EduReviews Blog

Apakah Jenis Sukan Yang Sesuai Dengan Umur Anak Anda

Dalam era digital ini, kanak-kanak tidak lagi sering bermain di taman atau memanjat pokok, jika ingin dibandingkan dengan zaman kanak-kanak kita. Mengalihkan perhatian mereka daripada iPad dan TV kepada aktiviti yang membuatkan mereka berpeluh juga tidak lah  semudah yang disangka. Buat ibu bapa yang sibuk bekerja terutamanya, memikirkan apakah sukan yang terbaik buat si anak dan meluangkan masa untuk membawa dan menemani mereka untuk bersukan boleh menjadi satu cabaran yang besar. 

FAEDAH BERSUKAN BAGI ANAK-ANAK

Sama ada anda suka atau tidak, ibu bapa perlu tahu bahawa aktiviti fizikal dan sukan adalah penting dan kritikal untuk pembangunan kanak-kanak, terutamanya buat keseluruhan kesejahteraan fizikal dan mental mereka. Faedah-faedah bersukan termasuklah:

APAKAH JENIS SUKAN YANG SESUAI BAGI ANAK ANDA?

UMUR 6 BULAN HINGGA 2 TAHUN

Selagi berat badan bayi anda lebih daripada 4.5 kg, salah satu sukan yang sesuai bagi mereka adalah berenang. Berenang telah terbukti dapat meningkatkan sistem imun bayi, menggalakkan perkembangan emosi, serta dapat menjadikan si kecil kita lebih berdikari sambil mereka berseonok. Kesedaran ini telah menjadikan bilangan kelas berenang bagi bayi semakin banyak, dan harganya juga lebih berpatutan! Air suam atau kolam air panas adalah sebahagian daripada kemudahan yang disediakan untuk membantu pergerakan badan bayi dan menguatkan otot. Ramai ibu bapa telah memberi maklum balas bahawa berenang membantu bayi mereka tidur lebih lama, lebih lena, mengurangkan tangisan dan tekanan emosi, dan akhirnya, membantu meningkatkan kesihatan dan perkembangan bayi mereka.

Terdapat juga pusat perkembangan lain seperti EduTalent, Splashtastik, Kinder Loft Music dan Heguru yang mempunyai kelas untuk bayi seperti kelas tarian, renang dan muzik bayi. Aktiviti tersebut dapat membantu kanak-kanak mengembangkan deria, kemahiran motor dan keupayaan untuk mendengar arahan mudah. Beberapa kelas yang ditawarkan juga menangani perkembangan linguistik, mendedahkan kanak-kanak kepada konsep dan kata-kata yang mudah.

UMUR 3 HINGGA 5 TAHUN

Pada usia ini,  permainan bebas yang tidak berstruktur adalah disyorkan kerana kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran motor untuk sukan yang teratur. Penglihatan dan keupayaan mereka untuk mengimbangi dan fokus masih sangat terhad. Oleh itu, sukan berasaskan permainan lebih disyorkan. Aktiviti ini juga harus memberi tumpuan kepada kemahiran asas dan membiarkan mereka meneroka, bereksperimen dan mengikut perbuatan kanak-kanak lain. Oleh sebab kanak-kanak pada zaman ini mempunyai masa perhatian yang sangat singkat, arahan yang diberikan di dalam kelas ini selalunya ringkas dan ibu bapa masih digalakkan untuk mengambil bahagian bersama anak anda. Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mereka termasuk: 

UMUR 6 HINGGA 9 TAHUN

Apabila anak anda berumur 6 tahun, mereka harus mempunyai kemahiran motor asas untuk sukan teratur yang mudah. Mereka mungkin tidak bersedia untuk sukan yang memerlukan koordinasi mata dan tangan yang lebih rumit, membuat keputusan dengan cepat, strategi dan bekerjasama, tetapi membiarkan mereka mengambil bahagian dalam beberapa sukan peringkat asas pasti akan membina kemahiran mereka. Sukan mesti dimain pada peringkat asas dan peraturan mesti fleksibel bagi kanak-kanak pada umur tersebut. Ketahuilah minat anak-anak anda daripada senarai yang disyorkan di bawah ini:

UMUR 10 HINGGA 12 TAHUN

Kebanyakan kanak-kanak bersedia untuk sukan yang lebih kompleks apabila mereka berusia 10 hingga 12 tahun. Kemahiran motor, kematangan dan keupayaan kognitif mereka membolehkan mereka bermain sukan yang memerlukan strategi, koordinasi, kerja berpasukan dan persaingan. Memandangkan kanak-kanak pada peringkat umur ini mungkin baru akil baligh dan perubahan fizikal jua mungkin berbeza di antara setiap kanak-kanak, ibu bapa perlu memilih sukan yang sesuai dengan perubahan fizikal anak anda. Sesetengah kanak-kanak lelaki mungkin lebih tinggi dan lebih kuat berbanding yang lain manakala ada juga yang membesar lebih lambat, menyebabkan mereka sedikit lemah ketika bermain sukan. Anda juga perlu memahami bahawa perubahan fizikal ini juga boleh menjejaskan keseimbangan dan koordinasi anak anda, maka usah kecewa sekiranya mereka tidak dapat bermain sebaik sebelum ini. Jadi elakkan berasa kecewa jika anak anda tidak mampu bersukan dengan baik. Berikut adalah pilihan sukan yang disyorkan untuk anak anda pilih:

Bagi memastikan anak anda membesar dengan gembira, sihat dan aktif, biarkan anak anda mempunyai sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih untuk melaksanakan latihan setiap hari. Walau bagaimanapun, ia sangat penting untuk membiarkan anak anda memilih sukan yang mereka minati tetapi pada masa yang sama, bersesuaian dengan umur. Jangan memaksa mereka untuk menyertai sukan tertentu yang mereka tidak meminatinya, atau menetapkan jangkaan yang tinggi untuk mereka patuhi, kerana ini hanya akan menghalang dan menjauhkan diri daripada sukan tersebut.