Ketika membesar, ibubapa akan meminta saya untuk menutup mata atau menukar saluran apabila ada adegan berciuman pada televisyen. Apakah sebabnya? Saya yang berumur 8 tahun ketika itu pun tidak pasti. Tidak pernah ada sesiapa pernah menjelaskan mengapa ianya sesuatu yang tidak patut dilihat. Perihal seks lagilah tidak pernah dibincangkan di rumah.
Sejujurnya, saya hanya menerima “pengenalan formal kepada pendidikan seks” pada umur 15 melalui kelas sains. Bab empat lah bab yang paling ditunggu-tunggu kerana topik seks dan peranakan akhirnya bakal dikupas. Sebagai remaja, sudah tentu kami teruja untuk mempelajari perkara-perkara baru tetapi kebanyakan maklumat yang terkandung dalam topik tersebut hanyalah mengenai biologi semata-mata.
Jika mereka tidak mampu mendapatkan maklumat daripada anda, mereka boleh merujuk kepada media. Walaubagaimanapun, semata-semata bergantung pada internet, majalah dan televisyen adalah berbahaya kerana pelbagai ilustrasi yang buruk mengenai jantina dan seks sering disebarkan daripada sumber-sumber tersebut. Oleh itu, alternatifnya adalah kami perlu mewujudkan satu pelan pendidikan komprehensif yang mampu memastikan remaja akan lebih berpengetahuan tentang isu-isu seks dan jantina.
Sayangnya, apabila isu pendidikan seks menimbul, ia menjadi perdebatan yang hangat, terutamanya di Malaysia. Konotasi sosial negatif yang megelilingi isu ini sangata menonjol dan ramai orang berpendapat bahawa penganjuran pendidikan sek (terutamanya di sekolah) adalah sama dengan menggalakkan belia untuk melibatkan diri dalam perbuatan seksual dan menjadi lebih rambang walaupun ia sebenarnya bukannya sebegitu. Ini adalah sebab negara yang mempunyai kehamilan remaja terendah seperti Itali, Jerman dan Switzerland mengamalkan pendidikan seks yang komprehensif dengan pengikitirafan United Nation sebagai hak asasi manusia.
Pendidkan seks yang komprehensif mengajar golongan belia bukan hanya tentang perkembangan tubuh badan manusia tetapi juga membahas topik peranan dan identiti jantina, kesihatan seksual, persetujuan, pantang-larang dan juga hubungan. Ia juga mengajar remaja tentang isu sosial, apa yang harus dilakukan jika dirogol, mitos seks, bagaimana seksualiti dipaparkan di dalam media, di mana mereka boleh mendapatkan bantuan dan lain-lain, akhirnya mewujudkan tempat selamat di mana mereka boleh bertanya tentang soalan mengenai perkara yang berkaitan dengan seks.
Dalam negara yang konservatif, ramai di antara kita mengikuti pandangan ‘menahan diri sehingga berkahwin’ yang mempunyai idea bahawa seks sebelum kahwin adalah satu masalah sosial kerana ia salah secara moral. Ia sama seperti agama lain. Walaubagaimanapun, penahanan maklumat tentang kontraseptif dan seks secara umum tidak akan menyelesaikan masalah tersebut. Sebaliknya, ia meningkatkan risiko remaja menjangkiti penyakit kelamin, gangguan seksual dan kehamilan yang tidak dirancang.
Menurut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih daripada 530,000 kanak-kanak yang dilahirkan sebelum nikah dari tahun 2005 ke 2015. Ini bermaksud lebih daripada setengah juta kanak-kanak adalah anak yang tidak sah. Statistik ini akan lebih tinggi jika kanak-kanak yang tidak didaftarkan dan bayi yang dibuang diambil kira.
Ini betul-betul sedih. Kebanyakan ibu muda akhirnya membuangkan bayi mereka di tempat-tempat yang tidak dapat dibayangkan kerana terlalu taku manakala sesetengah orang lain menghadapi pengguguran kerana tahu bahawa tidak ada alternatif yang lain untuk kehamilan mereka yang tidak dirancang. Terlalu ramai kanak-kanak yang tidak bersalah kehilangan tempat tinggal dan ada juga yang kehilangan nyawa juga oleh sebab ibubapa muda mereka yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan atau tidak tahu di mana mereka boleh mendapatkan bantuan dan sokongan.
Adalah penting untuk memahami bahawa kami bukannya menganjurkan percambahan seks bebas dalam apa cara sekalipun, tetapi anak-anak harus dimaklumkan tentang perkara ini. Lebih ramai ibubapa telah bermula bersikap terbuka dan membincangkan isu yang berkaitan dengan seks dengan anak mereka. Walaupun begitu, Malaysia masih perlu bekerja keras untuk mewujudkan persekitaran dan ruang yang selamat di mana anak-anak boleh selesa berbual-bual tentang kembimbangan, bertanya soalan dan belajar tentang seks dan jantina.
Dengan menyatakan demikian, saya menasihati ibubapa supaya bermula memberikan pendidikan seksual kepada anak anda di rumah sebelum mereka mula bercinta. Ia bukannya senang biar selamat daripada sesal. Baca artikel ini untuk mengetahui lebih banyak petua tentang apa yang harus anda lakukan apabila anak anda mula bercinta.