EduReviews Blog

Cara Membuat Yee Sang Sempurna Bersama Keluarga

Apalah Tahun Baru Cina tanpa Yee Sang? Apabila kita bercakap tentang Yee Sang, kita selalu diingatkan akan ritual di mana ahli keluarga dan sahabat handai akan bersama-sama menggaul bahan makanan dan melambungnya setinggi boleh sambil menjerit ‘Huat Ah’ yang bermaksud ‘hidup makmur’ dalam bahasa Hokkien. Adat ini sering dikaitkan dengan keinginan untuk mendapat kehidupan, kesihatan dann kekayaan yang lebih baik pada tahun baru. Malah, kaum Cina mempercayai bahawa semakin tinggi lambungan Yee Sang, semakin baiklah hidup anda pada tahun tersebut. (Tetapi usahlah anda lambung hingga ke siling). 

Tetapi pada hari ini, ramai yang lebih cenderung untuk mendapatkan Yee Sang di restoran atau membeli Yee Sang sedia ada di pasaraya kerana ini lebih cepat dan menyenangkan. Walau bagaimanapun, dari segi rasa, kami masih berpendapat bahawa Yee Sang buatan sendiri di rumah lebih sedap. Oleh itu, di sini kami telah sediakan satu resipi Yee Sang yang ringkas yang boleh anda cuba bersama ahli keluarga anda di rumah.

Adakah anda tahu?

Yee Sang secara tradisionalnya dimakan pada hari ketujuh Tahun Baru China kerana menurut lagenda Cina, Dewi Nu Wa menghabiskan masa enam hari untuk mencipta haiwan dan hari ketujuh untuk mencipta manusia. Kini, Yee Sang selalunya dihidangkan hingga hari kelima belas Tahun Baru Cina iaitu Chap Goh Mei. 

Arahan

  1. Hiris ubi keladi, mengkuang, lobak putih, timun Jepun dan lobak merah secara nipis dan memanjang. Pastikan setiap sayur diasingkan. Anak anda boleh memarut dengan menggunakan pemarut kerana ia lebih selamat. Beri anak anda sarung tangan sekiranya mereka memarut ubi keladi kerana sayur ini sedikit gatal.
  2. Setelah ubi keladi telah dipotong atau diparut, minta anak anda mengeringkannya menggunakan tisu dapur dan asingkan ubi keladi tersebut kepada dua bahagian. Gunakan dua atau tiga titik pewarna makanan hijau untuk satu bahagian, dan pewarna merah untuk satu lagi bahagian. Guna sarung tangan atau sudu dan gaulkan pewarna tersebut sehingga rata. 
  3. Potong limau bali secara petak. Kini, terdapat satu trend baru di mana anda juga boleh mencampurkan buah-buahan seperti oren ke dalam Yee Sang anda.  Mungkin anda boleh bertanya kepada anak-anak anda sekiranya ini sesuatu yang mereka mahu cuba di dalam Yee Sang mereka.
  4. Untuk pembalut wantan, anda boleh menghirisnya secara memanjang dan bersaiz sederhana, atau anda boleh juga memotongnya dalam bentuk segi empat. Biar anak anda pilih saiz mana yang mereka mahu. 
  5. Panaskan sedikit minyak sayuran di dalam kuali dan goreng pembalut wantan sehingga mereka berwarna keemasan kemudian keluarkannya menggunakan menapis logam. Anda juga harus pastikan agar api tidak terlalu besar! Lakukan perkara yang sama dengan uni keladi hijau dan merah anda. Ubi keladi tersebut akan mengambil masa 2-3 minit untuk mendapatkan tekstur yang garing dan rangup. 
  6. Letakkan bahan penambah rasa di dalam kuali leper dengan api sederhana besar dan teruskan mengacaunya sehingga ia sebati. Setelah bahan perasa tersebut kelihatan sedikit likat, ajak anak untuk merasanya dan tanya pendapat mereka. Sudah tentulah anda juga harus merasanya sebelum membuat sebarang penambahan. Setelah anda berpuas hati dengan rasanya, hidangkan bahan penambah rasa tersebut di dalam mangkuk kecil. 
  7.  Ajak anak anda untuk membantu anda menyusun kesemua bahan yang telah disediakan di atas pinggan leper yang besar. Lebih tradisional sekiranya anda menyusun warna yang sama bertentangan antara satu sama lain. 
  8. Letakkan salmon salai di tengah-tengah hidangan ini, tabur sedikit bijan dan perahkan limau ke atas Yee Sang anda dan voila! Yee Sang anda sudahpun sedia untuk dilambung!

Umumnya, cara untuk membuat Yee Sang agak mudah, tetapi langkah menyediakan bahan-bahannya boleh mengambil sedikit masa, terutamanya apabila anak-anak anda membantu anda di dapur. Jika anda ingin mengetahui tentang resipi mudah lain yang anda boleh buat dengan anak-anak anda di rumah, anda boleh membaca artikel ini.