Di dalam negara di mana majoriti penduduknya ialah Muslim, ianya tidaklah sesuatu yang terlalu memeranjatkan melihat lebih ramai ibu bapa moden menghantar anak mereka ke pra sekolah Islamik swasta. Kajian yang dilakukan oleh Dahari dan Ya (2011), mendapati bahawa 95.1% peserta Melayu Islam lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah pra Islam. Hal ini kerana, umum mempercayai bahawa asas agama yang baik sangat penting dalam membentuk anak mereka untuk menjadi seorang yang bersahsiah tinggi dewasa kelak.
Barangkali apa yang paling membimbangkan ibu bapa dalam memutuskan bahawa mereka patut menghantar anak mereka ke sekolah atau tidak adalah jika pra sekolah Islam lebih menumpukan kepada pendidikan Islam, tidak kepada aspek pembelajaran dan pertumbuhan yang lain. Hakikatnya, pra sekolah Islam sama sahaja dengan pra sekolah lain di luar sana, malah ada juga yang menggabungkan pendekatan seperti Montessori, dan Waldorf ke dalam kurikulum mereka, sekaligus memberikan keseimbangan rohani, kognitif dan fizikal kepada pembelajaran para pelajar, sejajar dengan apa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selain daripada subjek teras, antara subjek agama yang sering diterapkan termasuk sirah (i.e. kisah sejarah para nabi, selalunya dalam bentuk penceritaan), ibadah (i.e. solat, doa dan zikir), kajian Quran dan hafazan (i.e. penghafalan surah ringkas).
Sukatan Pelajaran dan Struktur Jadual Waktu
Pada asasnya, terdapat dua cara sukatan pelajaran dan jadual waktu boleh distrukturkan. Walaupun sesetengah sekolah mengintegrasikan subjek agama mereka dengan subjek teras dalam satu, sesetengah yang lain lebih suka memisahkan di antara kelas agama dengan kelas teras. Biasanya pra sekolah yang memutuskan untuk memisahkan kedua kelas ini akan menjalankan kelas teras kelas teras pada sesi pagi dan semua kelas agama pada sesi petang.
Tidak kira strukturnya, pra sekolah Islam berfungsi sebagai pilihan yang baik untuk ibu bapa yang mencari pusat sehenti untuk anak-anak mereka. Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke pra sekolah bukan Islamik, tetapi juga mahu anak kecil mereka untuk didedahkan kepada asas agama, sering kali perlu menghantar anak-anak mereka ke kelas agama yang berasingan atau mengupah guru agama persendirian ke rumah mereka pada waktu petang.
Sekiranya kanak-kanak sudahpun belajar ini di pra sekolah Islam, ibu bapa dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Mereka tidak perlu mengambil anak mereka pada waktu petang kemudian menghantar mereka ke kelas lain selepas itu. Kadang-kadang, ia sebenarnya jauh lebih murah untuk menghantar anak-anak anda ke sekolah pra sekolah Islam berbanding dengan menghantar mereka ke dua kelas berasingan.
Bahasa Penghantar
Bahasa yang digunakan dalam pra sekolah Islam berbeza antara satu sama lain bergantung kepada demografik dan kawasan geografi yang terletak di. Sesetengah pra sekolah diajar dalam bahasa Melayu, manakala yang lain dalam bahasa Inggeris.
Walaubagaimanapun, kini lebih banyak pra sekolah Islam swasta menggunkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka. Oleh itu, anda tidak perlu risau yang anak anda akan ketinggalan dalam mempelajari lingua franca dunia itu. Sesetengah sekolah juga mengajar asas bahasa Arab kepada kanak-kanak.
Adakah Ianya Terlalu Islamik?
Sumber: Little Caliph
Islam dalam terasnya mempromosikan konsep ‘Wasatiyyah’ atau ‘kesederhanaan dalam setiap perkara’. Oleh itu, dalam menjawab soalan sama ada pra sekolah Islam terlalu Islam atau tidak, adalah selamat untuk dikatakan bahawa pra sekolah Islam sepatutnya menyediakan pembelajaran yang sihat dan seimbang kepada pelajarnya, sama sahaja seperti pra sekolah lain. Selain subjek agama sebagai tambahan, boleh dikatakan tidak terdapat banyak perbezaan di antara pra sekolah Islamik dengan yang lain.
Kesimpulannya, pra sekolah Islam boleh dikatakan sebagai pilihan terbaik bagi ibu bapa yang ingin memastikan bahawa anak-anak mereka tidak hanya dipersediakan dengan kemahiran akademik yang penting untuk kehidupan masa depan mereka, tetapi juga pengetahuan agama untuk menjadikan mereka Muslim yang lebih baik .