sistem pendidikan umum yang hanya memberi tumpuan kepada kebolehan akademik dan intelektual kanak-kanak, pendidikan holistik turut melihat kepada perkembangan peribadi kanak-kanak, dari segi emosi, sosial, psikologi, kreatif dan rohani mereka. Dalam erti kata lain, ia bertujuan untuk memupuk individu yang cemerlang secara keseluruhan bukan saja dalam aspek pelajaran.

Sekolah Manakah Yang Menerapkan Pendidikan Holistik di Malaysia?

Majoriti sekolah antarabangsa di Malaysia mengamalkan pendidikan holistik, dengan setiap sekolah menggunakan gaya dan pendekatannya sendiri. Mari lihat beberapa contoh sekolah yang mengamalkan pendekatan holistik:

Sekolah Antarabangsa Inspiros menggalakkan pemikiran kritikal yang mandiri serta kreatif  dalam pembelajaran kurikulum dan aktiviti kokurikulum mereka. Sukatan pelajaran yang ditawarkan bermula dari pra-sekolah hingga sekolah menengah. Walaupun kebanyakan sekolah antarabangsa dianggap mahal, Inspiros menawarkan Cambridge ICGSE pada kadar yang sangat berpatutan, selari dengan usaha mereka menjadikan pendidikan holistik lebih mudah untuk diakses.

 

Inspiros International SchoolSumber: Inspiros

Sekolah Antarabangsa Tzu Chi  menggabungkan pelajaran humanistik Tzu Chi dalam kurikulum Cambridge IGCSE mereka. Akan dibuka di Malaysia pada tahun 2020, sistem pendidikan mereka fokus dalam memupuk nilai murni, sopan santun dan kejujuran. Berpandukan ajaran Buddhisme, sekolah antarabangsa Tzu Chi amat mementingkan nilai moral dalam pembelajaran mereka. Disamping itu, sekolah ini juga memupuk bakat & kreativiti serta menggalakkan persekitaran pembelajaran yang altruistik.

KUALA LUMPUR, 16/09/2017 - Sign language performance by Tzu Chi Education Group during the Groundbreaking Ceremony of Tzu Chi International School Kuala Lumpur. Picture by Shafwan Zaidon/MALAYMAIL.

Sumber: Tzu Chi

Sekolah Antarabangsa Dwi Emas mengambil pendekatan holistik yang tersendiri dengan menerapkan program keusahawanan di dalam kurikulum mereka. Murid-murid akan didedahkan kepada cara-cara untuk menjadi seorang usahawan pada usia yang muda, tidak kiralah sama ada ianya hanya melibatkan penjualan gula-gula, atau mengubah idea mereka menjadi sesuatu bisnes. Selain itu, sekolah ini juga bekerjasama dengan para usahawan, di mana usahawan-usahawan ini dilantik untuk menjadi mentor kepada para pelajar, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh pengalaman dan kemahiran yang berharga.

Sumber: Dwi Emas

Mengapakan Pendidikan Holistik Penting?

Oleh kerana pendidikan holistik cenderung ke arah pembelajaran berasaskan permainan dan pembelajaran yang menyeronokkan, kanak-kanak merasa lebih senang belajar dan mencabar diri mereka sendiri. Hal ini kemudiannya akan mendorong mereka untuk menjadi orang dewasa yang peka, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan inovatif. Lebih penting lagi, pendekatan holistik menggalakkan pelajar untuk meneroka hubungan di antara satu subjek dengan subjek yang lain.

Tambahan lagi, pendidikan holistik membantu kanak-kanak dengan belajar mengikut kemampuan mereka, kerana kanak-kanak yang berbeza mempunyai tahap yang berbeza, kelajuan dan gaya pembelajaran.

Di samping itu, aktiviti berkumpulan, pidato dan aktiviti kokurikulum juga akan membantu mempromosikan kemahiran dan keyakinan komunikasi yang lebih baik kepada kanak-kanak. Umumnya, kita boleh simpulkan bahawa pendidikan holistik bukan sahaja membantu dalam  dalam membangunkan akademik pelajar-pelajar, ianya juga menjadikan pelajar lebih bersedia dalam menghadapi cabaran masa depan, lebih berdaya tahan, serta mempunyai sahsiah yang baik.

Dengan begitu banyak sekolah antarabangsa yang kompetitif di luar sana menawarkan kadar yang berpatutan, ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke salah satu daripada sekolah tersebut sekiranya pendidikan holistik menarik perhatian anda. Seperti kata pepatah, “Pelaburan dalam pendidikan sentiasa memberi faedah yang terbaik.”

Anda juga boleh melawat laman web kami untuk membuat perbandingan sekolah berdasarkan bajet, ulasan, dan lokasi yang sesuai dengan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kurikulum antarabangsa di Malaysia, sila baca artikel kami,  “Sekolah Antarabangsa 101: Semua Yang Anda Perlu Tahu” untuk maklumat lanjut.