Dengan 9 pusat membeli-belah dan lebih daripada 30 institusi pendidikan, Puchong merupakan salah satu bandar yang paling terkenal di Selangor. Kebanyakan keluarga memilih untuk tinggal di Puchong oleh sebab ia mempunyai akses dan sambungan ke banyak tempat.

Oleh itu, bagi ibubapa yang sedang mencari sekolah antarabangsa di Puchong untuk mendaftarkan anak mereka, anda boleh lihat senarai di bawah.

SEKOLAH ANTARABANGSA INSPIROS PUCHONG

Sekolah Antarabangsa Inspiros Puchong

Sekolah Antarabangsa Inspiros Puchong adalah sebuah sekolah berlesen sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran dan diakreditasi oleh Cambridge International Examinations (CIE). Terletak di SetiaWalk Puchong, Inspiros menawarkan pendidikan kepada keluarga berpendapatan sederhana pada kadar yang sangat berpatutan serta pendidikan British International yang berkualiti yang membawa kepada International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi pelajar yang berumur antara 3 hingga 19 tahun (dari pra-sekolah hingga A-Levels). Yuran untuk Sekolah Antarabangsa Inspiros Puchong adalah dari RM 10,000 hingga RM 19,000.

Sekolah Antarabangsa Inspiros Puchong juga mempunyai kemudahan seperti dewan, perpustakaan, makmal komputer, makmal sains, bilik seni, bilik muzik, kantin, gelanggang serba guna, studio muzik dan studio tarian.

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa Inspiros Puchong di sini.

SEKOLAH ANTARABANGSA RAFFLESIA PUCHONG

Sekolah Antarabangsa Rafflesia Puchong

Sekolah Antarabangsa Rafflesia Puchong lahir daripada reka bentuk kontemporari dan praktikal dengan persekitaran pendidkan holistik dalam fikiran. Dari skema warna yang sesuai ke susunan teratur, seni bina sekolah tersebut memberikannya daya kompetitif global. Kampus Puchong mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif dan bersemangat dengan bantuan kemudahan terkini. Seluruh kampus menggunakan kemudahan ICT, dan sistem ICT di sekolah ini berasaskan sistem Apple dan CISCO.

Kurikulum Sekolah Antarabangsa Rafflesia Puchong untuk pelajar berumur dari 3 hingga 11 tahun adalah berdasarkan program International Primary Curriculum (IPC) Early Years, yang memberi tumpuan kepada pembelajaran tematik. Sementara itu, kurikulum Cambridge IGCSE juga ditawarkan bagi pelajar sekolah menengah. Yuran sekolah bagi Sekolah Antarabangsa Rafflesia Puchong adalah daripada RM 15,000 hingga RM 45,360.

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa Rafflesia Puchong di sini.

SEKOLAH ANTARABANGSA REGENT PUCHONG

Sekolah Antarabangsa Regent Puchong

Sekolah Antarabangsa Regent Puchong mempercayai bahawa kanak-kanak hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Oleh itu, nama ‘Regent’ yang bermaksud ‘Pemimpin yang sedang menunggu’ diambil sebagai nama sekolah ini. Falsafah sekolah berasal dari pemikiran bahawa kelayakan akademik mesti dilengkapi dengan nilai-nilai murni, pengetahuan serta kemahiran hidup  yang baik, barulah individu yang baik dapat dilahirkan.

Kandungan akademik dan kokurikulum Sekolah Antarabangsa Regent Puchong diisi dengan teliti, dikaji semula secara terperinci dan diperhalusi untuk memastikan pelajar mereka bukan hanya  berwibawa secara akademik tetapi juga menanamkan nilai dan sikap yang betul.

Di Sekolah Antarabangsa Regent, Cambridge Primary ditawarkan kepada pelajar berumur 5 hingga 11 tahun, Cambridge Secondary berumur 11-15 tahun dan Cambridge IGCSE bagi pelajar berumur 14 hingga 16. Yuran sekolah adalah daripada RM 12,000 hingga RM 18,600.

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa Regent Puchong di sini.

SEKOLAH ANTARABANGSA TAYLOR PUCHONG

Sekolah Antarabangsa Taylor’s Puchong

Sekolah Antarabangsa Taylor’s Puchong mempunyai pengalaman pendidikan yang berkualiti tinggi, menjadikan pembelajaran lebih seronok, bermakna dan mencabar. Sekolah tersebut memupuk pelajar menjadi insan berguna yang bukan hanya cemerlang dari segi akademik tetapi juga mempunyai sifat baik, mengetahui tujuan mereka dan mempunyai kemahiran, keyakinan dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dan bersedia untuk keesokan hari.

Sekolah Antarabangsa Taylor’s Puchong mempunyai International Early Years Curriculum (IEYC) bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun. Kurikulum sekolah rendah ini berdasarkan kurikulum nasional England, yang dipertingkatkan oleh International Primary Curriculum (IPC). Sementara itu, program menengah juga berasaskan kurikulum nasional England dan dipertingkatkan dengan asas tiga Bahasa yang kuat iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Yuran tuisyen setiap tahun adalah dari RM 15,650 (pra-sekolah) hingga RM 45,690 (Tahun 11).

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa Taylor’s Puchong di sini.

SEKOLAH ANTARABANGSA AXCEL

Sekolah Antarabangsa Axcel

Sekolah Antarabangsa Axcel ingin menyediakan kurikulum pendidikan yang bukan sahaja mengambil kira kecemerlangan dari segi akademik tetapi untuk kerjaya pelajar mereka pada masa hadapan. Selain kandungan akademik, kemahiran hidup seperti kecerdikan kewangan, presentasi, kreativiti futuristik dan penyelesaian masalah juga termasuk dalam kurikulum Axcel sebagai satu subjek. Tujuannya adalah untuk menggabungkan kajian teori dan praktikal supaya pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam kelas.

Sekolah Antarabangsa Axcel menawarkan Cambridge IGCSE bagi pelajar sekolah menengah. Yuran pembelajaran setahun adalah RM 14,400.

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa Axcel di sini.

PRIME INTERNATIONAL

Prime International Puchong

Di Prime International (dikenali sebagai Cambridge Asia Learning Academy sebelum ini), pelajar dilatih untuk menyelesaikan masalah, berfikir dengan kritikal dan kreatif. Mereka sentiasa belajar daripada kesilapan yang mereka lakukan dalam pembelajaran. Sekolah ini mempunyai platform pembelajaran peringkat antarabangsa yang menurut piawaian Cambridge yang berfokus kepada kefasihan Bahasa Inggeris yang diperkuatkan dengan pembinaan keyakinan, kepimpinan dan bimbingan pidato di mana semuanya membentuk teras kurikulum mereka.

Pelajar di Prime International akan mengikuti sukatan pelajaran Cambridge Rendah (umur 5 hingga 11 tahun) dan Cambridge IGCSE (umur 12 hingga 16 tahun). Yuran setahun berbeza dari RM 11,800 hingga RM 16,600.

Baca ulasan Prime International di sini.

 

SEKOLAH YANG TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN PUCHONG

SEKOLAH ANTARABANGSA KINGSLEY

Sekolah Antarabangsa Kingsley

Etos Sekolah Kingsley mencerminkan apa yang dikehendaki ramai ibu bapa; untuk anak-anak mereka gembira dan produktif dalam menjalani kehidupan mereka. Inilah sebabnya sekolah ini mahu menanamkan sifat ingin tahu dan ingin pelajar mereka merasakan pengalaman dunia sebenar dalam pembelajaran mereka. Sekolah Antarabangsa Kingsley percaya bahawa daya tahan, disiplin diri dan keupayaan menjalinkan hubungan dengan orang lain ialah pencapaian yang lebih penting daripada pencapaian IQ. Pendekatan yang digunakan berpaksi kepada ketegasan dalam keramahan – staff di sekolah ini bukan sahaja mengajar tetapi membina hubungan dengan pelajar, membuatkan mereka berasa lebih dihargai, dan seterusnya berupaya menyerlahkan kemampuan terbaik mereka. Mereka melabur dan menanamkan nilai-nilai positif dalam jati diri pelajar supaya pelajar boleh berkembang menjadi seseorang yang berwawasan dan boleh melangkah jauh dalam kehidupan tanpa rasa gentar. Sekolah ini memahami bahawa sekiranya mereka mahu murid mereka menjadi seorang yang yakin, reflektif, inovatif dan menghormati orang lain,  mereka haruslah menjadi contoh yang baik kepada murid mereka dahulu.

Sekolah Antarabangsa Kingsley menawarkan Kurikulum Antarabangsa Cambridge bagi tahap prasekolah ke Tahun 9, manakala Kurikulum IGCSE Cambridge buat murid Tahun 10 dan 11. Yuran mereka bermula dari RM 10352 ke RM 44988.

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa Kingsley di sini.

SEKOLAH ANTARABANGSA KINGSGATE

Sekolah Antarabangsa Kingsgate

Sekolah Antarabangsa Kingsgate dijangka akan menjadi sekolah antarabangsa premier di Malaysia. Sekolah ini menawarkan program pra-sekolah hingga Tahun 13 yang berdasarkan kurikulum British Antarabangsa. Kingsgate pastinya berbangga menjadi institusi pendidikan pilihan pertama bagi pelajar di rantau ini. Program mereka mencerminkan harapan tinggi masyarakat sekolah mereka untuk mendapatkan pencapaian akademik yang kukuh dan ia juga menunjukkan komitmen terhadap perkhidmatan kepimpinan melalui hubungan rapat dengan komuniti global mereka.

Sekolah Antarabangsa Kingsgate mempunyai akreditasi daripada Cambridge International. Kurikulum mereka dibimbing oleh piawaian antarabangsa dan jangkaan pihak berkuasa Pendidikan Malaysia. Mereka mengikuti kurikulum British Cambridge bagi kedua-dua sekolah rendah dan menengah dalam mendidik pelajar mereka. A-Levels disediakan bagi pelajar Tahun 12 dan 13 di Sekolah Antarabangsa Kingsgate. Yuran sekolah bermula daripada RM 16,500 (pra-sekolah) hingga RM 68,000 (pra-universiti).

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa Kingsgate di sini.

SEKOLAH ANTARABANGSA TZU CHI

Sekolah Antarabangsa Tzu Chi

Sekolah Antarabangsa Tzu Chi adalah lanjutan dari Tadika Da Ai Tzu Chi yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Tzu Chi memupuk pendidikan yang penuh perhatian, mengikuti falsafah Tuan Cheng Yen yang berhasrat untuk menanamkan sifat kemanusiaan pada kanak-kanak di bawah sistem pendidikan komprehensif dari pra-sekolah hingga pengajian tinggi. Sekolah Antarabangsa Tzu Chi (TCISKL) menawarkan kurikulum Cambridge bersempena dengan pelajaran humanistik Tzu Chi. Kelas-kelas dijalankan dalam Bahasa Cina, Inggeris dan Melayu supaya pelajar boleh menguasai ketiga-tiga bahasa tersebut. Yuran pengajian setahun adalah bermula daripada RM 12,000 (pra-sekolah) hingga RM 22,800 (Tahun 8).

Baca ulasan Sekolah Antarabangsa Tzu Chi International School di sini.

 

Tidak pasti kurikulum mana yang sesuai untuk anak anda? Bacalah  Kurikulum Antarabangsa Di Malaysia (Bahagian 1) dan Kurikulum Antarabangsa Di Malaysia (Bahagian 2) untuk mengetahui kurikulum mana yang paling sesuai bagi anak anda.

Untuk maklumat lanjut tentang sekolah-sekolah antarabangsa di Malaysia, anda boleh layari laman Edureviews.com. Anda juga boleh membandingkan sekolah antarabangsa untuk mencari sekolah yang paling sesuai bagi anak anda di laman web kami.