Anda ingin pergi berkhemah dan menikmati alam semula jadi bersama keluarga anda tetapi memikirkan persediaan yang harus dilakukan untuk pencutian tersebut pun sudah menjadi mimpi ngeri.Pertama sekali, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai semua peralatan perkhemahan yang diperlukan (inilah termasuk khemah, pemetik api dan lain-lain). Keduanya, anda juga harus memastikan bekalan buat dapur kem anda seperti makanan, peralatan memasak dan beg sampah cukup. Paling penting, anda juga perlu memastikan bahawa anak-anak kecil anda berseronok dengan percutian ini, maka anda juga mungkin perlu merancang beberapa permainan atau aktiviti. 

Syukurlah, kini ibu bapa mempunyai ‘glamping’ sebagai alternatif kepada berkhemah. Mungkin alternatif ini sedikit mahal, namun sekiranya anda mahu berehat sambil menikmati alam semula jadi bersama keluarga tanpa terlalu banyak berfikir, mungkin ini sesuatu yang boleh anda pertimbangkan. 

Glamping (kata nama): Sejenis perkemahan dengan penginapan dan kemudahan yang lebih mewah daripada perkhemahan biasa.

 

The Sticks, Fraser’s Hill

Tempat penginapan The Sticks

Beberapa orang berseronok dengan permainan papan

Sumber: The Sticks

Jika anda tidak pernah mengalami pengalaman tinggal di ‘tendok’ (hibrid di antara pondok dan khemah) sebelum ini, maka anda mungkin ingin melawat The Sticks. Di sini, anda tidak perlu khuatir akan bagaimana untuk menyediakan makanan mahupun perlu membawa bekalan makan dari rumah kerana semuanya sudahpun tersedia. Bagi si kecil yang berumur kurang dari 2 tahun, makanan juga percuma! Tapak eko-glamping ini juga mempunyai banyak aktiviti yang boleh anda cuba. Sukakan aktiviti lasak? Mungkin anda boleh sertai aktiviti trekking hutan, parasailing atau aktiviti arung jeram mereka. Sekiranya anda lebih gemar berehat, mungkin anda boleh bersenang lenang di tendok sambil bermain papan permainan yang ada di sana. 

Lokasi: Lot 213 Jalan KKB, Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Harga bermula dari: RM206 seorang.

Laman web: The Sticks

 

Tadom Hill Resorts, Bukit Tadom

Buaian di Tadom Hills Resort

Sumber: Tadom Hills Resort

Meliputi hampir 40 ekar bukit batu, tasik dan pokok, Tadom Hill Resort mungkin salah satu pilihan yang paling popular untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota. Terkenal dengan aktiviti darat dan airnya, anda boleh memilih untuk menaiki ATV, Tarzan Swings, memanah dan banyak lagi. Yang paling penting, bagi aktiviti air, anda akan disediakan dengan jaket hayat dan akan sentiasa diperhatikan oleh penyelamat. Maka, anda tidak perlu terlalu risau mengenai keselamatan. Di Tadom Hills Resorts, anda boleh mempelajari tentang warisan Orang Asli Tadom serta budaya buluh mereka. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang warisan Temuan, jangan segan untuk mendekati kakitangan di resort ini untuk bertanya kepada mereka mengenainya.

Lokasi: Tadom Hill Resorts, No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Harga bermula dari: RM206 seorang. 

Laman web: Tadom Hill Resorts

 

Lost World Glamping, Ipoh

Keluarga berseronok di luar khemah yang terletak dalam kalangan hutan

Sumber: Lost World Glamping

Sudahpun bosan dengan pengalaman hotel 1 hingga 5 bintang? Apa kata anda cuba pengalaman hotel 5 bilion bintang pula? Di Lost World Glamping, anda bukan saja dapat tidur sambil menikmati pemandangan batu kapur yang berusia 400 juta tahun, pakej anda juga akan termasuk akses 2 hari ke taman tema Lost World Of Tambun, akses kepada Lost World Hot Springs Night Park, dan sarapan pagi di Taman Terrace (untuk setiap orang). 

Lokas: Glamping at Tambun Lost World, 31400, Ipoh, Perak

Harga bermula dari: RM207 (untuk kanak-kanak), RM215 (untuk dewasa)

Laman web: Lost World Glamping

 

Tiarasa Escapes, Janda Baik

Tempat penginapan Tiarasca Escapes

Sumber: Tiarasa Escapes

Rumah pokokSumber: Packist.com

Dengan 20 khemah gaya safari yang unik dan 5 rumah pokok dihiasai dengan katil elegan serta aksesori bertemakan Borneo, tidak terlalu berlebihan untuk mengatakan bahawa Tiarasa Escapes semestinya tapak glamping yang mewah. Hanya 45 minit dari KL, terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan oleh ahli keluarga anda di sini. Anda boleh memerhatikan burung liar sambil berjalan kaki di laluan yang ditetapkan, mengamati bintang di langit dengan menggunakan teleskop Celestron, atau tanam dan namakan herba anda sendiri di Tiarasa Escapes!

Lokasi: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Harga bermula dari: RM990 semalam

Laman web: Tiarasa Escapes

 

Sailor’s Rest, Janda Baik

Kapal berapung di tasik

 

Khemah penginapan yang mengandungi tilam dan kipas

Sumber: Sailor’s Rest

Terletak 600 meter di atas paras laut, percutian ke Sailor’s Rest adalah yang terbaik bagi mereka mahukan cuaca yang segar dan dingin. Anda boleh membawa anak-anak anda berenang di sungai, ke kebun untuk memakan buah-buahan seperti manggis dan durian, dan sekiranya anda mahukan sesuatu yang sedikit mencabar kesabaran, bawa mereka untuk memancing! Terdapat 7 pilihan tempat penginapan yang anda boleh pilih. Antaranya ialah banglo, boathouse, chalet atau khemah-khemah glamping seperti gambar di atas. Menariknya, Sailor’s Rest juga menyediakan ruang surau terbuka di tasik untuk orang Islam yang ingin melaksanakan solat berjemaah dikelilingi kehijauan alam. 

Lokasi: Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Harga bermula dari: RM30 (kanak-kanak berumur 3-5 tahun), RM75 ( kanak-kanak 6-12 years), RM95 (dewasa)

Laman web: Sailor’s Rest

 

Tanah Aina Fahad, Raub

Beberapa orang sedang berehat di dalam khemah yang panjang

 

Beberapa orang seadang berehat di luar khemah pengninapan di bawah pondok

Sumber: Tanah Aina Fahad

Kaya dengan landskap alam, Tanah Aina Fahad di Raub pastinya sempurna buat keluarga yang mencari percutian yang singkat dan tenang. Perkhemahan 8 hektar ini juga sangat dekat dengan anak sungai. Maka, anda akan tidur ditemani bunyi air sebagai dodoian anda. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, sekiranya anda bimbang untuk membawa mereka untuk bermandi di sungai,di sini juga terdapat kolam renang dengan air pancut sebagai pilihan yang lebih selamat.

Lokasi: Lot 1053, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang

Harga bermula dari: RM240 seorang.

Laman web: Tanah Aina Fahad

 

Sekiranya anda tertanya mengapa Jamapala Resort dan Sekeping Serendah tidak termasuk di dalam senarai ini, ini adalah kerana tempat-tempat tersebut lebih sesuai untuk dewasa. Memandangkan kanak-kanak lebih gemar melakukan aktiviti, tempat yang kita telah lihat di atas lebih sesuai dengan mereka. Namun jika anda sedang mencari tempat percutian romantik buat anda dan pasangan anda, dua lokasi glamping sudah bersedia menerima kedatangan anda