Kanak-kanak ialah insan kecil yang ingin tahu mengenai semua perkara. Tidak kisahlah sebanyak manapun anda cuba menjauhkan mereka dari dapur, mereka akan sendiri yang akan masuk ke tempat tersebut untuk menerokanya. Jadi, apa kata anda bawa mereka ‘melawat’ dapur dan biarkan mereka mendapatkan sendiri pengalaman menjadi Masterchef Junior? Melalui cara itu, mereka akan lebih faham tentang bahaya di dapur dan belajar apa yang mereka patut dan tidak patut lakukan di kawasan tersebut. Dengan bimbingan anda, sudah tentu tiada masalah! Anda boleh bermula dengan resipi yang mudah untuk dibuat bersama anak anda sebelum mencuba resipi yang lebih rumit.
1. POPSIKEL BEKU
Sumber: Crystal Karges
Dengan hanya menggunakan satu resipi yang versatil, anda boleh membuat pelbagai perisa kegemaran anak anda. Anda boleh membeli jus kegemaran mereka atau jika anda menjadikannya lebih seronok, anda boleh bancuh jus buah anda sendiri mahupun campurkan yogurt sebagai asas popsikel anda. Ingat, anda memerlukan acuan popsikel yang boleh didapati di kebanyakan pasar raya! Kami telah memilih resipi yang sedikit rumit tetapi sihat yang boleh dilakukan bersama anak anda.
BAHAN
- 2 cawan beri pelbagai jenis (segar atau beku)
- 2 sudu of madu (boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera)
- 2 cawan yogurt Greek berperisa vanila
LANGKAH-LANGKAH
- Kisar buah beri sehingga hancur seperti smoothie.
- Tuangkan campuran beri ke dalam mangkuk besar dan tambahkan madu.
- Tuangkan yogurt perlahan-lahan ke dalam campuran beri dan rasa sedikit untuk mengetahui tahap kemanisan. Tambahkan madu jika perlu.
- Tuangkan campuran ke dalam acuan popsikel dan bekukan selama 6-8 jam atau untuk satu malam.
2. PISANG COKLAT
Sumber: Downshiftology
Tentunya salah satu resipi yang paling senang di dalam senarai ini, anda hanya perlu membantu anak anda mencairkan coklat dan membelah pisang kepada dua bahagian. Selain itu, anda hanya perlu pantau anak anda berseronok menghias pisang coklat.
BAHAN
- Pisang
- 1 cawan cip coklat atau bar coklat
- Topping pilihan – Kacang, buah kering, biji benih, mentega kacang, taburan gula-gula
LANGKAH-LANGKAH
- Kupas pisang anda, belahkannya kepada dua dan masukkan batang popsikel ke dalam bahagian yang telah dipotong.
- Letakkan pisang di atas kertas lilin dan bekukannya untuk sekurang-kurangnya 2 jam
- Cairkan coklat.
- Celupkan pisang beku ke dalam coklat yang telah cair dan pusingkannya supaya cairan coklat sekata. Tambahkan topping sementara coklat masih cair dan biar coklat mengeras selepas itu.
3. BUAH BEKU
Sumber: Taste.com
Buah beku merupakan salah satu pilihan alternatif yang lebih sihat dan sangat mudah untuk dibuat. Resipi ini sudah tentu akan membuat anak anda tersenyum. Buah yang terbaik untuk dimakan semasa beku ialah oren, kiwi, pir, beri, anggur, tembikai dan pisang. Bagi versi yang lebih sihat, anda boleh salutkan buah beku anda dengan yogurt, ataupun untuk lebih kemanisan, gunakan cairan coklat seperti resipi “Pisang Coklat” di atas.
BAHAN
- Anggur
- Oren
- Beri
- Pilihan topping – Yogurt atau Coklat
LANGKAH-LANGKAH
- Bilas dan potong buah.
- Biar anak anda mencucuk buah-buahan ke dalam batang cucuk.
- Letakkanya di atas dulang atau di dalam beg snap-lock.
- Anda boleh salutkan sedikit yogurt atau coklat cair bergantung pada pilihan anda.
- Bekukan untuk beberapa jam atau tinggalkannya untuk satu malam untuk dinikmati keesokan hari.
4. BROWNIES NUTELLA
Sumber: Kirbie Cravings
Kotorkan tangan anak anda dengan makanan lazat yang sangat mudah dibuat ini. Anak anda akan berseronok memecahkan telur, mengadun ramuan dan menghias brownies mereka! Anda juga boleh membiarkan mereka menggunakan pemotong biskut untuk membentuk brownies kepada bentuk yang berbeza!
BAHAN
- 1 1/4 cawan Nutella
- 2 biji telur
- 1/2 cawan tepung serba guna
- Pilihan topping – coklat cair, kacang, aiskrim
LANGKAH-LANGKAH
- Panaskan ketuhar sehingga 170°C.
- Letakkan minyak atau mentega pada baking pan logam yang anda ingin gunakan.
- Letak bahan ke dalam mangkuk besar dan campurkan sehingga adunan menjadi halus.
- Tuangkan adunan ke dalam baking pan dan licinkan bahagian atas dengan sudip plastik atau kayu.
- Masak untuk kira-kira 15 minit. Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
- Anda boleh menghiaskan coklat brownies dengan topping tambahan yang anda inginkan.
5. LASAGNA MINI
Sumba: Catching Fireflies
Sesetengah ibu bapa tidak suka memberikan makanan manis kepada anak mereka. Maka, lasagna mini ini merupakan satu resipi yang lebih berperisa untuk anda. Oleh kerana banyak masa diperlukan untuk membuat lasagna biasa, adalah lebih mudah untuk anda membuat lasagna versi mini. Dengan tangan kecil anak anda, mereka akan berseronok apabila mencampurkan bahan-bahan ramuan ke dalam lasagna wantan tersebut!
BAHAN
- Sos marinara
- Keju ricotta
- Keju Mozarella
- Keju Parmesan
- Pembalut wantan
- Perasa herba Itali
- Daging atau sosej (Bergantung kepada keinginan anda)
LANGKAH-LANGKAH
- Semburkan minyak zaitun atau mentega di atas dulang cupcake.
- Letakkan selapis pembalut wantan ke dalam setiap cawan.
- Campurkan keju dalam mangkuk kecil.
- Tambahkan lapisan sos, daging dan keju di dalam balutan tersebut, kemudian ulang kedua-dua langkah ini sehingga bungkusan wantan diisi dengan penuh.
- Akhirinya dengan menambahkan sedikit perasa herba Itali pada bahagian atas.
- Letakkanya ke dalam ketuhar untuk dan panaskan pada 190°C untuk 18 hingga 20 minit.
- Biarkan ia sejuk sedikit terlebih dahulu sebelum mengeluarkannya.
6. MAC AND CHEESE BITES
Sumber: Hormel
Kanak-kanak tentu sukakan mac and cheese! Apa kata kalau anda masak versi mini makanan ini bersama anak anda? Mudah untuk dibuat, kami pasti anak anda akan berseronok menyumbatkan mac and cheese ke dalam dulang muffin dan menikmatinya kemudian. Bahagian yang paling dinanti-nanti semestinya apabila anda menggigit bahagian luarnya yang sedikit rangup dan bahagian dalamnya yang penuh perisa. Anda perlu cuba resipi ini sendiri!
BAHAN
- ½ pon makaroni
- 2 sudu besar of mentega
- 2 sudu besar tepung serba guna
- 1½ cawan of susu
- 1 cawan (4 auns) keju cheddar diparut
- 2 auns keju krim
- ½ sudu kecil garam
- ¼ sudu kecil lada
- Sosej
- 1 biji telur
- Secubit cayenne
- ½ cawan keju cheddar parut untuk hiasan
- Pasli atau kucai yang dicincang (Bergantung kepada pilihan anda)
LANGKAH-LANGKAH
- Panaskan ketuhar kepada 160°C.
- Cairkan mentega dengan api sederhana tinggi. Kemudian, tambahkan tepung dan pukul sehingga adunan menjadi rata.
- Tambahkan susu dan gaulkan dengan perlahan.
- Kurangkan haba dan tambahkan 1½ cawan keju, keju krim, garam dan lada.
- Kacau sehingga cair sepenuhnya. Alihkan daripada haba.
- Tuangkannya ke dalam mangkuk besar dan kemudian, tambahkan sosej, telur cayenne, dan makaroni sehingga dicampur rata.
- Semburkan tin muffin mini dengan minyak zaitun atau minyak kanola.
- Campurkan mac and cheese ke dalam setiap cawan dan berikan tepukan ringan menggunakan sudu supaya ia sebati dan melekat.
- Tambahkan keju cheddar yang diparut.
- Letakkan ke dalam ketuhar untuk 10 minit atau sehingga bahagian atas menjadi warna coklat keemasan.
- Biarkan sejuk untuk 10 hingga 15 minit sebelum perlahan-lahan mengeluarkannya.
- Hiaskan dengan parsli cincang atau kucai jika dikehendaki.
7. PIZA PITA
Sumber: Pilsbury
Anak anda akan suka meletakkan topping dan ramuan di atas piza pita. Bahagian yang menyeronokkan adalah apabila semua orang boleh membuat topping tersendiri dan menambah sebanyak mana yang mereka inginkan. Ia akan menjadi satu makan malam kegemaran keluarga anda dan anda juga boleh memanaskannya semula untuk makan tengah hari anak anda pada keesokan hari. Semua orang suka piza yang sedap!
BAHAN
- Roti pita
- 1 cawan sos tomato atau sos piza
- Kepingan daging peperoni atau daging dicincang
- 2 cawan keju Mozzarella
- 1 cubit basil kering atau segar
- 1 cubit oregano kering atau segar
- Bahan tambahan mengikut kesukaan: zaitun, tomato, lada merah, asparagus, keju parmesan.
LANGKAH-LANGKAH
- Panaskan ketuhar hingga 220°C.
- Letakkan roti pita ke dalam untuk 1 minit, atau sehingga lembut. Biarkannya lebih lama jika inginkan kerak yang lebih renyah.
- Letakkan pita pada baking sheet yang telah diletakkan mentega.
- Ratakan sos tomato atau sos piza di atas roti pita.
- Tambahkan topping yang dikehendaki – keju, peperoni, basil dan oregano.
- Letakkan ke dalam ketuhar untuk 10 minit atau hingga ia mencapai kehangatan yang dikehendaki dan apabila keju kelihatan kembung/ menggelegak..
- Biarkan piza anda sejuk sebentar sebelum memotongnya. Hidangkan semasa panas.
8. PENKEK
Sumber: Get Cracking
Ah, penkek! Ditaburkan dengan madu dan dimakan panas dari kuali, sarapan Amerika yang klasik ini tentu dapat memenangi hati anak anda. Daripada memberi campuran penkek dari pasar raya, anda boleh membuat penkek anda sendiri supaya dapat tahu apa anak-anak anda makan. Anda juga boleh menambahkan kacang, beri dan coklat cip untuk menyedapkan penkek anda. Biar anak anda berseronok memukul dan mencampurkan adunan! Oh, anda boleh menyimpan adunan yang lebih untuk membuat wafel pada masa yang lain!
BAHAN
- 175 ml (3/4 cawan) tepung serba guna
- 60 ml (1/4 cawan) tepung jagung
- 2 sudu besar gandum (tergantung pada pilihan anda)
- 1 sudu besar gula pasir
- 1½ sudu besar serbuk penaik
- ½ sudu besar baking soda
- ¼ sudu besar garam
- 2 biji telur
- 250 ml (1 cawan) susu mentega
- 2 sudu besar minyak sayuran
- ½ sudu besar ekstrak vanila
- Topping lain yang boleh ditambahkan tergantung pada pilihan anda – sirap maple, mentega, beri, kacang, buah-buahan
LANGKAH-LANGKAH
- Dalam mangkuk besar, kacaukan tepung, tepung jagung, gandum (jika digunakan), serbuk penaik, baking soda¸ gula dan garam.
- Dalam mangkuk kecil, kacau telur, susu, minyak sayuran dan ekstrak vanila. Campurkan bahan yang telah dikacau, ke dalam mangkuk besar dan kacau semua bahan sehingga sebati.
- Panaskan kuali anda dengan minyak zaitun atau kanola dengan suhu sederhana tinggi.
- Isikan sudu dengan 50 ml (1/4 cawan) adunan setiap penkek ke dalam kuali dan ratakan sedikit. Anda boleh meletakkan adunan yang kurang untuk penkek mini yang bersaiz lebih comel juga.
- Masak untuk 2 minit atau sehingga buih muncul di permukaan. Terbalikkan dan biarkannya untuk masak sehingga warna menjadi sedikit coklat.
- Hidangkannya di atas pinggan dan jika diingini, anda boleh tambahkan beberapa topping atau sirap maple untuk ke atasnya.
Itulah 8 resipi mudah yang anda boleh buat bersama anak anda. Kami berharap agar anda sekeluarga akan berseronok apabila menyediakan dan menikmatinya. Kongsikan dengan kami pengalaman anda jika telah mencubanya di kotak komen di bawah! Kami ingin mendengar daripada anda!
Anda juga boleh baca artikel kami yang lain seperti “Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Bersama Anak Di Rumah” dan “Permainan Papan Yang Boleh Dimainkan Bersama Kanak-Kanak & Remaja”.