Sebagai ibu bapa, kita semua pernah mendengar tentang bagaimana pendedahan kepada teknologi pada usia muda boleh mempengaruhi daya kognitif, fizikal dan sosio-emosi seorang kanak-kanak. Ini boleh menjadi sesuatu yang amat merungsingkan bagi ibu bapa kerana kita juga tahu bahawa alatan elektronik ini juga sangat berguna dalam membantu perkembangan pembelajaran mereka. Di dalam era di mana anda boleh mempelajari ABC dari menyanyi bersama Didi and Friends, mengenal erti persahabatan dari menonton Boboiboy dan belajar cara mengira daripada menyelesaikan permainan interktif, sejauh manakah kita harus mengekang penggunaan teknologi anak kita? Berapa lamakan waktu skrin yang harus kita berikan kepada mereka? Yang penting sekali, pada umur berapakah kita boleh mula mendedahkan mereka kepada gajet? 

BACA : 8 saluran youtube yang baik buat anak anda

SEMESTINYA TIDAK BAGI KANAK-KANAK BAWAH DUA TAHUN

Menurut Akademi Pediatrik Amerika (AAP), seorang kanak-kanak di bawah umur 2 tahun tidak sepatutnya diperkenalkan kepada alat elektronik sama sekali, kerana ini akan mengganggu corak tidur mereka. Peranti elektronik seperti telefon bimbit dan tablet memancarkan lampu biru boleh mengurangkan hormon tidur dalam badan yang dipanggil melatonin. Oleh itu, pendedahan kepada peranti sedemikian mungkin memberi kesan kepada kitaran tidur bayi sedangkan  bayi di bawah 18 bulan biasanya memerlukan 13-15 jam untuk tidur setiap hari.

Pada usia ini, aktiviti kanak-kanak seharuslah lebih tertumpu kepada permainan di atas lantai yang interaktif dan masa bermain yang tidak berstruktur kerana aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang deria dan kreativiti mereka. Walau bagaimanapun, untuk ibu bapa yang tinggal jauh dari bayi anda, jangan risau. AAP menyatakan bahawa panggilan video dengan bayi di bawah 18 bulan tidaklah memudaratkan bagi mereka kerana aktiviti ini menggalakkan yang berkualiti dengan orang yang disayangi.

TONTON BERSAMA ANAK KECIL ANDA

“Tonton bersama” ialah satu aktiviti di mana anda menonton video dengan anak anda. Aktiviti ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu memperkenalkan alatan elektronik kepada anak anda apabila mereka mencecah usia 18 bulan. Melalui tonton bersama, ibu bapa boleh bertanyakan beberapa soalan untuk menguji pemahaman anak mereka dan menerangkan video kepada anak mereka andai kata mereka keliru. Malah, penyelidikan telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan pemahaman yang lebih baik dan memberi perhatian lebih kepada kandungan video apabila ibu bapa membimbing mereka menerusinya (Barr et al. 2008).

A study by Hopkins et al. (2013) found that these days, preschoolers are better at learning and navigating through electronic devices than books, demonstrating how early they are exposed to technology. While this doesn’t necessarily equate to bad parenting, it is also imperative for parents to ensure that the contents that their children are watching are of high-quality and can impart knowledge and morale, not just a random auto-play on the net. For those below 5 years old, best to restrict their screen use to only an hour a day. 

Kajian oleh Hopkins et al. (2013) mendapati bahawa hari ini, kanak-kanak prasekolah lebih terbiasa dengan peranti elektronik berbanding buku, sekaligus menunjukkan betapa awalnya pendedahan mereka terhadap item tersebut. Namun ini bukanlah bererti cara keibubapaan tersebut tidak bagus, cuma yang penting adalah untuk ibu bapa memastikan bahawa kandungan yang dilihat oleh anak-anak berkualiti, memberi pengetahuan dan bernilai moral, bukannya hanya video rawak di internet. Bagi kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun, terbaik untuk anda membataskan penggunaan skrin mereka hanya untuk satu jam sehari

TETAPKAN HAD BAGI ANAK-ANAK DI SEKOLAH RENDAH

Apabila CyberSecurity Malaysia (CSM) menjalankan kaji selidik mengenai pemilikan media sosial di lebih daripada 8,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, hasilnya mengejutkan. Kira-kira 50 peratus kanak-kanak berusia antara tujuh dan sembilan mengaku mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media sosial.

Sama seperti orang dewasa, anak-anak kini juga menggunakan teknologi untuk berhubung dengan dunia luar, untuk mengekspresikan diri mereka, sebagai alat bantuan untuk belajar, dan sebagai cara untuk mengetahui tentang dunia semasa. Oleh itui, tidak adil sekiranya kita menyekat penggunaan teknlogi sepenuhnya kerana anak-anak ini perlu tahu bagaimana untuk mengendalikan peranti teknologi demi menempuh cabaran era digital kelak. Apa yang anda boleh lakukan sebagai ibu bapa ialah mengajar mereka cara menggunakan peranti mereka serta Internet dengan selamat.

Baca: Keibubapaan Zaman Digital

Mulakan dengan menetapkan apa yang anak anda boleh lakukan dan tidak boleh lakukan, perkenalkan  mereka kepada kandungan pendidikan dan jelaskan kepada mereka mengenai privasi serta keselamatan. Kanak-kanak harus dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang mereka ingin kongsikan di Internet seperti tidak menulis komentar negatif atau berbaur diskriminasi terhadap orang lain dalam talian. Mereka juga harus mengelakkan dari berkongsi  apa-apa maklumat diri yang boleh membahayakan diri mereka dan orang lain. Anak-anak harus diberitahu bahawa terdapat pemangsa di luar sana maka mereka tidak sepatutnya mempercayai semua orang yang mereka kenali di Internet.

Learn how to set parental control on your child’s devices and set guideline for timings and days for when the child can use his devices. If they do not adhere to this, then you can take their devices away as a way of disciplining them.

Sumber: MCMC dan CyberSecurity Malaysia

BERIKAN LEBIH KEBEBASAN KEPADA ANAK REMAJA

Remaja zaman kini, yang juga dikenali sebagai warga natif digital mungkin lebih pakar daripada dalam perihal teknologi. Maka tidak masuk akal lah sekiranya anda ingin duduk di sebelah mereka sepanjang masa untuk memerhatikan mereka. Anda telah mengajar mereka segala asas yang diperlukan, bukan? Oleh itu berilah mereka sedikit kebebasan untuk meneroka Internet. Cuma mungkin kadang kala periksalah tujuan mereka menggunakan Internet. Mungkin anda boleh bersembang secara kasual dengan mereka, tanyakan apa yang mereka pelajari atau ketahui hari tersebut dan minta mereka kongsikan dengan anda. Mana tahu mereka dapat mengajar anda sesuatu yang baru?

Sebagai ibu bapa, kita juga harus memahami bahawa Internet ialah satu ruang yang sangat besar, dan anak anda mungkin tersesat dan terjumpa beberapa kandungan yang tidak sesuai bagi mereka seperti pornografi dan video ganas. Percayalah, kemungkinan besar mereka tidak akan memberitahu anda mengenainya. Tetapi, sekiranya anda mereka berkongsi dengan anda tentang penemuan mereka, atau anda tertangkap mereka menyaksikannya, usahlah terus melenting. Daripada “menerkam” anak anda, cuba selesaikannya secara tenang. Ingatkan mereka bahawa dengan kepercayaan datang tanggungjawab. Jika mereka tidak boleh menggunakan kebebasan yang diberikan kepada mereka dengan penuh tanggungjawab, maka anda sebagai orang tua mereka berhak untuk menarik balik apa yang anda berikan kepada mereka. Dengan cara ini, anak anda akan memahami anda dengan lebih baik dan lebih cenderung untuk tidak mengulangi kesalahan itu lagi.

Baca: Keibubapaan Helikopter – Baik atau buruk buat anak anda. 

Demi memastikan anak-anak kita sentiasa peka dengan maklumat baru dan dapat terus terus berhubung dengan orang lain, yang terbaik adalah untuk mendidik  anak anda menggunakan peranti mereka secara optimum. Pendedahan terlalu banyak mahupun terlalu sedikit kedua-duanya boleh membawa kesan buruk. Jadi sekarang ibu bapa, terserah anda untuk memutuskan apa yang terbaik untuk anak-anak anda.