EduReviews Blog

Kurikulum Antarabangsa di Malaysia (Bahagian 2)

Di dalam bahagian 1, kita telah mempelajari tentang kurikulum British, Amerika dan Australia. Di dalam bahagian 2 ini pula, kami ingin menerangkan sukatan pelajaran International Baccalaureate (dari Switzerland) dan Canadian Ontario. Mari mulakan!

KURIKULUM INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IB) 

Mulanya diwujudkan pada tahun 1968 oleh Organisasi International Baccalaureate sebagai yayasan tidak berasaskan keuntungan, program ini telah menjadi salah satu kurikulum yang paling digunakapakai di dalam dunia pendidikan. Dengan lebih daripada 4,700 sekolah IB di seluruh dunia dan kira-kira 800 di Asia sendiri, program tersebut memberikan fokus kepada pembangunan pelajar holistik yang berfikiran antarabangsa dan memahami peranan mereka sebagai ahli komuniti dan penjaga planet ini.

Bagi semua peringkat, IB menggunakan cara antara disiplin sebagai satu kaedah untuk mengajar pelajar bagaimana untuk menghubungkan dan menggunakan konsep yang dipelajari di dalam kelas untuk menyelesaikan masalah semasa. Dalam usaha untuk mencapai misi ini, IB World Schools menggalakkan pelajarnya untuk mempunyai 10 atribut berikut: penyelidik, berpengetahuan, pemikir, komunikator, berprinsip, berfikiran terbuka, penyayang, pengambil risiko, seimbang dan reflektif.

Terdapat 4 peringkat dalam program IB iaitu Primary Years Programme (PYP), Middle Years Programme (MYP), Diploma Programme dan Career-Related Programme. PYP adalah untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun, MYP adalah untuk mereka yang berumur 11 hingga 16 tahun manakala Diploma Programme dan Career-related programmes adalah untuk pelajar yang berumur 16 hingga 19 tahun.

RINGKASAN

KEBAIKAN KEBURUKAN
  • Pendekatan holistik, menekankan penggunaan pengetahuan dan bukannya hanya belajar melalui penghafalan
  • Fokus untuk membangunkan kemahiran peribadi yang diperlukan untuk kehidupan selepas sekolah, bukan hanya untuk pencapaian akademik
  • Skor peperiksaan akhir adalah 75% daripada gred keseluruhan manakala tafsiran dalaman dan kerja kursus adalah 25%
  • Mungkin tidak sesuai bagi setiap pelajar kerana tahap disiplin diri tinggi diperlukan untuk belajar bersendirian dan menguruskan beban tugasan yang banyak
  • Mungkin susah untuk mencari tutor peribadi untuk latihan tambahan
  • Peperiksaan akhir diambil pada akhir tahun kedua program IBDP yang boleh menjadi susah kerana ia menguji pengetahuan yang dipelajari selama 2 tahun.
  • Menghala kepada IBDP yang mengambil masa 2 tahun, tidak sesuai untuk pelajar yang inginkan program pra-universiti yang lebih cepat.

ADAKAH IA SESUAI UNTUK ANDA?

Kurikulum IB lebih sesuai untuk pelajar jenis cemerlang dalam setiap aspek yang berminat untuk mencapai prestasi cemerlang dalam beberapa bidang berbeza. Struktur IB tidak membenarkan anda melarikan diri daripada subjek yang anda tidak sukai ataupun lemah. Oleh kerana beban kerjanya yang berat, IB lebih sesuai untuk pelajar yang bermotivasi, berdisiplin dan mempunyai etika kerja yang tinggi.

 

KURIKULUM CANADIAN ONTARIO 

Kurikulum Canadian Ontario adalah di antara pendidikan terbaik di seluruh dunia disebabkan modelnya yang memastikan pelajarnya memahami asas-asas literasi dan numerasi, terutamanya pada peringkat rendah. Malah, dalam Worldwide Educating for The Future Index, Canada ditempat kedua di dunia dari segi menyediakan pelajarnya untuk masa hadapan.

Enam nilai teras Kurikulum Canadian Ontario adalah pendidikan watak, kewarganegaraan, komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kolaborasi serta kreativiti dan imaginasi.

Kurikulum Ontario dibahagikan kepada tiga peringkat utama: tadika, kurikulum rendah dan kurikulum menengah. Setelah tamat sekolah menengah, pelajar akan berpeluang untuk melanjutkan Canadian International Matriculation Programme (CIMP) atau Canadian Pre-University Programme (CPU).

 


RINGKASAN

KEBAIKAN KEBURUKAN
  • Hanya Sunway International School mempunyai lesen daripada Kementerian Pendidikan Ontario untuk memberikan kredit yang membawa ke Diploma Sekolah Menengah Ontario.
  • Skor peperiksaan akhir adalah 30% daripada gred keseluruhan manakala taksiran dalaman dan kerja kursus menyumbang kepada 70%. Cara penaksiran ini meringankan beban untuk belajar untuk peperiksaan akhir tahun.
  • Mungkin susah untuk mencari  tutor persendirian untuk latihan tambahan. Sunway International School adalah satu-satunya sekolah yang menawarkan kurikulum ini di Malaysia.
  • Akreditasi tidak seberapa diiktiraf di peringkat global berbanding dengan kurikulum British dan IB.

ADAKAH IA SESUAI UNTUK ANDA?

Program tersebut lebih sesuai untuk pelajar yang ingin melanjutkan pembelajaran di Canada atau Amerika.

Kini, kita telahpun mengetahui tentang semua kurikulum utama untuk sekolah antarabangsa di Malaysia. Kami berharap agar artikel ini mampu membantu anda memilih sekolah yang terbaik untuk anak anda. Ingat, pertimbangkanlah semua pilihan berdasarkan senarai semak yang diberikan dalam artikel sebelumnya “Sekolah Antarabangsa 101: Segala Yang Anda Perlu Tahu” sebelum membuat keputusan!

Jika anda terlepas Bahagian 1 kepada artikel ini, sila klik di sini! Jangan lupa mengenalpasti pendapat orang lain tentang sekolah-sekolah yang anda mungkin minati di Edu Reviews dan semoga berjaya!