EduReviews Blog

7 Makanan Tular Yang Anda Perlu Cuba di Tahun 2019

Rakyat Malaysia dan makanan semestinya tidak dapat dipisahkan. Ke mana sahaja kita pergi, makanan sedap yang akan kita cari terlebih dahulu. Kerana inilah kami terfikir untuk menyediakan satu senarai makanan yang kini tular untuk anda jadikan panduan sekiranya anda sudah tiada idea untuk makan di mana. Jika anda seorang penggemar makanan dan gemar berkongsi tentang apa yang anda makan di sosial media, anda mungkin akan mahu mencuba semua makanan yang kami senaraikan di bawah. Yang pasti, makanan-makanan ini tidak akan mengecewakan anda.

 

Bubble teas

Source: KLNOW

Baru- baru ini ‘bubble teas’ telah mendapat perhatian ramai, boleh dikatakan ianya hampir mustahil jika anda tidak pernah melihat atau mendengar tentangnya sebelum ini! Kerana kepopularan minuman ini, jika anda pergi ke tempat-tempat seperti SS15 dan Bandar Sunway, di mana terletaknya banyak kedai yang menjual minuman ini, anda mungkin perlu beratur lebih dari sejam untuk anda mendapatkan teh boba anda.

Berasal dari Taiwan pada tahun 1980-an,kekenyalan bebola atau ‘bubble’ yang dimasak, kemanisan sirap gulanya, kesegaran susu yang digunakan, serta kepelbagaian perisanya yang menariklah menjadikannya kegilaan ramai. Jika anda merasa seperti mahu bereksperimen, mungkin anda boleh cuba minuman yang menggunakan bebola pelangi atau yang ditutupi dengan buih keju.

Antara teh boba yang menjadi pilihan ramai ialah Daboba, the Alley, Tiger Sugar and Xin Fu Tang.

 

Ayam Gepuk Pak Gembus

Source : Xtra

Anda suka makanan pedas tetapi masih belum mencuba Ayam Gepuk Pak Gembus? Ah, nampaknya anda sudah ketinggalan besar!

Walaupun kemunculan mereka agak baru di Malaysia, francais yang berpusat di Jogjakarta ini telah sangat terkenal dalam kalangan mereka yang sanggup membakar lidah mereka demi kecintaan terhadap kepedasan! Ayam lebut di dalam dan rangup di luar, sambal pedasnya mantap, bahagian hidangannya agak besar (disajikan sekali dengan ulam dan tempe goreng), dan jika anda merasa terlalu pedas untuk anda, mereka juga menyediakan nasi putih dan air yang boleh ditambah tanpa had untuk meredakan lidah anda. Menarik, bukan?

Kepedasan sambal ayam gepuk ini juga datang dalam beberapa tahap, maka sekiranya anda tidak berapa bagus dalam memakan makanan pedas tetapi anda ingin mencuba, anda boleh bermula dengan ‘Tahap 5’. Namun jika anda gemarkan cabaran, maka kami cadangkan anda cuba ‘Level 15’!

 

Hai Di Lao Hot Pot

Source: @haidilaohotpotus/Instagram

Di saat rantaian ‘hot pot’ legenda dari China ini membuka pintunya kepada pelanggan di Malaysia, ia mendapat sambutan hangat sehinggakan pelanggan diperlukan untuk membuat tempahan satu bulan sebelum sekiranya mereka ingin mendapat tempat duduk! Jika tidak, anda boleh jangka untuk beratur sehingga empat jam pada waktu puncak sebelum anda dapat menikmati makanan anda.

Apa yang menarik orang untuk makan di sini bukan sahaja pengalaman untuk merasakan ‘hot pot’ asli dari Sichuan, perkhidmatan pelanggannya juga sangat bagus! Tahukah anda bahawa semasa pelanggan menunggu giliran mereka, restoran menyediakan hiburan (misalnya permainan papan, buku), makanan ringan (seperti popcorn, buah-buahan) dan perkhidmatan lain (contohnya, taman permainan kanak-kanak, manicure)? Hal ini adalah untuk memastikan supaya pelanggan mereka tidak bertukar menjadi raksasa kelaparan.

 

Rollney

Pada dasarnya, Rollney adalah pastri cerobong silinder daripada Hungary yang juga dikenali sebagai kürtőskalács. Pastri yang diperbuat daripada tepung, gula, telur, susu, mentega, yis dan garam akan dibakar di atas satu alat bakar berbentuk kon dan kemudiannya ia akan disajikan dengan sejenis ais krim lembut atau ‘soft serve’.

Untuk menjadikannya lebih lazat, Rollney juga menawarkan dua pilihan sos (iaitu karamel dan coklat) dan banyak lagi bahan yang boleh anda letakkan di atas Rollney anda.

Jika anda mempunyai bajet yang ketat tetapi kempunan akan Rollney, mungkin boleh cuba untuk pergi ke kedai Rollney terdekat untuk pada Rabu, kerana mereka ada menawarkan diskaun 20% pada hari ini.

 

Nasi Kukus Tonggek

Source: KLfoodie

Apa yang menjadikan nasi kukus ini lain daripada lain ialah cara ianya dihidangkan. Anda perlu meletakkan nasi, kuah dan lauk pilihan anda ke dalam satu tin sehingga ianya kelihatan tertonggek dan kemudiannya anda hanya perlu alihkan tin tersebut untuk mencipta satu menara makanan.

Selain daripada gaya hidangannya yang berbeza, restoran ini juga menyajikan pelbagai hidangan tradisional Melayu, Indonesia, Siam dan juga Barat. Oleh itu, jika anda seorang yang sangat memilih di dalam bab makan, usah risau kerana anda semestinya akan dapat menemui sesuatu yang memikat selera anda.

 

Ayam Korea

Source: KyoChon

Selain daripada ‘oppas’ dan ‘pasta’ Korea, rakyat Malaysia juga menggilai ayam daripada Korea! Tiada siapa yang boleh menyalahkan mereka kerana secara umumnya, ayam-ayam ini memang sedap. Selain daripada perisa tipikal seperti ‘original’ dan ‘pedas’ ayam Korea datang dalam banyak pilihan rasa. Antara yang popular ialah bawang putih, kicap, lada merah (atau gochujang), keju dan banyak lagi.

Tidak pasti nak ke mana satu? Kami cadangkan anda mencuba Kyochon, 4Fingers, Nanda Chicken, atau Choo Choo Chicken.

 

Oden Family Mart 

Source: JohorNow

Di Jepun, oden biasanya disediakan semasa musim sejuk, tetapi itu bukanlah kesnya di Malaysia. Kita begitu gemarkan makanan berkuah ini, FamilyMart di Malaysia menyediakannya sepanjang tahun, walaupun di sini tidak pernah bersalju!

Oden adalah hidangan semua-dalam-satu-periuk Jepun yang menggabungkan sup dan bahan-bahan lain seperti daikon, kekacang, dan sosej yang diletakkan pada batang lidi. Untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan mangkuk pemula dengan sup ringan asal atau sup tomyum pedas seperti sup. Kemudian mereka boleh memilih apa sahaja yang mereka rasa suka makan.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 30 FamilyMart di Malaysia. Jadi, jika anda belum lagi mendapat oden anda, jangan risau, mungkin FamilyMart yang terbaru akan datang ke tempat anda tidak lama lagi!

Hanya sedikit peringatan

 

Walaupun kami suka mencadangkan tempat-tempat ini kepada anda, kami juga ingin mengingatkan anda untuk makan dengan sederhana. Hanya kerana makanan-makanan ini kelihatan sangat menarik, bukan bermakna anda perlu makan seperti tiada esok hari!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ‘makanan super’ yang baik untuk kesihatan anda, klik di sini.