EduReviews Blog

MEMASUKI SEKOLAH MENENGAH – APA YANG PERLU ANDA TAHU (UNTUK PELAJAR)

Keluar dari zon selesa dan memasuki sekolah menengah mampu menjadi satu proses yang menakutkan untuk kebanyakan pelajar termasuklah mereka yang paling berani dan kuat di sekolah rendah. Tetapi  jangan risau. Tarik nafas panjang, bertenang dan mari kita melihat beberapa tip dan cara untuk menjadikannya lebih mudah untuk anda!

TIP #1 – KAWAN-KAWAN

Anda boleh berbaik-baik dan bermesra dengan semua orang tetapi jangan tergesa-gesa untuk mencari kawan kerana ia memerlukan masa. Boleh jadi, anda akan menakutkan kawan baru anda sekiranya anda kelihatan terlalu beria. Ada mereka yang kelihatan lantang dan popular tetapi mereka juga berasa seperti ada di persekitaran yang baru. Jauhkan diri daripada pembuli dan mereka yang tidak baik buat kesihatan mental anda. Paling penting sekali, jangan sesekali memulakan khabar angin atau drama.

TIP #2 – KELUARGA

Ibu dan ayah anda sudah semakin tua. Rambut kelabu mereka tidak akan berhenti bertambah dan anda akan semakin kekurangan masa untuk diluangkan bersama mereka. Oleh itu, luangkan masa untuk saling berkongsi keseronokan (dan stress) anda, hargai mereka dengan lebih lagi  dan jangan sesekali mengambil mudah akan mereka! Dan tidak kiralah sama ada anda adalah seorang lelaki atau perempuan, bantulah ahli keluarga anda dalam membuat kerja rumah! Itu adalah rumah anda, bukannya hotel. Makanya “Saya sedang sibuk belajar” tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk bermalasan.

TIP #3 – PEMBELAJARAN

Pembelajaran boleh menjadi susah tetapi janganlah menderita berkeseorangan! Minta bantuan daripada rakan atau guru anda. Aturkan masa anda dengan baik dan jangan tunda kerja rumah anda! Mendapat semua A bukan satu-satunya cara untuk berjaya dalam kehidupan. Carilah sesuatu yang boleh memberi anda motivasi untuk melakukan sesuatu. Pelajar yang boleh mengenalpasti minat mereka dan berusah ke arahnya akan lebih terlibat dan bermotivasi untuk berjaya.

TIP #4 – CINTA

Anda boleh menjadi seorang peminat setia selebriti, sukakan seseorang dan seringkali berangan mengenainya, dan menahan diri anda daripada mengaku sukakan seseorang untuk menjaga hati kawan anda. Tidak kisahlah apa pun, biarkanlah diri anda menikmati cinta, kegembiraan, kecemburuan dan kedukaan di zaman remaja. Hargailah setiap saat kerana semuanya sebahagian daripada proses membesar.

TIP #5 – AKITIVITI DAN HOBI

Jadilah seorang sukarelawan, pengawas, pustakawan atau sertailah mana-mana kelab dan persatuan– apa-apa sahaja. Penglibatan anda dalam aktiviti ko-kurikulum mampu meningkatkan kemahiran kepimpinan anda walaupun anda bukannya pengerusi. Usahlah hanya menyertai sesuatu kerana ia diwajibkan tetapi belajarlah juga untuk berseronok dan mendapat pengalaman yang baru. Cuba perkara yang berbeza. Anda mampu memperbaikkan diri melalui pendedahan kepada berbagai-bagai aktiviti. Terokai perkara yang berbeza danpasti  anda akan menjumpai satu hobi yang akan anda  gemari.

TIP #6 – GURU-GURU

Anda akan berseronok dengan beberapa guru yang memang seperti kawan, atau guru yang menjadi inspirasi kepada anda. Anda juga akan mempunyai guru yang tidak peduli, yang ternampak garang setiap hari. Ia tidak adil tetapi itu adalah tanggungjawab anda untuk mendapatkan bantuan daripada guru yang sesuai untuk membangunkan diri sendiri.

TIP #7 – DIRI SENDIRI

Tiada ada apa yang begitu penting hingga menyebabkan anda tidak boleh tidur atau menangis sepanjang malam. Anda perlu berasa selesa yakin dengan diri ada kerana kita akan menarik orang yang berfikiran sama seperti kita. Yang terbaik buat anda mungkin masih belum tiba lagi. Jangan terlalu manjakan dan mengasihani diri anda apabila anda berdepan dengan cabaran yang sukar dan yang menakutkan. Bekerjalah lebih keras untuk memperbaiki situasi anda. Gunakan kedudukan sosial anda untuk membantu orang lain dan menyebarkan kasih sayang dan kegembiraan, pasti anda akan menjadi seorang yang lebih kuat dan baik.