Shah Alam adalah bandar raya dan ibu negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di Daerah Petaling dan sebahagian kecil dari Daerah Klang. Terbahagi kepada 56 seksyen kesemuanya, tidak hairanlah Shah Alam mempunyai banyak sekolah-sekolah rendah, menengah dan antarabangsa. 

Berikut adalah senarai sekolah-sekolah antarabangsa yang terletak di Shah Alam.

SEKOLAH ANTARABANGSA BRIGHTWAY

Sekolah Antarabangsa Brightway, Shah Alam

Sekolah Antarabangsa Brightway ialah sebuah sekolah antarabangsa Islam yang mengamalkan kurikulum IGCSE Cambridge antarabangsa dalam persekitaran pembelajaran yang berteknologi canggih untuk membangunkan Khalifah Fil Ard. Bagi mencapai misi ini, Brightway telah bekerjasama dengan Irsyad dari Singapura  untuk mencapai kecemerlangan pendidikan ini. Sinergi di antara kedua institusi semestinya akan memberi pengalaman pendidikan yang tidak boleh dibandingkan dengan yang lain. Yuran persekolahan untuk Sekolah Antarabangsa Brightway adalah daripada RM 15,500 (Pra-sekolah) hingga RM 28,000 (IGCSE).

Sekolah Antarabangsa Brightway menawarkan kemudahan seperti kafeteria, makmal komputer, perpustakaan, kawasan permainan, makmal sains dan bilik darjah.

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa Brightway di sini

SEKOLAH ANTARABANGSA DWI EMAS

Sekolah Antarabangsa Dwi Emas, Shah Alam

Di Sekolah Antarabangsa Dwi Emas, pelajar mendapat manfaat daripada pelbagai kaedah pembelajaran yang dilihat pada Edgar Dale’s Cone of Learning, dengan penekanan terutama pada kaedah pembelajaran langsung dan aktif. Ini bermakna mereka sering terlibat dalam aktiviti seperti pembentangan, simulasi dan gamifikasi supaya mereka melibatkan semua deria mereka dan mempunyai pengalaman belajar yang lebih bermanfaat.

Bagi tahap prasekolah di Sekolah Antarabangsa Dwi Emas, mereka mempunyai program Powerpeneur tersendiri yang diwujudkan berdasarkan pendidikan di Finland. Pada peringkat sekolah rendah, pelajar akan melalui kaedah pembelajaran Kurikulum Primer Antarabangsa (IPC) yang bertema. Kurikulum menengah membina atas kurikulum rendah dengan IGCSE Cambridge yang terkenal. Yuran tahunan adalah daripada RM 20,000 bagi pra-sekolah hingga RM 39,000 bagi Tahun 9,10 dan 11.

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa Dwi Emas di sini.

SEKOLAH ANTARABANGSA ISLAM GREENVIEWSekolah Antarabangsa Islam Greenview, Shah Alam

Di Sekolah Antarabangsa Islam Greenview, pembelajaran berasaskan nilai adalah cara pengajaran yang berkesan. Dengan nilai positif yang kuat, guru-guru dan kakitangan mencipta persekitaran pembelajaran yang positif bagi anak anda. Kurikulum tersebut bertujuan untuk membangunkan pelajar sekolah untuk menjadi seseorang yang mampu berfikir secara kritis, berkomunikasi secara efektif dan bersosial dengan orang lain, mempunyai kemahiran penyelidikan serta mampu menguruskan diri mereka untuk mengahadapi cabaran masa depan.

Sekolah Antarabangsa Islam Greenview menawarkan kedua-dua kurikulum Cambridge dan Islam dalam silibus mereka. Pada akhir Tahun 6 (bergantung pada kemajuan kanak-kanak), pelajar mampu membaca keseluruhan Quran (Khatmul Quran). Yuran Sekolah Antarabangsa Islam Greenview bermula dari RM 12,000 hingga RM 17,000.

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa Islam Greenview di sini.

SEKOLAH ANTARABANGSA HELPSekolah Antarabangsa Help, Shah Alam

Sekolah Antarabangsa Help mempunyai matlamat untuk menjadi sekolah yang membantu anak anda meraikan “Kehidupan di Seluruh Kepenuhannya.” Ini mencerminkan misi mereka untuk membantun pelajar menjalani kehidupan yang bererti dan berjaya dalam kehidupan sebagai warga dunia. Visi mereka adalah untuk menjadi sekolah yang terkenal di dunia yang merangkumi falsafah pendidikan holistik bagi mempersiapkan pelajar mereka untuk menjalani kehidupan yang penuh dan bermakna sebagai orang dewasa.

Sekolah Antarabangsa HELP mengamalkan kurikulum International Early Years (IEYC) bagi pra-sekolah dan sekolah rendah. Sementara itu, Kurikulum Sekolah Menengah adalah berdasarkan Kurikulum Kebangsaan UK. Mereka juga menggunakan Kurikulum International Middle Years bagi menengah rendah. Sekolah Antarabangsa HELP menawarkan Program Kepimpinan A-Level kepada pelajar mereka.

Baca ulasan HELP International School di sini

SEKOLAH ANTARABANGSA MAZSekolah Antarabangsa MAZ, Shah Alam

Sekolah Antarabangsa MAZ bermula pada tahun 1992 di Petaling Jaya dengan hanya 12 pelajar. Melalui kerja keras dan dedikasi, mereka dapat mengambil langkah yang besar. Mereka telah membuka pintu Sekolah Antarabangsa MAZ Shah Alam – sekolah asrama penuh dan harian. Mereka juga merupakan salah satu sekolah yang paling moden dengan keadaan kemudahan seni kedua-dua dalam fungsi atau estetika.

Sukatan pelajaran Sekolah Antarabangsa Maz adalah berdasarkan kurikulum British. Ia dipertingkatkan lagi dengan kaedah pengajaran mereka yang telah dan modul global yang telah diuji. Sekolah menengah mereka juga mempunyai kelas bagi pelajar daripada Tahun 7 ke Tahun 11 menuju ke peperiksaan IGCSE. Sementara itu, mereka juga menawarkan program pra-u1 ½ tahun. Yuran pengajian bagi Sekolah Antarabangsa MAZ bermula daripada RM 10,500 hingga RM 30,000.

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa MAZ di sini.

SEKOLAH ANTARABANGSA MITSTEMSekolah Antarabangsa MITstem, Shah Alam

Sekolah Antarabangsa MITstem komited untuk menyediakan kurikulum dan pengalaman belajar yang berteknologi dan teliti. Mereka bercita-cita untuk menyediakan perkhidmatan yang bernilai kepada semua pihak berkepentingan – pelajar, rakan sekutu, rakan kongsi, pelanggan, pemegang saham, pelabur, kerajaan dan komuniti. Mereka berdedikasi untuk membangunkan dan mengekalkan standard kualiti, pengetahuan dan kemahiran untuk memperkasakan pelajar, pembangunan profesional mereka dan daya saing global.

Kurikulum Sekolah Antarabangsa MITstem berdasarkan STEM yang bermaksud Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Mereka menyediakan kurikulum dan pengalaman belajar yang berteknologi dan teliti. Yuran pengajian di Sekolah Antarabangsa MITstem bermula daripada RM 33,000 (Tahun 7) hingga RM 39,900 (Tahun 11).

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa MITstem di sini.

SEKOLAH ANTARABANGSA PENINSULASekolah Antarabangsa Peninsula Australia, Setia Alam, Shah Alam

Sekolah Antarabangsa Peninsula Australia berusaha untuk menyediakan guru berkualiti tinggi yang berupaya memupuk dan memberikan inspirasi kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan peribadi. Mereka berusaha untuk mengajar dan memperkaya masyarakat dengan pemahaman dan penghargaan luas terhadap dunia dan memupuk sifat empati bagi dalam diri pelajar mereka tanpa mengira bangsa. Misi mereka akan dicapai dengan Kurikulum Australia dan memberi tumpuan untuk menghasilkan rakyat global yang mahir dan berpengetahuan.

Sekolah Antarabangsa Peninsula Australia menggunakan Kurikulum Victoria bagi mempersiapkan pelajar-pelajar untuk Sijil Pendidikan Victoria (VCE). Yuran tahunan Sekolah Antarabangsa Peninsula Australia adalah daripada RM 35,000 ke RM 75,000.55

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa Peninsula Australia di sini.

SEKOLAH ANTARABANGSA REAL SERI CAHAYASEKOLAH ANTARABANGSA REAL SERI CAHAYA, Shah Alam

Dengan sejarah yang merangkumi 30 tahun, Sekolah R.E.A.L merupakan sebuah institusi yang komited untuk mengubah pelajar melalui pembelajaran aktif. Sejak penubuhannya, mereka mendoroang pelajar untuk mencapai tranformasi dan kejayaan yang sebenar melalui pendidikan holistik yang luar biasa. Pelajar mereka terlibat dalam kurikulum yang kaya dan mencabar dari tadika ke peringkat rendah dan menengah dalam kedua-dua sukatan pelajaran kebangsaan dan antarabangsa.

Sekolah Antarabangsa R.E.A.L mempunyai pendidikan Inggeris berdasarkan kurikulum kebangsaan UK daripada peringkat rendah hingga menengah. Bagi prasekolah, kurikulum mereka adalah berdasarkan konsep Multiple Intelligences (MI) untuk mengenal pasti kekuatan kanak-kanak yang berbeza. Yuran tahunan di Sekolah Antarabangsa R.E.A.L adalah daripada RM 19,740 hingga RM 29,920.

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa R.E.A.L Seri Cahaya di sini.

SEKOLAH TENBY SETIA ECO PARKSekolah Tenby Setia Eco Park, Shah Alam

Sekolah Tenby Setia Eco Park sentiasa berusaha untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang luas dan mendalam untuk pelajar mereka. Ini melibatkan penggalakan pelajar untuk mengambil bahagian di sekolah dengan aktif sama ada dalam akademik atau dari segi spiritual. Menjadi seorang ahli komuniti sekolah yang aktif mampu membantu pelajar mengetahui perkara baru tentang diri sendiri serta orang dan dunia di sekeliling mereka.

Program Early Years Sekolah Antarabangsa Tenby mengamalkan kaedah play-based kerana mereka bertujuan untuk mendorong  motivasi pelajar terhadap pembelajaran di dalam dan di luar kelas. Untuk peringkat rendah, mereka mengikuti Kurikulum Antarabangsa Sekolah Rendah (IPC) iaitu Kurikulum Kebangsaan Bahasa Inggeris yang disesuaikan untuk pelajar antarabangsa. Selepas itu, pelajar beralih ke program menengah demi mendapatkan IGCSE setelah tamat Tahun 11. Mereka juga memberikan pilihan untuk maju ke Sixth Form di mana pelajar akan menduduki Cambridge A-Levels.

Baca ulasana Sekolah Antarabangsa Tenby di sini.

THE JAPANESE SCHOOL OF KUALA LUMPUR Japanese School Kuala Lumpur, Shah Alam

Japanese School Kuala Lumpur adalah satu-satunya sekolah antarabangsa di Malaysia yang mengikut Kurikulum Jepun. Ia diasaskan di Kuala Lumpur pada November 1966 sebagai sekolah rendah dengan hanya dua guru dari Jepun, termasuk Guru Besar pertama, Taku Ichiro. Prasekolahnya bermula pada tahun 1970 diikuti oleh sekolah menengah pada tahun 1971. Yuran bermulatahunan berbeza dari RM 12,600 hingga RM 18,120.

Baca ulasan Japanese School Kuala Lumpur di sini.

 

Tidak pasti kurikulum mana yang sesuai untuk anak anda? Bacalah Kurikulum Antarabangsa Di Malaysia (Bahagian 1) dan Kurikulum Antarabangsa Di Malaysia (Bahagian 2) untuk mengetahui kurikulum mana yang paling sesuai bagi anak anda.

Untuk maklumat lanjut tentang sekolah-sekolah antarabangsa di Malaysia, anda boleh layari laman Edureviews.com. Anda juga boleh membandingkan sekolah antarabangsa untuk mencari sekolah yang paling sesuai bagi anak anda di laman web kami.