Pernahkah anda mendengar kata-kata terkenal “Sarapan pagi adalah hidangan yang paling penting. Ayat ini dikatakan oleh Dr. John Harvey Kellogg, pencipta bersama bijirin kepingan. Sarapan adalah penting kerana ia adalah salah satu cara yang terbaik untuk membolehkan badan kita mengisi keperluannya. Meninggalkan sarapan boleh mengakibatkan penurunan prestasi di sekolah, kerana tanpa sarapan pagi, pelajar akan berasa letih, gelisah, atau marah. Hal ini kerana, mereka perlu mengisi tenaga mereka selepas tidak makan seharian ketika waktu tidur. Oleh itu, dengan sarapan pagi, kanak-kanak akan dapat memberi tumpuan dan menghafal dengan lebih baik agar dapat menghasilkan prestasi yang bagus. Selain itu, penyelidikan mendapati bahawa kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

 

Program Sarapan Sekolah

Setelah menyedari pentingnya sarapan pagi, Kementerian Pendidikan (MOE) telah memutuskan untuk melancarkan program yang dipanggil “Program Sarapan Sekolah” untuk semua pelajar sekolah rendah pada bulan Januari 2020. Sebelum ini, program yang sama telah dijalankan untuk beberapa tahun yang dinamakan sebagai “Rancangan Makanan Tambahan” (RMT) dimana mensasarkan kanak-kanak dari keluarga miskin. Program sarapan pagi percuma ini akan di kendalikan dengan cara yang sama seperti RMT dimana tujuannya adalah untuk menangani kekurangan nutrisi dan mencegah “kebuluran kelas” di mana kanak-kanak perlu belajar dengan perut kosong. Kementerian Pendidikan berkata “program ini bertujuan untuk menyediakan makanan berkhasiat mengikut nilai kalori dan diet yang seimbang bagi memastikan orang ramai mengamalkan sarapan pagi, gaya hidup sihat serta dapat merangsang pertumbuhan mereka”. Program ini telah diaplikasikan di sekolah-sekolah di Jepun bagi menggalakkan kesihatan yang baik untuk warga negara tersebut.

Galakkan anak anda makan sarapan pagi

Walaupun anda pernah mendengar bahawa sarapan pagi adalah penting, masih ramai di antara kita yang tidak mengambilnya terutama kanak-kanak. Anggaran sebanyak 40% kanak-kanak tidak mengambil sarapan pagi. Ini menunjukkan bahawa ramai ibu bapa di luar sana mendapati ini adalah satu cabaran dalam memastikan anak mereka makan sarapan pagi. Kanak-kanak sememangnya sangat memilih dan tidak dapat diramalkan dalam isu makanan. Anda tidak perlu bimbang sekiranya anak anda termasuk dalam golongan ini. Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu mereka berasa teruja untuk makan sarapan pagi.

 Makan bersama anak kecil anda

Ingat! Sekiranya anda tidak mahu anak anda meninggalkan sarapan pagi, maka anda juga perlu memastikan agar tidak meniggalkannya kerana kanak-kanak mengikut tingkah laku ibu bapa mereka. Oleh itu, sangat pentingnya untuk duduk dan menikmati sarapan pagi bersama anak anda. Menjadi contoh yang baik adalah cara yang terbaik untuk mempengaruhi tabiat anak anda. Anda perlu cuba untuk mengasingkan sedikit masa pada waktu pagi untuk seisi keluarga bersarapan bersama. Selain itu, makan bersama adalah lebih menyeronokkan daripada makan seorang diri. Ia bukan sahaja dapat memberikan contoh yang baik untuk anak anda, malah anda juga berpeluang untuk berbual dengan mereka sebelum menghadapi hari yang sibuk. Rutin pagi akan membantu kanak-kanak untuk membiasakan diri dengan sarapan pagi. Mereka akan mengambil sedikit masa untuk menerapkan rutin sarapan jika mereka masih belum terbiasa. Mereka tidak akan meninggalkan sarapan pagi lagi apabila mereka sudah terbiasa dengannya. Petua ini pasti akan berguna.

 

breakfast menarik

Jadi Kreatif

Kanak-kanak perlu mendapatkan sarapan pagi yang sihat bagi menyimpan dan meningkatkan tenaga mereka sepanjang hari. Sarapan pagi yang sihat mengandungi karbohidrat, protein, dan lemak. Apa yang anda boleh lakukan untuk memujuk mereka untuk makan makanan yang sihat ialah dengan mengaburi rasa makanan yang sihat tersebut. Anda boleh cuba memasukkan sayur-sayuran ke dalam makanan mereka. Sebagai contoh, campurkan lobak merah ke dalam kentang putar. Cuba fikirkan tentang cara untuk membuat sarapan kelihatan menarik ketika anda sedang menyediakannya. Anda boleh menggayakannya dengan pelbagai bentuk dan warna untuk menjadikannya lebih menarik. Sebagai contoh, anda boleh memotong roti bakar dengan pelbagai bentuk ataupun membuat sandwic dengan bentuk yang lucu.

 

budak lelaki memegang segelas susuSarapan ringan

Biasanya, kanak-kanak yang tidak terbiasa dengan rutin sarapan pagi akan menolak untuk mengambilnya kerana mereka tidak berasa lapar. Sarapan pagi yang berat atau banyak tidak dapat menarik mereka sekiranya mereka rasa tidak lapar. Apa yang boleh dilakukan ibu bapa adalah bermula dengan sarapan pagi yang ringan. Ibu bapa boleh mulakan dengan buah seperti pisang dan epal, smoothie sihat, susu, atau yoghurt. Makanan jenis ini dapat menarik mereka kerana ia sangat ringan dan mudah untuk dimakan. Anda tidak perlu bimbang tentang nutrien dalam makanan ini kerana makanan seperti ini dianggap sebagai makanan yang sihat.

Read: 7 Makanan “Super” Untuk Kanak-Kanak

 

kanak-kanak memasak

Libatkan mereka

Kanak-kanak lebih cenderung untuk makan makanan yang disediakan oleh diri mereka sendiri. Oleh itu, anda boleh meminta bantuan mereka dalam menyediakan makanan. Anda boleh memberi mereka tugas mudah seperti memilih bahan, menghias makanan, dan menuang susu ke dalam mangkuk bijirin mereka. Selain itu, anda juga boleh membawa mereka ke kedai untuk membeli barangan dapur. Anda boleh bertanyakan pendapat mereka tentang apakah makanan yang mereka mahukan. Beri peluang kepada mereka untuk memilih makanan mereka. Sebagai contoh, anda boleh menyuruh mereka untuk memilih di antara yogurt dan susu. Meminta mereka untuk membantu menyiapkan makanan akan dapat menarik minat mereka untuk makan.

Beberapa idea resepi makanan yang boleh digunakan bersama anak anda ada di sini.

Read: Resepi Mudah Untuk Dibuat Bersama Anak

Terdapat satu penyataan yang mengatakan mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang sihat dapat memberi manfaat kepada anda dan anda juga boleh menemui banyak faedahnya di internet. Pengambilan sarapan pagi adalah sangat penting untuk seseorang terutama bagi kanak-kanak yang memerlukan tenaga paling banyak kerana mereka sangat aktif pada siang hari. Menggalakkan anak anda untuk makan sarapan pagi tidak hanya membantu meningkatkan kesihatan mereka, malah ia juga dapat membantu anda!