Memandangkan di dalam artikel sebelum ini kami telah memilih beberapa tempat pendidikan yang boleh anda kunjungi di Kuala Lumpur dan Selangor bersama anak-anak anda, ayuh kita teroka tempat rekriasi pula! Lagipun,  anak kecil anda sepatutnya mempunyai zaman kanak-kanak yang menyeronokkan. Dalam artikel ini, kami telah memilih 7 aktiviti mesra kanak-kanak terbaik di Kuala Lumpur yang menjanjikan keseronokan untuk si kecil anda!

1) DISTRICT 21 KUALA LUMPUR

Sebuah atrium seluas 70,000 kaki persegi, taman tema pengembaraan berkonsep unik di IOI City Mall ini menawarkan pelbagai halangan yang mencabar dengan pelbagai tahap kesukaran. District 21 mempunyai persekitaran pasca apokaliptik dan dipersiapkan dengan peralatan seperti balok logam, tali tergantung, rantai besi, dinding pendakian yang diterangi lampu LED, trampolin, gelongsor berkelajuan tinggi, dan laluan halangan udara. Roller Glider membolehkan anda bernaiki zip sepanjang garis melengkung pada kelajuan 30km / j manakala Maze bakal memerlukan anda menavigasi jalan mereka melalui labirin menegak yang terdiri daripada lubang terowong, sangkar, platform dan teka-teki yang mencabar. District 21 juga dilengkapi dengan tunggangan mesra kanak-kanak seperti ‘merry-go-round’, go-kart dan halangan tali ke bawah.

Waktu operasi:

Isnin-Jumaat: 12:00 tengah hari ke 8.00 malam

Sabtu & Ahad: 10:00 pagi ke 8.00 malam

Lokasi: IOI City Mall, Putrajaya, Selangor

Hubungi: +603 8328 8888

2) SUNWAY LAGOON

Terletak bersebelahan pusat membeli-belah Sunway Pyramid, Sunway Lagoon adalah salah satu taman tema yang paling terkenal di Malaysia. Pantai luncur buatan manusia yang terbesar di dunia, gelongsor air yang berpusing, ‘sungai’ buatan manusia, roller coaster yang mendebarkan, dan kapal lanun berputar 360 ° adalah di antara senarai tarikan di taman seluas 80 hektar ini. Dengan lebih daripada 90 tarikan, anda akan mengalami 6 zon pengembaraan yang mendebarkan – Taman Air, Taman Hiburan, Extreme Park, Taman Hidupan Liar, Taman Scream & Nickelodeon Lost Lagoon. Sunway Lagoon semestinya merupakan taman tema yang anda dan anak-anak anda tidak boleh ketinggalan!

Waktu operasi:

Isnin-Jumaat: 11:00 pagi ke 6.00 petang

Sabtu & Ahad: 10:00 pagi ke 6.00 petang

Lokasi: 3, Jalan PJS 11/11, Petaling Jaya

Hubungi: +603 5635 8000

3) ARENA 51

Menawarkan dua jenis mainan permainan –  Archery Tag dan Bubble Arena, anda akan menikmati pengalaman yang unik dengan rakan-rakan, keluarga dan rakan sekerja anda. Archery Tag merupakan satu trend baru dan di lihat semakin pantas berkembang kerana permainan pertempuran memanah ini bukan sahaja bersifat survival, peralatan yang digunakan juga ialah selamat dan tidak menyakitkan kerana anak panahnya diperbuat daripada buas (foam). Permainan ini menggabungkan unsur-unsur dari paintball, dodgeball, dan memanah tradisional, menjadikannya satu pengalaman lain daripada lain.

Di Bubble Arena pula anda boleh bermain di dalam bola gergasi, maka bersedia untuk dipantul dan digulingkan! Arena 51 juga boleh menganjurkan acara pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Datanglah bersama rakan-rakan, keluarga dan rakan sekerja ke permata tersembunyi yang terletak di Petaling Jaya ini!

Waktu operasi: Hanya melalui tempahan. Anda boleh hubungi mereka atau membuat tempahan secara terus  di sini.

Lokasi: Sports Garage, No. 2, Jalan 19/1, Petaling Jaya

Hubungi: 018-2822012

4) SKYTREX ADVENTURE

 

Ayuh lari sejenak dari kehidupan bandar dan bawa anak-anak anda untuk mengalami alam semula jadi. Pertama seumpamanya di Malaysia, Skytrex Adventure menawarkan pengalaman bertrekking di atas pokok. Di Skytrex, anda berpeluang untuk mengalami pengembaraan hutan yang paling menarik di mana anda boleh terbang, berbuai, meluncur dan bergayut pada pelbagai halangan udara yang digantung di atas hutan hujan tropika Malaysia yang rimbun. Halangan-halangan ini sesuai untuk ibu bapa dan kanak-kanak kerana Skytrek menyediakan 3 tahap kesukaran yang berbeza – Beginner (Little Adventure), Intermediate (Big Thrill) dan Advanced (Challenge Extreme).

Waktu operasi:

Selasa – Ahad & Cuti Umum: 8:30 pagi ke 5:00 petang

Lokasi: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam, Selangor

Hubungi: 013-276 9841

5) WET WORLD WATER PARK SHAH ALAM

Permata tersembunyi ini mempunyai banyak tunggangan air yang laju serta pelampung berwarna-warni yang sesuai buat mereka yang mahu menyejukkan diri dari haba di Kuala Lumpur. Berpusat di sekitar tema hutan tropika, tarikan ini dilengkapi dengan halangan air yang unik dan air terjun berperingkat. Antara tarikan air yang popular termasuk Kiddy Typhoon Lagoon, Pirate Cove, Bermuda Triangle dan Treasure Island. Walau bagaimanapun, kemuncak utama taman air ini ialah ialah perjalanan Monsoon Buster, gelongsor air sepanjang 225 meter di mana penunggangnya akan ditolak ke atas oleh jet air yang kuat.

Waktu operasi:

Setiap hari: 10.00 pagi ke 6:00 petang

Lokasi: Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2, Shah Alam

Hubungi: 03-5566 8000

 

6) TAMAN TEMA I-CITY

Semakin mendapat sambutan, Taman Tema i-City yang terletak di Shah Alam ini terkenal dengan paparan LED yang berwarna-warni, terutamanya pada malam hari. Taman ini menggunakan konsep kemasukan terbuka. Jadi, anda tidak akan dikenakan bayaran masuk, tetapi anda harus membayar sekiranya anda ingin menaiki sesuatu tunggangan atau mencuba sesuatu permainan. i-City terbahagi kepada 4 presint – City of Digital Lights, Snowalk, WaterWorld, dan FunWorld. Beberapa tarikan popular termasuk Tornado Ride, 3D dan muzium lilin, taman salji, roda ferris dan banyak lagi.

Waktu operasi:

Isnin – Jumaat: 10.00 pagi ke 12.00 tengah malam

Hujung minggu, Cuti Umum & Cuti Sekolah: 10.00 pagi ke 1.00 pagi

Lokasi: Jalan Multimedia, 7/AJ City Park, i-City, Shah Alam

Hubungi: 03-5521 8800

7) TAMAN TEMA BERJAYA TIMES SQUARE

Terletak di dalam pusat membeli-belah Berjaya Times Square, taman tema ini adalah taman tema tertutup terbesar di Kuala Lumpur. Ianya terbahagi kepada dua zon, Stesen Galaxy disediakan untuk orang dewasa, manakala Fantasy Garden direka untuk kanak-kanak. Galaxy Station yang khusus bagi mereka berumur 13 tahun ke atas menawarkan tujuh permainan yang sesuai merela yang gemar akan kelajuan dan mencari keseronokan – Roller coaster Supersonic Odyssey, Orbit Spinning, DNA Mixer, Ooort’s Express, Dizzy Izzy, Attack Space yang berayun dan Haunted Chamber. Fantasy Garden pula menawarkan 8 tunggangan yang sangat berwarna-warni dan menarik untuk kanak-kanak.

Waktu operasi:

Isnin – Jumaat: 12.00 tengah hari ke 10.00 malam

Hujung minggu, Sehari sebelum Cuti Umum, Cuti Umum & Cuti Sekolah: 11.00 pagi ke 9.00 malam

Lokasi: Berjaya Times Square Shopping Mall, 1 Jalan Imbi, Kuala Lumpur

Hubungi: 03-2117 3118

Bawalah anak-anak ke tempat-tempat ini untuk waktu keluarga yang menyeronokkan pada hujung minggu! Klik di sini untuk mengetahui “6 Tempat Pendidikan Yang Menyeronokkan di Kuala Lumpur”.