APAKAH ITU BULI?
Apakah maksud membuli? Membuli adalah perbuatan mencederakan seseorang atau sekumpulan individu secara sengaja. Perbuatan ini biasanya dilakukan oleh orang yang mempunyai lebih kuasa secara berulang kali oleh sebab ingin menyebabkan kemudaratan terhadap mereka yang tidak berdaya dan lemah untuk bertindak balas.
Untuk sesuatu perbuatan dianggap sebagai buli, tingkahlaku tersebut haruslah agresif dan melibatkan:
- Kuasa tidak seimbang: Pembuli menggunakan kuasa mereka seperti kekuatan fizikal, akses kepada maklumat yang peribadi atau sesuatu memalukan untuk mengawal atau membahayakan orang lain.
- Pengulangan: Perbuatan buli biasanya mempunyai kecenderungan untuk berlaku lebih dari sekali.
JENIS-JENIS BULI
Salah satu kesan buli adalah apabila mangsa menjadi terlalu takut untuk pergi ke sekolah. Kini, ramai pelajar berfikir bahawa mereka berada di dalam persekitaran bebas buli kerana mereka tidak nampak kawan mereka dibuli di hadapan mata mereka sendiri. Namun buli tidak semestinya melibatkan kecederaan fizikal sahaja. Antara bentuk buli termasuklah:
BULI FIZIKAL
BULI SECARA TIDAK LANGSUNG
BULI SIBER
Buli siber, juga dikenali sebagai pembulian zaman digital berlaku melalui alat-alat digital seperti telefon bimbit, komputer dan tablet. Hal ini sering berlaku di platform laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter ataupun dalam permainan atas talian di mana umum boleh melihat, menyertai serta berkongsi kandungan. Ini termasuk menyiarkan dan berkongsi berita palsu dan tidak elok dengan orang lain. Sebagai contoh, pendedahan informasi peribadi secara terbuka dengan tujuan untuk memalukan orang lain.
BULI SECARA LISAN
Buli secara lisan adalah apabila pembuli menggunakan bahasa yang tidak sopan untuk kelihatan lebih berkuasa daripada rakan sebaya mereka. Contohnya, seseorang yang kurang nilai estetika (i.e. kelihatan cantik/kacak) boleh diejek sebagai ‘buruk’ atau ‘hodoh’. Buli secara lisan berbeza dengan buli fizikal kerana ia lebih sukar dilihat dan dihentikan. Hal ini kerana perbuatan tersebut sering berlaku apabila dewasa tidak berada di sekitar atau berdekatan untuk menghentikannya.
AKIBAT MEMBULI
Hanya kerana seseorang tidak mempunyai lebam, berpakaian kotor mahupun kehilangan harta benda, tidak semestinya bermakna bahawa pembulian tidak berlaku. Buli bukan fizikal turut mempunyai ancaman yang serius walaupun tidak menimbulkan sebarang kecederaan fizikal kepada mangsa. Cuba bayangkan apa yang akan dialami jika mangsa tersebut adalah anda. Berikut adalah bagaimana buli boleh memberi kesan negatif bukan hanya pembuli dan mangsa, malah pemerhati juga.
PEMBULI
HUKUMAN
Pembuli akan berasa malu setelah membuli orang lain.
Contoh: Pembuli yang dipanggil semasa perhimpunan akan berasa malu dan mungkin akan sedar bahawa perbuatan bulinya tidak betul.
IBUBAPA/PENJAGA DIMAKLUMKAN
Apabila ibubapa/penjaga mengetahui tentang perbuatan buli, maka anak mereka akan didisiplinkan sebagai satu pengajaran.
Contoh: Tidak membenarkan anak mereka menggunakan alat teknologi atau keluar bermain oleh sebab perangainya yang tidak elok di sekolah..
DIBUANG SEKOLAH
Rekod buruk untuk seorang pelajar boleh menjejaskan kemajuan akademiknya.
Contoh: Permohonan pembuli pada masa hadapan mungkin tidak boleh diterima oleh institusi lain akibat rekod buruk sebelumnya.
MENCEDERAKAN PASANGAN ATAU ANAK MEREKA PADA MASA DEPAN
Pembuli biasanya senang marah. Ini boleh menyebabkan mereka tidak mampu mengawal diri apabila marah.
Contoh: Apabila sudah dewasa, mereka mampu mendera atau mencederakan bukan sahaja pasangan tetapi juga anak-anak mereka.
MANGSA BULI
MURUNG DAN BIMBANG
Mempengaruhi kesihatan pelajar secara mental
Contoh: Menyebabkan pelajar bergelut dalam kehidupan seharian mereka. Jika pelajar tersebut mengalami kemurungan terlalu serius, dia berisiko untuk memcederakan atau membunuh diri.
MASALAH KESIHATAN
Menyebabkan perubahan dalam kebiasaan tidur dan makan.
Contoh: Tidur lewat malam membuatkan seseorang itu berasa letih dan kurang semangat untuk menjalankan akitiviti harian.
AKADEMIK MEROSOT
Akibat masalah kesihatan, prestasi akademik pelajar mungkin akan merosot oleh sebab kehilangan tenaga dan minat untuk belajar.
Contoh: Ponteng sekolah kerana terlalu takut akan pembuli di sekolah.
KEHILANGAN MINAT TERHADAP SEGALA PERKARA
Mangsa buli akan kehilangan minat dalam semua perkara yang mereka gemari sebelum ini.
Contoh: Dibuli ketika bermain bola sepak mungkin akan menyebabkan mereka perlahan-lahan menjauhi sukan yang pernah disukai sebelum ini.
PEMERHATI
TERLALU TAKUT UNTUK BERSUARA
Takut pembuli dan pembantunya.
Contoh: Berasa tidak berkuasa untuk membantu mangsa kerana takut pembuli tersebut akan mengalihkan sasarannya daripada mangsa kepada diri mereka.
BERGOSIP
Tanpa disedari, pemerhati juga mampu menjadi pembuli sekiranya mereka tidak berhati-hati.
Contoh: Menyebarkan berita yang tidak perlu diketahui tentang mangsa buli dan pembuli.
KEHILANGAN RASA EMPATI
Tidak peduli dengan mangsa buli kerana bukannya mereka yang sedang dibuli.
Contoh: Hanya melihat mangsa dibuli kerana tidak ingin melibatkan diri dalam sesuatu yang tidak berkaitan dengan mereka kerana ianya tidak bermakna dan bermanfaat kepada mereka.
TIDAK PERGI KE SEKOLAH
Pemerhati yang menyaksikan insiden buli akan berfikir terlebih dahulu sebelum pergi ke sekolah.
Contoh: Tidak pergi ke sekolah kerana tidak ingin menjadi mangsa buli
Kesimpulannya, keburukan pembulian adalah bahaya dan mampu menyebabkan mangsa ingin bunuh diri jika ia serius. Sekiranya anda ingin tahu jika anak anda membuli orang lain di sekolah, sila baca artikel seterusnya yang bertajuk “Tanda-Tanda Anak Anda Ialah Seorang Pembuli.”