Ibubapa biasanya bimbang apabila anak mereka dibuli di sekolah. Tetapi, bagaimanakah jika apa yang terjadi ialah sebaliknya? Bagaimanakah jika anak anda adalah si pembuli? Terdapat beberapa sebab kanak-kanak menjadi boleh menjadi seorang pembuli. Mereka mungkin hanya inginkan kuasa dan kawalan atau berasa kekurangan maka mereka memilih untuk membuli orang lain. Punca kedua ini biasanya terjadi kepada kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa buli sebelum ini. Kerana mereka pernah dibuli, mereka merasakan bahawa ianya tidak adil maka mereka juga ingin membuli sebagai satu cara membalas dendam. Mereka melepaskan kemarahan mereka dengan cara membuli adik mereka atau kanak-kanak yang lebih lemah. Walaubagaimanapun, terdapat juga sekelompok kanak-kanak yang ingin tahu lebih tentang perbuatan buli setelah mempelajari perkara tersebut dari media, televisyen, atau kanak-kanak lain di sekolah tanpa mengetahui bahawa ia merupakan perlakuan yang salah.
Jika anda tidak pasti sama ada anak anda adalah seorang pembuli dan ingin mengelak daripada menuduh mereka secara melulu, perhatikan tanda-tanda amaran berikut sebelum menegur mereka.
TANDA #1: IMPULSIF DAN CEPAT MARAH
Masalah tingkah laku seperti panas baran, impulsif, mudah kecewa, sering ingin bergaduh dan kekurangan empati terhadap orang lain mempunyai kaitan yang lebih tinggi dengan perbuatan buli. Walaupun seorang yang impulsif dan cepat marah mungkin tidak bermakna anak anda seorang pembuli, tetapi ia mampu menjadi faktor yang memulakan perbuatan buli.
TANDA #2: INGIN MENJADI DOMINAN DAN MEMPUNYAI KUASA TERHADAP ORANG LAIN
Keinginan untuk menjadi dominan terhadap orang lain untuk mendapatkan status sosial dan menjadi popular adalah salah satu ciri utama seorang pembuli. Jika anak anda bertindak seperti ini terhadap adik-beradik mereka dan juga anda di rumah, mereka berkemungkinan mempunyai perangai yang sama dengan kawan-kawan di sekolah.
TANDA #3: MEREKA MEMPUNYAI KAWAN YANG BERSIKAP AGRESIF
Kebanyakan kanak pembuli tidak mempunyai ramai kawan. Mereka sering dilihat bersama sekumpulan kawan yang besar atau kumpulan yang lebih kecil tetapi rapat. Perhatikan kawan-kawan anak anda jika mereka bersikap agresif atau dominan terhadap kanak-kanak lain.
TANDA #4: PANDAI BERCAKAP DAN MENYALAHKAN ORANG LAIN
Untuk menerima pujian sememangnya mudah, tetapi untuk mengaku akan kesalahan diri sendiri mungkin tidak. Dengan menggunakan teori yang sama, pembuli selalunya tidak mahu bertanggungjawab atau mengaku bahawa mereka bersalah. Sebaliknya, mereka akan menyalahkan orang lain ataupun membuli orang lain sehingga mereka yang dibuli ini mengaku bersalah walaupun bukan itu salah mereka.
TANDA #5: BERTINDAK POSITIF TERHADAP TINGKAH LAKU BULI
Sekiranya ternampak anak anda bertindak positif atau suka menonoton keganasan dalam televisyen atau filem, anda perlu berhati-hati. Walaupun ianya hanya melibatkan pergaduhan dalam filem kartun. Salah satu tanda pembuli yang paling jelas adalah sekiranya anak anda menyokong dan mengiyakan cara kawan mereka menyelesaikan konflik melalui pergaduhan.
TANDA #6: MEREKA BERTINDAK SECARA AGRESIF TERHADAP ADIK-BERADIK DAN KANAK-KANAK LAIN
“Mengacau” kanak-kanak lain masih boleh dimaafkan sekiranya anda memahami konteks pergaduhan tersebut dan mendapat penjelasan daripada anak anda. Walaubagaimanapun, jika anak anda sering terlibat dengan masalah di sekolah atau rumah, tindakan segera harus diambil.
TANDA #7: TIDAK SENSITIF KEPADA KEPERLUAN ORANG LAIN
Tidak sensitif, mementingkan diri sendiri dan tidak mempunyai empati terhadap orang lain adalah beberapa faktor yang menyebabkan buli berlaku. Mereka yang mempunyai ciri tersebut tidak semestinya membuli, tetapi ia adalah baik untuk mencegah perkara tersebut sebelum ia bermula.
TANDA #8: MEREKA TINGGAL DI DALAM RUMAH YANG MEMPUNYAI KEGANASAN
Kanak-kanak pandai meniru. Dan selalunya, tingkah laku mereka dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat. Oleh itu, bayangkanlah jika anak anda tinggal di dalam rumah di mana keganasan sering berlaku. Mereka lebih cenderung untuk menjadi mudah marah dan bertindak secara ganas dalam sesuatu keadaan walaupun perkara tersebut boleh diselesaikan dengan cara baik.
TANDA #9: MEREKA MELUANGKAN BANYAK MASA DI LAMAN WEB
Dengan peningkatan buli siber, ibubapa harus berhati-hati dengan aktiviti anak mereka ketika mereka menggunakan laman sosial. Cuba awasi aktiviti mereka atau cadangkan untuk mereka berkongsi apa yang mereka sedang melakukan di laman web. Sekiranya anak anda enggan, perhatikan emosi dan reaksi mereka ketika menggunakan gajet mereka.
TANDA #10: MEREKA TIDAK BERTOLERANSI TERHADAP KANAK-KANAK YANG BERBEZA
Sekiranya anak anda seringkali susah menerima dan enggan berkawan dengan kanak-kanak yang berbeza daripada mereka, ibubapa harus berhati-hati kerana mereka mungkin akan terlibat dalam perbuatan membuli, mengejek atau mengganggu kanak-kanak berbeza tersebut.
TANDA #11: MEREKA BERASA SUSAH UNTUK TIDUR
Walaupun mangsa buli ada kecenderungan tinggi untuk sukar tidur, pembuli akan turut mengalami perkara yang sama juga. Jika anak-anak tidak mendapat rehat yang sewajarnya, emosi dan keupayaan mereka untuk membuat keputusan akan terjejas. Beri perhatian jika anak anda sering mengantuk disiang hari atau sering terlelap di dalam kelas.
TANDA #12: MEREKA PERNAH DIBULI
Sekiranya anak anda pernah menjadi mangsa buli sebelum ini, jangan hairan jika mereka pula yang menjadi pembuli. Perhatikan mereka kerana mangsa buli akan lebih cenderung untuk melepaskan geram terhadap kanak-kanak lain untuk merasa mereka mempunyai kawalan terhadap hidup mereka.
Anak anda tidak semestinya merupakan seorang pembuli walaupun mempunyai ciri-ciri yang telah disenaraikan di atas. Perkara di atas hanyalah adalah tanda-tanda amaran dan kemungkinan yang perlu anda perhatikan supaya anda tidak terjebak dalam gejala buli. Sekiranya anda mengesyaki anak anda adalah seorang pembuli, apakah yang akan anda lakukan? Sila baca artikel kami yang bertajuk “Anak saya ialah pembuli! Apakah yang perlu saya lakukan?”. Jika sebaliknya, sila baca artikel “12 tanda anak anda mungkin dibuli” dan “Apakah yang perlu dilakukan jika anak saya dibuli?”