EduReviews Blog

RAHSIA UNTUK MEMBANTU ANAK ANDA BELAJAR DENGAN LEBIH BAIK

Ibu bapa sentiasa menjadikan pendidikan sebagai keutamaan utama mereka. Ini menjelaskan mengapa terdapatnya peningkatan drastik dalam pendaftaran ke sekolah antarabangsa baru-baru ini.  ,  tidak boleh hanya bergantung kepada guru-guru kerana ibubapa lah yang memainkan peranan penting dalam membantu anak mereka belajar dengan lebih baik. Sekolahnya bukan tempat yang anda boleh harapkan berlakunya keajaiban berlaku dan anak anda menjadi cerdik.

Walau bagaimanapun, ibu bapa sering berasa tidak terdaya untuk membantu anak dalam pembelajaran mereka oleh sebab pendidikan pada zaman sekarang terlalu berbeza berbanding dengan zaman lalu. Ibu dan ayah, anda tidak perlu tahu semua sukatan pelajaran anak anda untuk menolong mereka. Itulah tanggungjawab sekolah. Sebaliknya, anda boleh menanamkan tabiat belajar yang baik dalam minda anak anda dan sentiasa memantau prestasi mereka. Berikut adalah beberapa cara ibu bapa yang boleh dilakukan untuk membantu anak anda belajar dengan lebih baik. 

SEDIAKAN SATU RUANG UNTUK BELAJAR

Adalah penting untuk kanak-kanak mempunyai satu ruang pembelajaran sendiri walaupun mereka masih muda kerana ruang fokus ini boleh membantu mereka belajar dengan lebih baik. Apabila anak anda memiliki  sendiri, mereka akan lebih bermotivasi untuk menyiapkan tugas mereka. Pastikan ruang tersebut terang dan jauh daripada apa-apa gangguan.  

ELAKKAN GANGGUAN

Pada era digital ini, internet merupakan alat yang berguna untuk  tetapi ia juga merupakan satu gangguan kepada kanak-kanak. Ibubapa boleh menghentikan segala penggunaan komputer atau telefon bimbit sehingga kerja rumah anak disiapkan. Walau bagaimanapun, jika mereka perlu menggunakannya, ibu bapa boleh memasang perisian kawalan yang menghalang laman media sosial dan hiburan semasa mereka sedang belajar. 

MENGAJAR MEREKA KAEDAH MENGAMBIL NOTA

Kanak-kanak tidak sepatutnya  keseluruhan buku teks ke dalam otak mereka. Ibu bapa boleh mengajar beberapa cara untuk mengambil nota seperti kaedah garisan, kaedah Cornell, kaedah pemetaan, kaedah kotak ataupun kaedah carta. Adalah penting untuk pelajar mengetahui cara pengambilan nota yang berkesan kerana ia menggalakkan  yang lebih mudah dan anak anda akan menjadi lebih teratur juga. Highlighter berwarna-warni juga merupakan alat tulis yang menyeronokkan bagi anak anda. Sekiranya tabiat tersebut dibiasakan semasa kecil, ia akan banyak membantu anak anda ketika di  masa hadapan. 

TETAPKAN JADUAL BELAJAR

Dengan menetapkan jadual belajar, anak anda akan lebih konsisten dan cekap dalam pembelajarannya. Ini juga memastikan anak anda boleh menjejaki peningkatan mereka terutamanya apabila peperiksaan sudah berhampiran. Anda boleh menetapkan jadual belajar ketika anak anda masih muda atau melatih mereka untuk melakukannya sendiri. Biar mereka sendiri memilih topik dan subjek untuk dikaji setiap hari sehingga tarikh hantar sesuatu kerja rumah atau peperiksaan. Ingat untuk memberikan waktu rehat antara 15 hingga 20  

BANTU MEREKA MENJADI LEBIH TERATUR

 Anda boleh mula melatih anak anda menjadi lebih teratur dari kecil kerana tabiat baik lebih mudah dipupuk apabila mereka masih muda.   anak anda akan mempunyai kerja rumah, peperiksaan, projek dan aktiviti kokurikulum, mereka boleh bermula untuk mengadakan rekod jadual tersendiri. Walaupun anda mempunyai jadual mereka, biar mereka sendiri mencatatkan jadual mereka dan memberitahu anda tentang kemajuan mereka. Anak anda perlu mempunyai tabiat suka mengambil nota kerja rumah, projek dan senarai tugasan dan mengkaji semula perkara-perkara tersebut pada hujung hari. 

ADAKAN PEPERIKSAAN OLOK-OLOK DI RUMAH

Adalah biasa untuk anak anda berasa tertekan apabila menduduki peperiksaan kerana mereka risau sekiranya mereka tidak tahu menjawab atau tidak mampu menyelesaikan soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ibu bapa boleh memuat turun kertas ujian tahun-tahun lepas atau meminta guru untuk memberikan   percubaan kepada anak anda untuk berlatih di rumah. Lakukannya seolah-olah mereka sedang menduduki peperiksaan yang sebenar dengan had masa dan persekitaran yang senyap. Melalui cara ini, anak anda akan lebih yakin apabila pergi menduduki peperiksaan mereka dan pada masa yang sama, mereka juga sedang mengulangkaji!  

AJAR ANAK ANDA UNTUK MEMINTA BANTUAN

Anak anda mungkin malu untuk bertanya atau bercakap di dalam kelas terutamanya apabila mereka masih muda.  kan menasihati dan mengingatkan mereka untuk mendapatkan bantuan daripada guru jika mereka mempunyai masalah untuk memahami apa yang diajarkan atau tidak tahu bagaimana untuk membuat kerja rumah mereka. Anak anda memerlukan nasihat dan sokongan yang berterusan supaya mereka lebih yakin untuk mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukannya. 

WUJUDKAN KUMPULAN BELAJAR

Dengan adanya kumpulan untuk belajar bersama-sama, anak anda akan mempunyai sesi pengajian yang lebih menarik. Ya, sudah tentu anda perlu membiarkan anak anda belajar sendiri tetapi kumpulan belajar juga berfaedah buat anak anda. Apabila mereka belajar secara berkumpulan, mereka boleh saling membantu antara satu sama lain  jika mereka sukar memahami sesuatu topik. Oleh itu, mereka akan dapat menyiapkan kerja sekolah dan projek dengan lebih cepat. Pastikan saiz kumpulan belajar tersebut adalah kecil dan berstruktur. Jika tidak, kumpulan tersebut boleh  menjadi kumpulan bermain! 

 

Walaupun ibu bapa mungkin tidak memahami sepenuhnya sukatan pelajaran anak mereka, ibu bapa dinasihati supaya melibatkan diri dalam apa jua cara yang mereka mampu. Kajian telah menunjukkan bahawa jika ibu bapa lebih terlibat dalam pendidikan anak mereka, maka anak mereka akan lebih cemerlang di sekolah. Wujudkan kaedah yang kreatif dan berkesan untuk membantu anak anda belajar! Kongsikan kaedah yang anda gunakan dengan kami dalam kotak komen di bawah!