EduReviews Blog

Senarai Sekolah Antarabangsa Yang Berhampiran Dengan Stesen LRT/MRT/BRT

Kehidupan di negara asing boleh menjadi pengalaman yang menakutkan. Sebagai ekspatriat, anda harus bersedia untuk menghadapi banyak masalah dan cabaran yang biasanya berlaku apabila anda berpindah ke negara lain bersama keluarga anda. Sebagai ibu bapa, anda akan mengalami masalah mencari sekolah yang sesuai bagi anak anda. Ia bukannya perkara yang senang kerana anda perlu bekerja, maka perkara seperti menghantar dan mengambil anak juga boleh memberikan tekanan. Oleh itu, penting untuk anda memikirkan secara teliti terlebih dahulu tentang lokasi sekolah dan jarak dari rumah. Artikel ini akan menyenaraikan beberapa sekolah antarabangsa yang terletak berhampiran dengan stesen Light Rail Transit (LRT) / Bus Rapid Transit (BRT) / Mass Rapid Transit (MRT) dan juga beberapa kediaman yang berdekatan.

 

SEKOLAH ANTARABANGSA SUNWAY BANDAR SUNWAY

Dengan hanya 10 minit berjalan kaki dari Stesen BRT Sun-U Monash, anda akan sampai ke Sekolah Antarabangsa Sunway yang terletak di bandar resort, Bandar Sunway di Petaling Jaya. Bandar Sunway merupakan salah satu bandar yang mempunyai segala-segalanya yang anda perlukan. Adalah mudah untuk berjalan-jalan di dalam bandar tersebut dan ia juga mempunyai pelbagai pilihan makanan dan hiburan serta akses yang mudah ke perkhidmatan kesihatan, perbankan dan tempat keagamaan.

Kediaman Berdekatan Untuk

Nadayu 28 Residences terletak 10 minit (jika anda berjalan kaki) dari Sekolah Antarabangsa Sunway. Kedudukan Universiti Sunway yang bersebelahan dengan sekolah ini menjadikannya kawasan yang selamat untuk anak anda berjalan kerana anda akan mendapati ramai juga pelajar universiti yang berjalan di kawasan tersebut.

Sunway Geo Residences terletak berhampiran dengan stesen BRT SunMed iaitu stesen seterusnya selepas stesen BRT Sun-U Monash. Ia akan mengambil masa 10 minit untuk berjalan ke Sunway Geo Residences dari stesen BRT.

Klik sini untuk maklumat lanjut tentang Sekolah Antarabangsa Sunway.

     

SEKOLAH PERSENDIRIAN & ANTARABANGSA SRI KDU

Sekolah Persendirian & Antarabangsa Sri KDU terletak 10 minit (berjalan kaki) dari stesen MRT Kota Damansara. Ia mempunyai akses mudah untuk perkhidmatan kesihatan serta pendidikan tinggi seperti Kolej dan Universiti SEGi terletak di sebelah sekolah antarabangsa tersebut.

Kediaman Berdekatan Untuk dipertimbangkan.

Cova Suites terletak 7 minit (berjalan kaki) dari Sekolah Persendirian dan Antarabangsa Sri KDU. Terdapat juga banyak kedai di hadapan apartmen termasuk Subway.

 

SEKOLAH ANTARABANGSA INSPIROS PUCHONG

Sekolah Antarabangsa Inspiros terletak di Puchong, sebuah bandar yang merupakan pusat bagi makanan enak!  Anda juga boleh berjalan di kawasan ini dengan menaiki LRT. Disekitar sekolah ini juga terdapat beberapa pusat membeli belah, pasar raya besar dan pasar raya Pelajar perlu berjalan kaki selama 10 minit dari LRT Pusat Bandar Puchong untuk sampai di Sekolah Antarabangsa Inspiros.

Kediaman Berdekatan Untuk dipertimbangkan

Trigon terletak betul-betul di sebelah SetiaWalk. Penduduk di Trigon boleh mencari makanan dan hiburan seperti pawagam di pusat membeli-belah SetiaWalk dengan mudah. Ia hanya memerlukan 10 minit untuk berjalan ke Bandar Puteri Puchong di mana terdapat berbagai-bagai jenis masakan.

 

SEKOLAH ANTARABANGSA JOHN’S

Sekolah Antarabangsa St. John’s terletak di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Pelajar boleh menaiki laluan LRT Sri Petaling untuk sampai di sekolah tersebut. Stesen LRT Masjid Jamek hanya berjarak 10 minit jika anda berjalan kaki dari sekolah tersebut.

Untuk penginapan, ibu bapa boleh memilih untuk menyewa di sepanjang laluan LRT. Laluan LRT Sri Petaling berhenti di beberapa tempat yang mempunyai kawasan perumahan seperti Bukit Jalil, Sri Petaling dan Puchong.

 

SEKOLAH ANTARABANGSA WESLEY METHODIST KUALA LUMPUR

Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist Kuala Lumpur terletak 10 minit dari stesen LRT Sentul jika anda berjalan kaki. Anda akan mempunyai akses mudah ke pasar raya besar, Mydin dan kemudahan kesihatan dan keagamaan.

Kediaman Berdekatan Untuk dipertimbangkan

Jarak kondominum tersebut adalah 15 minit dari Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist jika berjalan kaki. Terdapat juga restoran berdekatan maka ibu bapa dan kanak-kanak tidak perlu risau tentang makanan.

 

SEKOLAH ISLAM ANTARABANGSA SPECTRUM INTERNATIONAL KUALA LUMPUR

Sekolah Islam Antarabangsa Spectrum Kuala Lumpur terletak di Kuala Lumpur. Anda memerlukan 10 minit untuk berjalan kaki dari stesen LRT PWTC ke sekolah tersebut. Terdapat juga pusat membeli-belah dan hospital yang mudah diakses. Pusat membeli-belah Sunway Putra terletak bertentangan dengan Sekolah Antarabangsa Islam Spectrum.

Kediaman Berdekatan Untuk dipertimbangkan

Villa Puteri dan Regalia Suites terletak 10 minit jika berjalan kaki dari Sekolah Islam Antarabangsa. Ia terletak di belakang pusat membeli-belah Sunway Putra. Kedua-dua kediaman tersebut membolehkan anda untuk mencari makanan dan pasar raya besar dengan mudah.

 

SEKOLAH ANTARABANGSA SRI DASMESH

Sekolah Antarabangsa Sri Dasmesh terletak di Kuala Lumpur, di hadapan stesen LRT Kerinchi. Ia hanya memerlukan satu minit untuk berjalan dari sekolah ke stesen LRT Kerinchi.

Untuk penginapan, kami mengesyorkan anda untuk menyewa rumah yang berdekatan laluan LRT. Pelajar boleh menaiki laluan Kelana Jaya untuk sampai ke kawasan perumahan seperti Petaling Jaya dan Subang Jaya.

 

SEKOLAH ANTARABANGSA MAREFAT

Sekolah Antarabangsa Marefat terletak jarak 6 minit daripada stesen MRT 2 Sentul jika anda berjalan kaki. Anda akan menemui banyak masakan Melayu dan India di dalam kawasan ini. Pusat membeli-belah Sunway Putra terletak hanya 2.6km dari sekolah tersebut.

Kediaman Berdekatan Untuk dipertimbangkan

Jarak kondominium Rivercity dari sekolah tersebut adalah 14 minit jika berjalan kaki. Terdapat juga kedai-kedai yang berhampiran dengan kondominium tersebut yang menjual makanan Cina dan Barat.

 

Terdapat beberapa sekolah antarabangsa bagi anda pilih sekiranya anda datang ke Malaysia. Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang sekolah antarabangsa di Malaysia, anda boleh melayari laman web www.edureviews.com/my. Anda boleh membandingkan sekolah antarabangsa untuk mencari sekolah yang paling sesuai bagi anda atau anak anda di laman